Tips mudah bagaimana anda boleh mencetak gambar pada mug anda sendiri

Seronok bukan melihat lambakan mug yang berwarna-warni di pasaran. Tapi kami yakin, anda pasti lebih suka dengan mug yang dihiasi dengan gambar anda sendiri tidak kiralah gambar orang yang disayangi, keluarga atau watak kartun kegemaran anda. Disini kami ingin kongsikan kepada anda beberapa tips dan bagaimana anda boleh mencetak gambar pada mug. Namun sebelum itu, terdapat beberapa perkara yang anda perlu ketahui sebelum mencetak gambar pada mug anda.

 1. Penggunaan mesin pencetak mug

Terdapat pelbagai cara untuk mencetak mug tetapi penggunaan mesin pencetak mug dapat menyenangkan hidup anda, malah ianya lebih mudah!

2. Ketahui pelbagai jenis mug

Mug mempunyai pelbagai jenis gred dan diperbuat daripada bahan yang berbeza. Ketahui terlebih dahulu jenis-jenis mug sublimation yang sesuai untuk tujuan percetakan.

3. Perisian Reka bentuk dan juga pencetak

Mempunyai ilmu mengenai perisian seperti Adobe Photoshop ataupun Adobe Illustrator merupakan satu kelebihan! Anda boleh resize template design anda mengikut mug tersebut dan untuk pencetak pula, anda sememangnya memerlukannya untuk mencetak gambar anda. Pilih pencetak terbaik untuk memastikan gambar dicetak dengan baik pada mug.



WhatsApp chat