Tips Memilih Warna Tema Untuk Pengantin

By : Emy

Pemilihan tema haruslah dipilih dengan betul supaya anda lebih menonjol pada hari penting! Ini ada beberapa tips yang boleh dijadikan rujukan.

Warna baju pengantin

Sumber dari shopee

Bagi yang memilih warna kegemaran anda, pastikan warna tersebut sesuai dengan warna kulit anda. Jika anda berkulit cerah, jangan memilih warna yang terlalu terang supaya tidak tenggelam.

Manakala untuk badan yang berisi, pilih baju yang berwarna gelap supaya anda nampak lebih slim! Anda boleh minta tukang jahit supaya menghiasi baju anda dengan manik atau lace dibahagian berisi supaya tidak kelihatan sarat

Pelamin

Sumber dari jumiesamsudin

Pemilihan warna pelamin adalah sangat penting supaya menaikkan lagi anda di atas pelamin. Elakkan warna yang pelamin yang sama dengan baju. Sebaiknya pelamin berwarna putih atau warna-warna lembut. Hiasi juga dengan bunga yang warna sepadan supaya gambar anda lebih cantik dan berseri!

Baju pengapit atau baju keluarga

Sumber dari Utusan Online

Pilih warna lembut dan tidak kontra untuk baju pengapit dan baju keluarga agar anda kelihatan lebih menonjol pada hari penting anda. Sekali gus gambar perkahwinan anda kelihatan lebih indah dan sempurna!

 

Anyway , anda dah ada doorgift ke belum? Atau masih tengah mencari doorgift? Jangan risau, kami anda!

KLIK SEKARANG! https://reemdoorgift.com/product-category/pakej-promo/