Bunga Telur: Tradisi Tersirat

Kebiasaan memberi telur pada zaman dahulu amat sinonim dengan masyarakat melayu suatu ketika dahulu. Namun begitu tradisi ini nampak gayanya semakin pudar dalam generasi kini. Boleh jadi kos dan penyediaannya sedikit remeh dan memerlukan ketelitian (dan kelembutan juga).

Menurut beberapa sumber internet, tradisi ini disulam maksud tersirat. Persuratannya, telur ada simbolik kepada kesuburan. Dalam konteks ini, ia merupakan perlambangan hajat pasangan terhadap tetamu agar mendoakan rezeki cahaya mata sebagai penambah seri dalam kehidupan berumah tangga.

Ada benarnya juga, sebab ayam bertelur sekali banyak, boleh jadi pengharapan rezeki yang bertambah (ini sekadar pandangan, jangan diambil terus percaya >.<)

Jika dahulu, pemberian ini biasa diberikan di majlis dalam pelbagai bekas pakai buang (kertas, plastik pembalut), kini pelbagai cara pembungkusan tersedia, termasuk pembungkusan yang boleh diguna semula.

Menghargai tradisi lama yang bermakna ini, kami di Reemdorgift menyediakan beberapa pilihan gaya klasik sebagai bekas untuk cenderahati ini.

Variasi kotak songket yang pelbagai yang kami tawarkan mungkin sahaja sesuai dengan gaya, malah bajet anda 🙂

Pilihan kotak empat segi, bulat dan bujur menjadi produk ikonik kami bagi mereka yang mementingkan sentuhan penuh gaya tanpa menipiskan dompet 🙂