20 TIPS TUDUNG UNTUK BAKAL PENGANTIN PEREMPUAN

by shima


Photo: #bawalkahwin

Untuk bakal pengantin perempuan yang sedang mencari-cari idea atau padanan selendang yang sesuai untuk dipadankan dengan busana baju nikah atau sanding, jangan risau berikut disertakan 20 tip khas untukmu bakal raja sehari.

Umumnya, tudung dipadankan sedondon atau serona dengan baju. Namun ia tetap nampak serasi dengan gandingan warna lain yang seirama seperti platinum dengan ungu lembut. Selain itu, fabrik yang sesuai paling penting agar ketika dipakai ia nampak selesa dan terletak cantik. Barulah nampak menawan ratu di singgahsana.

  1. Paling utama sebagai pengantin Muslimah, pemakaian tudung yang sempurna mestilah labuh menutupi dada, tidak jarang, longgar dan tidak menampakkan bentuk telinga, tersembunyi dan menyelaputi bahu.

    2. Bagi pasangan yang akan melangsungkan pertunangan atau perkahwinan, asas pemakaian tudung ialah anak tudung yang direka mengikut keselesaan dan kesesuaian si pemakainya. Jangan pula sampai ternampak anak rambut ye.

 
  1. Anak tudung mempunyai ‘awning’ antara yang sentiasa menjadi pilihan kerana anak tudung ini senang dibentuk dan boleh menutup kekurangan bentuk muka bulat dan bersegi.
 
  1. Selain itu, anak tudung manik berikat belakang tanpa ‘’awning’’ pula sesuai dipakai oleh anda yang mempunyai bentuk muka yang panjang dan bujur. Bagi pemilihan fabrik anak tudung seperti shantong, sutera thai, lace, span, dan jersi amat sesuai.
 
  1. Manakala warna yang sesuai pula, digunakan untuk majlis bertunang ialah warna biru, jingga, hijau, ungu, merah jambu, dan kelabu. Walau bagaimana padanan warna mengikut cita rasa masing-masing.
 
  1. Pilihan terbaik untuk tudung ialah fabrik lembut yang tidak berkilat. Ini kerana wanita bertudung harus sentiasa berpegang kepada prinsip berpakaian sopan, tidak terlalu menonjol. Menyerlah sedikit daripada orang lain tidak salah agar tetamu tahu anda pengantin.
 
  1. Elakkan memilih kain satin kerana ia berkilat dan panas, membuatkan anda kurang selesa untuk memakainya dalam tempoh yang panjang. Sementelah pula anda perlu melayan tetamu yang hadir dan bersalaman dengan mereka.


    Photo: pesonapengantin.com


  2. Fabrik paling sesuai untuk tudung adalah sifon, georgette, cita, sari dan lace. Ia kurang berkilat dan lembut.
 
  1. Warna yang lembut dan tidak menjolok mata seperti merah samar, biru lembut, krim, kelabu atau putih paling sesuai.
 
  1. Elakkan memakai baju pengantin yang warnanya menjolok mata seperti hijau serindit, merah saga dan kuning diraja. Ini membuatkan tetamu yang hadir boleh ‘sakit mata’ pabila terpandangkan busanamu itu.
 
  1. Paling praktikal, padankan baju dan tudung sedondon kerana ia memperlihatkan keanggunan dan kelembutan. Walau bagaimanapun boleh menggunakan warna sebaliknya asalkan tidak keterlaluan.


    Photo: pesonapengantin.com


  2. Untuk majlis akad nikah, warna lembut seperti krim atau putih adalah pilihan terbaik. Tampak suci dan menawan.
 
  1. Sekiranya layah yang digayakan sarat dengan hiasan jemeki atau batu permata, mini telekung atau tudung yang dipakai mestilah ringkas, polos dan tidak perlu ada hiasan.

  2. Hiasan di layah juga seharusnya tidak terlalu sarat kerana ia akan membuatkan bahagian kepala dan wajah anda serabut. Ingatlah ‘less is more’.


    Photo : Tudungpeople.com

 
  1. Sekiranya ingin memakai tiara, elakkan menggayakan tiara kecil atau separuh kerana ia akan kelihatan janggal untuk pengantin bertudung.
 
  1. Jika anda ingin menghias layah dengan renda pastikan memilih renda yang berbunga kecil. Elakkan memilih renda berbunga besar kerana ia membuatkan bentuk wajah anda tidak seimbang.

  2. Pemilihan batu permata atau jemeki juga perlu diambil kira. Elakkan memilih batu permata atau jemeki terlalu sarat. Hiasan yang sarat akan membuatkan diri anda tidak ubah seperti penari gelek.


    Photo: imanabdulrahim.com


  3. Sekiranya majlis pernikahan diadakan di masjid, elakkan fesyen yang keterlaluan, bagi menghormati tempat dan juga majlis yang suci itu, eloklah jika tudung yang dikenakan, tampak sopan dan ayu. Selain itu, pemilihan layah pula mestilah lebih panjang dan menutup bahagian pinggul.
 
  1. Warna-warna pilihan majlis pernikahan adalah seperti putih mutiara, biru ais, krim, kelabu lembut, biru tirus, ungu kundang lembut dan merah jambu. Majlis pertunangan dan persandingan tidak banyak beza dari segi cara pemakaian tudung. Ia bergantung kepada pasangan untuk kelihatan anggun dan ayu sebagai pengantin Muslimah.
 
  1. Gaya tudung juga mengikut kesesuaian bentuk muka dan warna kulit pengantin. Warna-warna pilihan untuk majlis persandingan ialah kelabu, biru gelap, coklat, hijau lumut, hijau pucuk pisang, ungu nila (lavender), merah dan hitam serta merah dan putih.

Artikel asal : Felorrascarf 

****Pssst…! Kalau nak cari doorgift yang eksklusive lagi elegan boleh lah survey di REEM DOORGIFT ya.

KLIK SEKARANG! https://reemdoorgift.com 

15+ DIY Pelamin Tunang & Sanding Yang Simple

Berikut merupakan idea DIY Pelamin yang boleh dirujuk untuk menghias pelamin pada hari bahagia anda dengan harga yang jauh lebih murah.

1. Pelamin Bertemakan White Garden

 
Foto kredit: FB Milo Tabur Viral

 
Foto kredit: FB Milo Tabur Viral


Foto kredit: FB Milo Tabur Viral

2. Pelamin berlatarkan tema pink dan putih



Foto kredit : Pinterest.com

3. Hiasan yang simple tapi nampak elegant dengan gabungan putih dan merah


Foto kredit : Pinterest.com

4. Pelamin bertemakan gabungan warna pastel


Foto kredit : Pinterest.com

5. Menggunakan kayu pallet sebagai bahan asas.


Foto kredit : Pinterest.com

Artikel asal : Viramon

***Ha, sekarang dah dapat sedikit idea untuk buat pelamin impian kan.
Sebelum itu, pasangan yang bakal berkahwin juga perlu mencari doorgift untuk majlis anda nanti. Anda tak perlu susah cari kerana kami ada doorgift yang anda mahu! Harga yang berpatutan taw 🙂

Mari dapatkan doorgift dengan kami 🙂

KLIK SEKARANG! REEMDOORGIFT 

 

   


 

 

 

Cara Posing Masa Photoshoot Perkahwinan

by: shima

image:pesonapengantin

#1 Jangan Lupakan Dagu!

Kalau dahi kamu agak luas mungkin boleh dongakan sedikit kepala dan serlahkan bahagian dagu. Tolak sedikit kepala ke hadapan (ke arah kamera) agar dagu tidak nampak berlapis dan leher kelihatan jinjang. Boleh juga minta jurugambar ambil foto kamu pada arah yang lebih tinggi supaya badan dan wajah nampak lebih kecil dan tirus

 
image:google

#2 Kontur Wajah

Ambil gambar perlukan sudut yang sempurna, untuk buat wajah nampak lebih tirus, minta MUA fokuskan pada solekan kontur terutamanya pada bahagian sekitar dahi (jika dahi luas) dan bahagian rahang serta dagu (jika wajah terlalu bulat). Barulah wajah nampak menawan dalam gambar nanti.


image:google

#3 Cari Sisi Diri Yang Menarik

Kita semua ada sisi cantik. Berdiri depan cermin dan cuba lihat sama ada sisi kiri atau kanan yang nampak lebih sempurna. Masa ambil foto nanti arahkan badan mengikut sisi sempurna kamu okay?


image:google

#4 Relaks 

Jika kamu cuak atau tidak tenang, emosi akan terpancar di wajah tanpa sedar. Oleh itu kawal perasaan dan cuba relaks. Tarik nafas dalam-dalam setiap kali membuat pose baru di hadapan kamera. Dengan cara ini keadaan diri akan nampak lebih natural.

#5 Serlahkan Panjang Lengan 

Pastikan lengan tidak melekat pada tubuh, gerakan tanhan dan jauhkan tangan dari bahagian badan. Lenggokan sikit bahagian pinggul dan ‘kepakan’ sedikit bahagian lengan. Jika tubuh kamu agak lebar, elak mengepakkan tangan terlalu besar, pastikan bucu siku menghadap ke arah belakang.


image:google

#6 Perhatikan Kedudukan Kaki

Walaupun kamu memakai dress atau gaun, kedudukan kaki tetap kena dijaga. Cuba silangkan kaki ketika berdiri agar bentuk tubuh kamu lebih terlihat panjang membuatkan
pinggan serta punggung kamu terlihat langsing dan melekuk.


image: google

#7 Senyuman Semula Jadi

Berlatih untuk relakskan wajah. Jika igin ketawa pastikan mulut tidak dibuka terlalu lebar atau untuk lebih mudah, boleh baut senyuman dengan tenang agar ia tidak kelihatan seperti kamu “buat-buat”. Cuba fikirkan sesuatu yang buat kamu rasa lucu atau gembirabila jurugambar mengambil foto kamu.

Apa-apa pun, sebelum hari perkahwinan tiba cubalah berlatih dulu posing macam mana yang kamu nak buat nanti.

Sumber artikel: Wanista 


****Pssst…! Kalau nak cari doorgift yang eksklusive lagi elegan boleh lah survey di REEM DOORGIFT ya. 

 
 

 

 

Variasi Tema Perkahwinan Trendy






By shima

Bagi pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan, pasti antara perkara yang banyak dipertimbangkan ialah tema majlis perkahwinan tersebut.

Tema yang ditetapkan untuk sesuatu majlis boleh memudahkan proses pemilihan rekaan baju pengantin dan ahli keluarga, hiasan pelamin, hiasan meja makan dan sebagainya.

Di sini kami kongsikan 7 idea menarik untuk dijadikan tema majlis perkahwinan anda:

1) Tema Korea

                                                         Gambar: kahwinlife

Konsep Korea meletakkan platform seakan-akan singgahsana yang dipenuhi dengan pokok sakura berwarna merah jambu dan putih. Ditambah pula dengan hiasan bunga putih merimbun di sekitar tangga pelamin menimbulkan aura suasana musim salji. Beruntunglah sesiapa yang menghadiri majlis perkahwinan anda, kerana mereka bukan sahaja dapat menikmati juadah enak yang disediakan, malah dapat merasai pakej ke negara Korea sekaligus.

2) Tema Fairy Tale

                                              gambar:google

 

Untuk tema fairy tale, inspirasi boleh diambil dari cerita dongeng yang terkenal seperti Cinderella, Snow White dan lain-lain.

Anda boleh menghias pelamin untuk kelihatan seperti kereta kuda yang berwarna putih dengan pacuan empat roda untuk membawa anda ke alam fantasi Cinderella. Ukiran kerawang yang halus di kereta kuda ini menyerlahkan lagi konsep yang ingin diterapkan. Jika si mempelai perempuan mengenakan gaun kembang pasti akan kelihatan seperti Si Cinderella yang anggun dan jelita.


3) Tema Dalam Taman

                                                                Gambar: google

Konsep perkahwinan dalam taman menggunakan pelamin yang dihiasi dengan pokok dan bunga yang berwarna putih dan hijau. Konsep ini tampak sangat menenangkan dan menyejukkan mata. Warna hijau melambangkan alam, simbol kesuburan dan harmoni. Manakala, warna putih pula melambangkan kesucian dan kesempurnaan.

Tema ini akan membuat anda kelihatan menyerlah dan kelihatan segar di hari bahagia.

4) Tema Pantai

                                                        Gambar: google

Tema seterusnya berkonsepkan pantai. Pasti ramai pasangan bakal pengantin mengidamkan majlis perkahwinan mereka berada di pantai yang indah disertai tiupan angin bayu. Dihiasi dengan set meja kerusi yang berwarna putih dan ditambah dengan hiasan bunga segar di atas meja, majlis perkahwinan anda pasti nampak elegan dan klasik. Sememangnya suasana di pantai akan menimbulkan rasa ketenangan, kesegaran dan romantis.

5) Tema Musim Salji

                                                           Gambar: google

Tema ini menggunakan tirai batu kristal yang digantung di atas pelamin untuk kelihatan seperti ketulan ais. Manakala taburan serbuk putih di atas lantai melambangkan salji. Pelamin tema ini diserlahkan lagi dengan hiasan bunga yang mempunyai tona warna lembut dan segar. Tema ini akan membuat anda kelihatan bagai bidadari kayangan di majlis perkahwinan anda.

6) Tema Hipster

                                                          gambar:google

Konsep ala-ala hipster ini menampilkan ciri-ciri moden dan minimalis menggunakan hanya kayu-kayu palletsebagai latar belakang pelamin. Rekaan pelamin ini sememangnya tampak lain dari yang lain. Konsep hipstersemakin trendy dan digemari oleh masyarakat di negara ini. Jika anda ingin tampak kelainan, tema ini sangat sesuai digunakan pada majlis anda.

7) Tema Tradisional

                                                              Gambar: ohbulan

Tema ini menggunakan hiasan mega ukiran kerawang yang berwarna emas pada pelamin untuk menunjukkan ciri-ciri kesultanan Melayu. Tirai labuh yang berwarna merah sebagai latar belakang membuatkan pelamin kelihatan mewah dan gah.

Tema ini sangat sesuai jika dipadankan dengan baju kebaya songket yang merupakan baju adat resam tradisional Melayu. Boleh juga ditambahkan dengan pasukan pengapit dan pengiring mengenakan pakaian seperti para pembesar istana atau para hulubalang. Pasti majlis perkahwinan anda akan tersemat di ingatan tetamu anda.

Sumber artikel : KahwinLife

Haa, sekarang dah dapat idea untuk tema wedding kan? Apa kata kita cari doorgift menarik yang sesuai dengan tema majlis perkahwinan anda. Jangan risau tak perlu susah-susah nak cari, Reem Doorgift kan ada.

Klik je link ni taw https://reemdoorgift.com/.

Ada bermacam jenis doorgift yang unik untuk majlis perkahwinan anda 🙂



Tips Pemilihan Make-Up Pengantin

                             Sumber: Kumparan

by shima

Bila bercakap mengenai seri pengantin, perkara utama untuk kelihatan cantik, anggun, jelita dan sebagainya ialah solekan ketika majlis. Bagi anda yang sering ke majlis perkahwinan pasti anda sendiri boleh menilai pemilihan gaya solekan pengantin.

Ha, jom tengok tips memilih make-up pengantin kat bawah ni! 🙂




Sumber : Google

1. Para bakal pengantin sekalian, pastikan sekurang-kurangnya anda tahu tentang dunia solekan seperti trend solekan terkini dan study hasil kerja makeup artis yang bakal menyolek anda.



                                                            Sumber: Ohfesyen

2. Buat anda yang dilema tentang pemilihan gaya solekan, untuk paling mudah pilih sahaja solekan jenis doll yang banyak menggunakan warna-warna lembut seperti merah jambu dan peach. Tak nak nampak keterlaluan cukup dengan pemilihan warna-warna tanah. Elakkan dari memilih warna lipstik seperti merah, maroon, oren atau ungu (kecuali bersesuaian dengan tema majlis). 

 



                                                   Sumber : Mommy’s Diary of Life

3.  Teknik dan bentuk solekan juga wajib diambil kira. Dari pengalaman penulis sendiri, ada sesetengah dari rakan penulis mendapat solekan yang tenggelam akibat teknik shading atau contouring mak andam tidak menjadi. Contouring dibahagian hidung, tulang pipi terlalu tebal, gelap dan paling tragis kening. Sebab itu penting untuk kita kenal siapa bakal mak andam, tahu teknik dan rajinkan diri untuk tengok hasil kerja mereka sebelum ini.




Sumber : google


4. Yang paling penting, pengaruh lain untuk solekan menjadi lebih cantik ialah rutin penjagaan wajah pengantin itu sendiri. 🙂

Sumber artikel : www.wanista.com



Ha, sekarang dah dapat sedikit idea untuk memilih make up pengantin kan.
Sebelum itu, pasangan yang bakal berkahwin juga perlu mencari doorgift untuk majlis anda nanti. Anda tak perlu susah cari kerana kami ada doorgift yang anda mahu! Harga yang berpatutan taw 🙂

Mari dapatkan doorgift dengan kami 🙂   Hanya di REEM DOORGIFT 

KLIK SEKARANG! https://reemdoorgift.com


         


        

Checklist Lengkap Persiapan Untuk Majlis Perkahwinan

by shima

12+ Bulan Sebelum

  • Sediakan folder khas untuk simpan dokumen, resit supplier, borang berkaitan kahwin
  • Kenal pasti lokasi yang boleh disewa untuk dapat tarikh majlis untuk nikah, majlis belah pihak perempuan dan majlis sambut menantu. Sama ada nak buat di rumah, masjid atau dewan
  • Cari inspirasi dan idea untuk tema majlis anda
  • Pilih warna tema
  • Rancang bajet kahwin, samada duit sendiri, ibubapa, loan bank atau duit hantaran
  • Senaraikan bilangan jemputan dan tetamu yang akan hadir
  • Cari wedding planner yang boleh bantu
  • Tempah dewan – buat bayaran booking
  • Hadiri pameran dan ekspo pengantin untuk bandingkan pakej dari vendor photographer, video, DJ, catering, kanopi dll.

Antara 9 – 12 Bulan Sebelum

  • Berapa jumlah wang hantaran dan bilangan dulang hantaran dan balasannya
  • Dapatkan borang di pejabat agama daerah masing-masing – pihak lelaki dan pihak perempuan
  • Tempah tiket penerbangan jika perlu naik kapal terbang untuk dapat harga yang murah
  • Pergi food sampling sebelum decide pihak catering
  • Tempah dan bayar deposit untuk photographer, videographer, catering, DJ, kanopi dan lain-lain
  • Bincang barang / item untuk dulang hantaran
  • Tempah homestay atau hotel yang berdekatan untuk rombongan atau ahli keluarga yang jauh
  • Senaraikan lokasi berbulan madu

Antara 6-9 Bulan Sebelum

  • Buat pemeriksaan ujian HIV dan Talassemia
  • Mulakan diet untuk menurunkan berat badan yang ideal
  • Tempah tiket kapal terbang untuk bulan madu. Rancang aktiviti bulan madu.

Antara 4 – 6 Bulan Sebelum

  • Hadiri kursus kahwin yang berdekatan
  • Tempah baju nikah dan majlis perkahwinan
  • Beli cincin atau barang kemas untuk nikah dan kahwin
  • Renew atau daftar passport anda jika berbulan madu di luar negara
  • Mohon visa jika negara berkenaan perlu
  • Semak jika anda ada travel ban sebb tak bayar hutang PTPTN. Sangat penting ni!
  • Tempah baju untuk ahli keluarga mengikut tema

3 Bulan Sebelum

  • Baca buku berkaitan rumahtangga, hak dan tanggungjawab suami isteri
  • Tempah kek untuk hantaran atau untuk majlis
  • Tempah kereta sewa untuk pengantin
  • Tempah kad jemputan kahwin. Boleh refer https://reemdoorgift.com/product-category/pakej-kad-kahwin/ 🙂
  • Beli barang hiasan untuk buat dulang hantaran sendiri
  • Tempah doorgift untuk diberi pada tetamu VIP dan tetamu biasa boleh tengok di https://reemdoorgift.com/ 🙂
  • Cuba fitting baju nikah dan baju majlis. Alter jika perlu
  • Pergi ke pusat kecantikan untuk buat facial
  • Tempah baju untuk ahli keluarga mengikut warna tema

2 Bulan Sebelum

  • Sediakan senarai tugasan untuk ahli keluarga
  • Mohon cuti dari majikan anda
  • Hantar kad jemputan kepada tetamu. Boleh pos atau by-hand jika berjumpa.
  • Buat Facebook Event untuk maklumkan pada kawan-kawan di Facebook
  • Minta kawan anda alamat jika ingin menerima kad jemputan
  • Bincang dengan photographer lokasi untuk photoshoot selepas majlis
  • Buat pre-wedding photoshoot
  • Tempah bunting dan banner untuk digantung di dewan atau khemah

1 Bulan Sebelum

  • Senaraikan lagu yang anda ingin DJ mainkan ketika majlis
  • Pastikan semua supplier on-track dengan tempahan anda
  • Kenal pasti lokasi dan susun atur meja, pelamin, meja makan beradab, kuih, backdrop di dewan ataupun di kawasan rumah
  • Pastikan jurunikah, saksi dan dokumen berkaitan sudah dihantar. Bergantung kepada negeri, ada yang memerlukan salinan IC.
  • Untuk pasangan yang beragama Islam, anda boleh memohon Kebenaran Berkahwin secara online di laman web Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SSPIM) oleh JAKIM. Negeri yang terlibat ialah:
    • Negeri Sembilan
    • Melaka
    • Perlis
    • Kedah
    • Perak
    • Wilayah Persekutuan

2 Minggu Sebelum

  • Potong rambut supaya nampak kemas
  • Atur temujanji dengan untuk rawatan facial
  • Confirmkan tarikh dengan jurunikah atau tok kadi
  • Follow up dengan supplier barang tempahan anda

1 Minggu Sebelum

  • Selesaikan bayaran deposit kepada supplier yang berkenaan
  • Serahkan tugas-tugasan khas kepada kawan dan ahli keluarga yang sudi membantu
  • Senaraikan dan kemas barang untuk cuti bulan madu
  • Follow up dengan supplier anda. Pastikan barang dah sampai
  • Buat group WhatsApp dengan AJK majlis. Pastikan semua jelas dengan tugasan dan flow majlis
  • Kenal pasti dan lantik pengapit anda dan pasangan
  • Ingatkan tok kadi supaya tak lupa
  • Pergi ke kedai percetakan atau kedai printing untuk fotostat dokumen seperti IC sendiri dan IC waris.

2-3 Hari Sebelum

  • Sediakan aturcara dan flow majlis samada formal ataupun tidak formal
  • Ambil cuti untuk persediaan majlis perkahwinan
  • Manjakan diri anda di pusat spa
  • Buat manicure, pedicure dan pakai inai
  • Gantung penunjuk arah jalan ke lokasi majlis perkahwinan

Hari Sebelum

  • Bertolak ke lokasi majlis pernikahan jika jauh dan pastikan sampai awal
  • Dapatkan rehat yang cukup – tidur awal
  • Rehearsal lafaz nikah sehingga lancar – “Aku terima nikahnya …”
  • Gosok/steam iron baju dan gantung supaya tak kedut
  • Kenal pasti nombor orang yang boleh dihubungi ketika majlis berlangsung sebab anda tak sempat nak jawab phone
  • Kenal pasti siapa yang akan bawa dulang hantaran
  • Lantik tukang simpan duit hadiah dari tetamu – ahli keluarga yang boleh dipercayai
  • Hantar lokasi majlis dalam group WhatsApp family
  • Confirm dengan jurunikah yang akan hadir ke majlis pernikahan.
  • Sediakan dokumen untuk diserahkan kepada jurunikah.

Pada Hari Majlis Pernikahan

  • Bawa cincin pernikahan, kad pengenalan, dokumen berkaitan dan mas kahwin
  • Sediakan wang untuk bayar ‘tol’ – adat orang Johor
  • Pastikan photographer tahu nak ambil gambar siapa

Selepas Majlis

  • Ucap terima kasih kepada semua ahli keluarga yang datang membantu
  • Bayar wang baki untuk supplier yang belum dapat bayaran
  • Simpan baju pengantin yang disewa. Pulangkan semula ke butik
  • Pergi ke pejabat agama untuk dapatkan kad perkahwinan

Sumber : https://kaddansa.com/checklist-persiapan-majlis-perkahwinan/


Moga insiprasi yang diberi oleh admin bermanfaat untuk bakal pengantin di luar sana!

 

p/s : Mari dapatkan doorgift unik & berpatutan hanya di Reem Doorgift   

Pemilihan tiara untuk bakal pengantin

By: Emy

Sumber dari bridestory

 

1. Gunakan tiara yang simple jika baju anda telah dipenuhi dengan labuci atau hiasan supaya tidak kelihatan serabut2. Bagi yang bertudung dan mahu memakai tiara, sebaiknya memakai tudung plain supaya nampak lebih kemas dan cantik.

2. Bagi yang bertudung dan memilih untuk memakai tiara, sebaiknya anda memilih tudung plain supaya lebih menarik

3. Bagi pengantin yang berbadan plus size, anda juga digalakkan untuk memakai tiara yang simple dan tidak sarat supaya anda lebih kelihatan kemas

4. Bagi yang freehair pula, make sure anda pilih dulu hairstyle yang sesuai dengan anda sebelum memilih tiara yang anda mahukan.

Dengan pemakaian dan pemilihan tiara yang betul, pengantin akan kelihatan lebih menarik dan sekali gus majlis anda akan meriah! Jadi mestilah anda nak majlis anda lebih meriah kan? Anda mesti perlukan doorgift unik yang takkan dilupakan orang betul tak?! Jangan risau, kami ada!

KLIK SEKARANG! https://reemdoorgift.com

   

  

Jenis jenis cincin kahwin

By: Emy 

Kebiasaannya perempuan akan dapat 3 jenis cincin bila kahwin. Antaranya:

 

Cincin Merisik
Ia dipanggil cincin belah rotan tapi bukan diperbuat dari rotan tau! Selalunya orang akan belicincin merisik yang berwarna emas dan kosong sahaja


Sumber dari maj jewels

Cincin Tunang

Ada orang ada yang bertunang dahulu sebelum nikah. Ada juga yang terus nikah sahaja. Jadi anda akan dapat 2 cincin saja tau hehe! Cincin tunang ni ‘lebih” sikit dari cincin merisik. Biasanya orang akan beli cincin yang berbatu (diamond)


Sumber dari tiaria

Cincin Nikah
Cincin nikah mestilah yang paling glamor dari cincin merisik dan cincin tunang. Biasanya orang akan memilih cincin berbatu satu dan besar. Rekaan cincin nikah sememangnya simple tapi batu / diamond nya akan menarik perhatian ramai

Sumber dari pesona pengantin

 

Sekarang anda dah tahu serba sikit pasal jenis-jenis cincin. So anda tahu tak sekarang pun dah ada pelbagai jenis doorgift yang tak pernah dibuat orang? Unik sangat tau!

First time nampak kan item kat bawah ni???? Cepat dapatkan sekarang!!

KLIK SEKARANG!!! https://reemdoorgift.com/

  

   

7 lokasi menarik untuk majlis perkahwinan berkonsepkan ‘Garden Wedding’

Seperti sudah menjadi trend, bakal pasangan raja sehari memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka di villa atau banglo berbanding dewan atau hotel. Villa atau banglo menjadi pilihan kerana banyak kemudahan yang disediakan terutamanya penginapan untuk bakal pengantin dan keluarga yang jauh lebih menjimatkan berbanding hotel selain pakej perkahwinan yang lengkap yang ditawarkan oleh pengusaha atau pemilik villa atau banglo tersebut.

Pada entri kali ini kami telah menyenaraikan beberapa buah villa dan banglo di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang boleh dijadikan lokasi untuk pasangan yang akan berkahwin mengadakan majlis perkahwinan mereka. Semuanya cantik-cantik dan sesuai untuk majlis yang bertema ‘Garden Wedding’. Semoga boleh dijadikan panduan untuk bakal raja sehari memilih lokasi majlis perkahwinan nanti!

 

1.  Orchard Villa, Gombak

 

001

Pernah menjadi lokasi majlis perkahwinan penyanyi terkenal Malaysia, Hazama, villa ini terletak di Gombak, sesuai bagi mereka yang inginkan majlis berkonsepkan flora dan fauna. Boleh memuatkan sehingga 700 orang tetamu pada satu masa. Mempunyai kemudahan seperti tempat letak kereta yang luas, surau, bilik Diraja/VVIP dan bilik persalinan.

 

2. Laman Warisan, Putrajaya

 

001

Terletak di Taman Warisan Pertanian, Presint 16, Putrajaya berdekatan Alamanda Putrajaya, tempat ini boleh memuatkan sehingga 280 tetamu pada satu masa. Disertakan dengan kemudahan tempat letak kereta, surau dan bilik VIP. Berkonsepkan Warisan dan Klasik Decor Melayu dengan ruang yang terbuka dan nyaman, amat sesuai untuk mereka yang inginkan majlis ala-ala Melayu Klasik. Mereka juga turut menyediakan sesi fotografi percuma di dalam dusun.

 

3. Lake Cempaka Villa, Bangi

 

001

Terletak di Bangi, berkonsepkan ‘Outdoor’ di tepi tasik, Lake Cempaka Villa boleh memuatkan sehingga 800 orang tetamu. Mempunyai dua bahagian iaitu ‘indoor’ dan ‘outdoor’ untuk para tetamu menjamu selera. Dilengkapi kemudahan tempat letak kereta, surau, bilik VVIP dan bilik persalinan.

 

4. The Wedding Heritage Palace, Jalan Semarak

 

001

Sebuah banglo resort ala-Bali berkeluasan 20,000 kaki persegi yang menawarkan perkahwinan yang eksklusif, terletak di pusat bandar Kuala Lumpur. Boleh memuatkan sehingga 1000 orang tetamu dengan susunan meja tetamu dalam banglo yang berhawa dingin memberikan keselesaan pada tetamu dari berpanas dan berhujan. Dilengkapi dengan kolam renang dan landskap resort yang indah serta bilik pengantin yang eksklusif. Dilengkapi juga dengan pakej perkahwinan lengkap dari busana, pelamin, makeup artis, makanan dan PA sistem.

 

5. The Wedding Heritage Bungalow Kota Damansara

 

001

Sebuah banglo dua tingkat ala-Mediterranian yang pasti menawan hati, sesuai untuk majlis perkahwinan yang eksklusif. Dilengkapi dengan penghawa dingin, banglo ini boleh memuatkan sehingga 2000 orang tetamu. Mempunyai empat buah bilik yang dilengkapi perabot, bilik pengantin yang eksklusif, ruang solat dan ruang keluarga, banglo ini turut menyediakan khidmat homestay bagi keluarga yang ingin bermalam dan membuat persiapan majlis. Juga didatangkan dengan pakej perkahwinan lengkap.

 

6. The Wedding Heritage Orchard Putrajaya

 

001

Cawangan lain bagi The Wedding Heritage yang terletak di Putrajaya. Sebuah banglo dua tingkat berkeluasan dua ekar dengan landskap yang cantik dilengkapi dengan penghawa dingin sepenuhnya boleh memuatkan sehingga 3000 orang tetamu. Turut menyediakan perkhidmatan homestay bagi keluarga yang ingin bermalam dan membuat persiapan majlis. Juga mempunyai 4 buah bilik dilengkapi perabot, bilik pengantin, ruang solat dan ruang keluarga.

 

7. Sangkot Garden

 

001

Terletak di Hulu Langat, Selangor, sesuai untuk majlis perkahwinan dalam taman dan perkahwinan berkonsepkan Melayu tradisional kerana terletak di tengah-tengah perkampungan Melayu. Boleh menempatkan seramai 1000 ke 2000 tetamu, Sangkot Garden turut menyediakan pakej perkahwinan dari segi pelamin, makanan, kanopi, kerusi dan meja termasuklah bilik persalinan pengantin, bilik tamu, PA sistem dan penginapan homestay selama satu malam bagi memudahkan bakal pengantin dan keluarga membuat persiapan majls.

 

Dapatkan promo item RM 1 dengan pembelian minimum 100 pcs ke atas. Sila lihat website kami untuk ketahui lebih lanjut REEM DOORGIFT

Tips Jumpa Bakal Mertua Buat kali Pertama

By: Emy

1. Plan
Plan masa atau waktu yang sesuai kerana ini benda paling penting sebab akan menentukan keadaan dan suasana pertemuan. ELAKKAN pertemuan secara mengejut.

2. Pakaian sopan

Kepada perempuan, elakkan memakai pakaian yang ketat. Pilih pakaian mengikut kesesuaian anda. Baju kurung adalah pilihan yang terbaik dan sempurna

Kepada lelaki pastikan rambut, misai dan janggut tu kemas dan dirapikan. Pakai pakaian yang kemas seperti kemeja dan bukannya tshirt bercorak tidak senonoh

3. Bawa buah tangan
Cukup sekadar membawa buah-buahan atau kek atau sebagainya supaya mereka rasa dihargai.

4. Pandai bersembang dan bermesra
Jangan senyum sahaja dari awal sehingga anda balik. Bergurau dan buat la sedikit aktiviti dengan keluarga. ELAKKAN berbual perkara sensitif seperti politik

5. Selitkan pujian
Waktu bersembang selitkan sedikit pujian kepada mereka seperti contoh memuji masakan, rumah atau rupa mereka.

6. Ringan tulang
Bagi perempuan, rajinkan tulang untuk bersihkan pinggan mangkuk selepas makan.  Tak salah untuk anda masuk ke dapur untuk tolong cuci apa yang patut. Ini la waktu yang sesuai untuk lebih mengenali bakal ibu mertua anda.

Bagi lelaki, rajinkan diri anda apabila ada kenduri atau sebagainya dengan menawarkan diri untuk masak atau mengemas.

7. Kenal dengan bakal adik beradik ipar
Jangan buat muka somb0ng dan gunakan peluang itu untuk menjadi lebih rapat. Kerana apabila kita berkahwin dengan pasangan ianya ibarat kita kahwin dengan seluruh keluarganya sekali tau!

8. Pengetahuan agama
Ini PERKARA PALING PENTING sekali terutamanya bagi lelaki! Jangan sampai baca doa makan pun tak boleh. Kalau nak kahwin dengan anak mereka mestilah kena tahu memimpin keluarga.

SEBELUM TUUUU.. Anda atau orang terdekat anda sedang mencari doorgift unik dan menarik? Mari dapatkan segera!

KLIK SEKARANG! https://reemdoorgift.com