TIPS PERSEDIAAN SEBELUM MAJLIS TUNANG

TIPS PERSEDIAAN SEBELUM MAJLIS TUNANG

Jika anda adalah anak yang pertama kahwin dalam keluarga atau mempunyai ibu bapa yang moden, 6 perkara ini diharap dapat membantu anda sekeluarga.

 

#1: Mas kahwin, wang hantaran untuk majlis nikah. Hal-hal ini selalunya dibincang dahulu sesama keluarga pasangan sebelum majlis pertunangan berlangsung. Selalunya pihak lelaki yang akan mengajukan soalan berkaitan ini dahulu dan pihak perempuan akan menetapkannya. Jadi, tidak adalah kekalutan atau rasa segan di majlis pertunangan nanti.

Image result for maskahwin

#2: Cincin. Bagi pihak lelaki yang datang daripada jauh, selalunya majlis merisik dan bertunang diadakan serentak. Jadi, mereka akan membawa dua cincin pada masa yang sama. Satu untuk cincin merisik dan satu lagi cincin pertunangan. Bagi pasangan yang rumah keluarga mereka tidak jauh, mereka selalunya mengadakan dua majlis ini secara berasingan.

 

Kadang kala pihak perempuan juga ada menyediakan cincin untuk pihak lelaki. Cincin untuk bakal pengantin perempuan akan disarungkan oleh ibu bakal pengantin lelaki. Manakala bagi bakal pengantin lelaki pula, cincin akan disarungkan bakal bapa mentuanya.

Related image

 

#3: Hantaran. Hantaran untuk majlis pertunangan lebih kepada makanan. Kek, pulut kuning, puding, kek cawan, kuih, dan sebagainya, Ada juga yang memberi kain untuk persalinan nikah. Menurut kebiasaan, hantaran daripada pihak perempuan lebih banyak daripada pihak lelaki. Sebelum pihak lelaki berangkat pulang, barangan atas dulang hantaran ditukar ke dulang pihak lagi satu.

Image result for hantaran

 

#4: Jamuan makan. Sebenarnya tiada peraturan dalam hal ini. Lauk campur makan tengah hari biasa pun sudah memadai.

Image result for jamuan makan kenduri

#5: Bakal pengantin lelaki. Bila majlis sedang berlangsung, bakal pengantin lelaki selalunya duduk di luar dahulu. Apabila dipanggil baru turut sama menyertai majlis.

Image result for pengantin lelaki

#6: Kos majlis. Kos majlis pertunangan kebiasaanya ditanggung oleh pihak perempuan.

Image result for kos majlis kahwin

 

Sumber artikel : TIPS PERSEDIAAN SEBELUM MAJLIS TUNANG

https://serikeningau.com/2019/04/01/tips-persediaan-sebelum-majlis-tunang/

Ha, sekarang dah dapat sedikit sebanyak TIPS PERSEDIAAN SEBELUM MAJLIS TUNANG kan.
Sebelum itu, pasangan yang bakal berkahwin juga perlu mencari doorgift untuk majlis anda nanti. Anda tak perlu susah cari kerana kami ada doorgift yang anda mahu! Harga yang berpatutan taw 🙂

 

Mari dapatkan doorgift dengan kami 🙂

 

KLIK SEKARANG! https://reemdoorgift.com



WhatsApp chat