Cara Posing Masa Photoshoot Perkahwinan

by: shima

image:pesonapengantin

#1 Jangan Lupakan Dagu!

Kalau dahi kamu agak luas mungkin boleh dongakan sedikit kepala dan serlahkan bahagian dagu. Tolak sedikit kepala ke hadapan (ke arah kamera) agar dagu tidak nampak berlapis dan leher kelihatan jinjang. Boleh juga minta jurugambar ambil foto kamu pada arah yang lebih tinggi supaya badan dan wajah nampak lebih kecil dan tirus

 
image:google

#2 Kontur Wajah

Ambil gambar perlukan sudut yang sempurna, untuk buat wajah nampak lebih tirus, minta MUA fokuskan pada solekan kontur terutamanya pada bahagian sekitar dahi (jika dahi luas) dan bahagian rahang serta dagu (jika wajah terlalu bulat). Barulah wajah nampak menawan dalam gambar nanti.


image:google

#3 Cari Sisi Diri Yang Menarik

Kita semua ada sisi cantik. Berdiri depan cermin dan cuba lihat sama ada sisi kiri atau kanan yang nampak lebih sempurna. Masa ambil foto nanti arahkan badan mengikut sisi sempurna kamu okay?


image:google

#4 Relaks 

Jika kamu cuak atau tidak tenang, emosi akan terpancar di wajah tanpa sedar. Oleh itu kawal perasaan dan cuba relaks. Tarik nafas dalam-dalam setiap kali membuat pose baru di hadapan kamera. Dengan cara ini keadaan diri akan nampak lebih natural.

#5 Serlahkan Panjang Lengan 

Pastikan lengan tidak melekat pada tubuh, gerakan tanhan dan jauhkan tangan dari bahagian badan. Lenggokan sikit bahagian pinggul dan ‘kepakan’ sedikit bahagian lengan. Jika tubuh kamu agak lebar, elak mengepakkan tangan terlalu besar, pastikan bucu siku menghadap ke arah belakang.


image:google

#6 Perhatikan Kedudukan Kaki

Walaupun kamu memakai dress atau gaun, kedudukan kaki tetap kena dijaga. Cuba silangkan kaki ketika berdiri agar bentuk tubuh kamu lebih terlihat panjang membuatkan
pinggan serta punggung kamu terlihat langsing dan melekuk.


image: google

#7 Senyuman Semula Jadi

Berlatih untuk relakskan wajah. Jika igin ketawa pastikan mulut tidak dibuka terlalu lebar atau untuk lebih mudah, boleh baut senyuman dengan tenang agar ia tidak kelihatan seperti kamu “buat-buat”. Cuba fikirkan sesuatu yang buat kamu rasa lucu atau gembirabila jurugambar mengambil foto kamu.

Apa-apa pun, sebelum hari perkahwinan tiba cubalah berlatih dulu posing macam mana yang kamu nak buat nanti.

Sumber artikel: Wanista 


****Pssst…! Kalau nak cari doorgift yang eksklusive lagi elegan boleh lah survey di REEM DOORGIFT ya. 

 
 

 

 

Tips gambar perkahwinan cantik

By : Emy

 

  • Pilih waktu yang sesuai.  Kalau anda ambil gambar pada waktu tengahari, pastinya matahari tengah terpacak diatas kepala kita kan? Keadaan tersebut pasti menyukarkan pengantin kerana cuaca yang panas dan anda tidak dapat fokus untuk bergambar
  • Selesa. Keselesaan adalah perkara utama. Pastikan anda pilih atau alter baju mengikut kesesuaian. Jika tidak selesa untuk bergerak dengan baju tersebut, sebaiknya alter sebelum majlis berlangsung.
  • Main dengan baju anda. Pose dengan menggunakan setiap potensi baju kahwin tersebut. Lebarkan gaun meleret tersebut pada tangga, lantai atau sebagainya!

Sumber dari pesona pengantin

  • Minta tolong rakan atau ahli yang terdekat. Selalunya pasangan anda tidak perasan jika ada cela pada make up, baju atau apa apa pada diri anda. Bawa kawan untuk menemani anda dan pasangan ke photoshoot. Mereka boleh tolong untuk touch up atau menguruskan apa apa yang kurang. Jangan lupa bagi upah tau! hehe
  • Ambil inspirasi dari gambar orang lain. Pasti ada gambar perkahwinan orang lain yang membuat kita teruja kan? Jadi ini la masanya untuk melakukan pose yang sama! Beritahu jurugambar anda tentang impian tersebut dan mungkin dia dapat menambah idea untuk menghasilkan gambar yang lebih BOOM! 

Sumber dari iluminasi

Dengan tips ini, pasti gambar wedding anda BOMBASTIK! 

so, jom bombastik kan lagi wedding anda dengan doorgift kami yang unik!

KLIK SEKARANG! https://reemdoorgift.com