Idea Doorgift Yang Menarik untuk Majlis hari jadi

by shima

Hari Lahir, Hari Jadi atau Birthday Party mempunyai sentimental value yang tersendiri. Ada di antara kita yang menyambut hari lahir pada setiap tahun. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, pasti mahu membuat persiapan sambutan hari lahir si kecil dengan meriah bukan?

Jom kita lihat idea-idea doorgift majlis hari lahir yang menarik:

1.Pen Kapsul

2. Pen Gold


3. Kotak Pensil Batik / Spiral


4. Penanda Buku


6. Beg Zip


7. Kipas Anyam

Menarik bukan doorgift-doorgift di atas ni. Unik dan menarik betul 🙂 tak dapat di tempat lain taw 🙂
Jadi apa tunggu lagi, jom dapatkan doorgift ni dengan kami!

Pemilihan tiara untuk bakal pengantin

By: Emy

Sumber dari bridestory

 

1. Gunakan tiara yang simple jika baju anda telah dipenuhi dengan labuci atau hiasan supaya tidak kelihatan serabut2. Bagi yang bertudung dan mahu memakai tiara, sebaiknya memakai tudung plain supaya nampak lebih kemas dan cantik.

2. Bagi yang bertudung dan memilih untuk memakai tiara, sebaiknya anda memilih tudung plain supaya lebih menarik

3. Bagi pengantin yang berbadan plus size, anda juga digalakkan untuk memakai tiara yang simple dan tidak sarat supaya anda lebih kelihatan kemas

4. Bagi yang freehair pula, make sure anda pilih dulu hairstyle yang sesuai dengan anda sebelum memilih tiara yang anda mahukan.

Dengan pemakaian dan pemilihan tiara yang betul, pengantin akan kelihatan lebih menarik dan sekali gus majlis anda akan meriah! Jadi mestilah anda nak majlis anda lebih meriah kan? Anda mesti perlukan doorgift unik yang takkan dilupakan orang betul tak?! Jangan risau, kami ada!

KLIK SEKARANG! https://reemdoorgift.com

   

  

Jenis jenis cincin kahwin

By: Emy 

Kebiasaannya perempuan akan dapat 3 jenis cincin bila kahwin. Antaranya:

 

Cincin Merisik
Ia dipanggil cincin belah rotan tapi bukan diperbuat dari rotan tau! Selalunya orang akan belicincin merisik yang berwarna emas dan kosong sahaja


Sumber dari maj jewels

Cincin Tunang

Ada orang ada yang bertunang dahulu sebelum nikah. Ada juga yang terus nikah sahaja. Jadi anda akan dapat 2 cincin saja tau hehe! Cincin tunang ni ‘lebih” sikit dari cincin merisik. Biasanya orang akan beli cincin yang berbatu (diamond)


Sumber dari tiaria

Cincin Nikah
Cincin nikah mestilah yang paling glamor dari cincin merisik dan cincin tunang. Biasanya orang akan memilih cincin berbatu satu dan besar. Rekaan cincin nikah sememangnya simple tapi batu / diamond nya akan menarik perhatian ramai

Sumber dari pesona pengantin

 

Sekarang anda dah tahu serba sikit pasal jenis-jenis cincin. So anda tahu tak sekarang pun dah ada pelbagai jenis doorgift yang tak pernah dibuat orang? Unik sangat tau!

First time nampak kan item kat bawah ni???? Cepat dapatkan sekarang!!

KLIK SEKARANG!!! https://reemdoorgift.com/

  

   

7 lokasi menarik untuk majlis perkahwinan berkonsepkan ‘Garden Wedding’

Seperti sudah menjadi trend, bakal pasangan raja sehari memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka di villa atau banglo berbanding dewan atau hotel. Villa atau banglo menjadi pilihan kerana banyak kemudahan yang disediakan terutamanya penginapan untuk bakal pengantin dan keluarga yang jauh lebih menjimatkan berbanding hotel selain pakej perkahwinan yang lengkap yang ditawarkan oleh pengusaha atau pemilik villa atau banglo tersebut.

Pada entri kali ini kami telah menyenaraikan beberapa buah villa dan banglo di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang boleh dijadikan lokasi untuk pasangan yang akan berkahwin mengadakan majlis perkahwinan mereka. Semuanya cantik-cantik dan sesuai untuk majlis yang bertema ‘Garden Wedding’. Semoga boleh dijadikan panduan untuk bakal raja sehari memilih lokasi majlis perkahwinan nanti!

 

1.  Orchard Villa, Gombak

 

001

Pernah menjadi lokasi majlis perkahwinan penyanyi terkenal Malaysia, Hazama, villa ini terletak di Gombak, sesuai bagi mereka yang inginkan majlis berkonsepkan flora dan fauna. Boleh memuatkan sehingga 700 orang tetamu pada satu masa. Mempunyai kemudahan seperti tempat letak kereta yang luas, surau, bilik Diraja/VVIP dan bilik persalinan.

 

2. Laman Warisan, Putrajaya

 

001

Terletak di Taman Warisan Pertanian, Presint 16, Putrajaya berdekatan Alamanda Putrajaya, tempat ini boleh memuatkan sehingga 280 tetamu pada satu masa. Disertakan dengan kemudahan tempat letak kereta, surau dan bilik VIP. Berkonsepkan Warisan dan Klasik Decor Melayu dengan ruang yang terbuka dan nyaman, amat sesuai untuk mereka yang inginkan majlis ala-ala Melayu Klasik. Mereka juga turut menyediakan sesi fotografi percuma di dalam dusun.

 

3. Lake Cempaka Villa, Bangi

 

001

Terletak di Bangi, berkonsepkan ‘Outdoor’ di tepi tasik, Lake Cempaka Villa boleh memuatkan sehingga 800 orang tetamu. Mempunyai dua bahagian iaitu ‘indoor’ dan ‘outdoor’ untuk para tetamu menjamu selera. Dilengkapi kemudahan tempat letak kereta, surau, bilik VVIP dan bilik persalinan.

 

4. The Wedding Heritage Palace, Jalan Semarak

 

001

Sebuah banglo resort ala-Bali berkeluasan 20,000 kaki persegi yang menawarkan perkahwinan yang eksklusif, terletak di pusat bandar Kuala Lumpur. Boleh memuatkan sehingga 1000 orang tetamu dengan susunan meja tetamu dalam banglo yang berhawa dingin memberikan keselesaan pada tetamu dari berpanas dan berhujan. Dilengkapi dengan kolam renang dan landskap resort yang indah serta bilik pengantin yang eksklusif. Dilengkapi juga dengan pakej perkahwinan lengkap dari busana, pelamin, makeup artis, makanan dan PA sistem.

 

5. The Wedding Heritage Bungalow Kota Damansara

 

001

Sebuah banglo dua tingkat ala-Mediterranian yang pasti menawan hati, sesuai untuk majlis perkahwinan yang eksklusif. Dilengkapi dengan penghawa dingin, banglo ini boleh memuatkan sehingga 2000 orang tetamu. Mempunyai empat buah bilik yang dilengkapi perabot, bilik pengantin yang eksklusif, ruang solat dan ruang keluarga, banglo ini turut menyediakan khidmat homestay bagi keluarga yang ingin bermalam dan membuat persiapan majlis. Juga didatangkan dengan pakej perkahwinan lengkap.

 

6. The Wedding Heritage Orchard Putrajaya

 

001

Cawangan lain bagi The Wedding Heritage yang terletak di Putrajaya. Sebuah banglo dua tingkat berkeluasan dua ekar dengan landskap yang cantik dilengkapi dengan penghawa dingin sepenuhnya boleh memuatkan sehingga 3000 orang tetamu. Turut menyediakan perkhidmatan homestay bagi keluarga yang ingin bermalam dan membuat persiapan majlis. Juga mempunyai 4 buah bilik dilengkapi perabot, bilik pengantin, ruang solat dan ruang keluarga.

 

7. Sangkot Garden

 

001

Terletak di Hulu Langat, Selangor, sesuai untuk majlis perkahwinan dalam taman dan perkahwinan berkonsepkan Melayu tradisional kerana terletak di tengah-tengah perkampungan Melayu. Boleh menempatkan seramai 1000 ke 2000 tetamu, Sangkot Garden turut menyediakan pakej perkahwinan dari segi pelamin, makanan, kanopi, kerusi dan meja termasuklah bilik persalinan pengantin, bilik tamu, PA sistem dan penginapan homestay selama satu malam bagi memudahkan bakal pengantin dan keluarga membuat persiapan majls.

 

Dapatkan promo item RM 1 dengan pembelian minimum 100 pcs ke atas. Sila lihat website kami untuk ketahui lebih lanjut REEM DOORGIFT

Tips warna baju pengantin mengikut warna kulit

By: Emy

Kulit cerah
Pilih warna yang menyerlahkan lagi keanggunan anda seperti warna merah terang, biru gelap, ungu pekat dan sebagainya.

Sumber dari cintaduahati

Kuning langsat
Penggunaan rona terang seperti warna merah jambu atau biru akan sesuai dan sempurna untuk anda! Sebaiknya elakkan memilih warna krim, coklat dan oren kerana akan membuatkan wajah kelihatan kusam.


Sumber dari pinkbubblegumprincess

Sawo Matang
Elakkan warna pastel kerana ia tidak akan menaikkan seri pengantin anda. Anda boleh pilih warna seperti hijau zamrud atau warna keemasan seperti emas atau gangsa. Lebih selamat jika anda memilih warna putih kerana ia akan membuat kulit anda lebih bersinar.


Sumber dari dewi remaja

Hitam Manis
Warna yang menarik untuk kulit hitam manis adalah warna terang dan kontra tetapi anda harus berani menggayakannya. Warna yang terang adalah seperti kuning keemasan, merah dan sebagainya akan lebih menyerlahkan kulit anda pada hari penting anda nanti!


Sumber dari bukalapak

Selain itu, anda juga harus fikirkan doorgift yang perlu diberikan pada tetamu nanti! Pasti anda mahukan sesuatu yang unik dan tak pernah dibuat orang kan? Jangan risau, kami ada!

KLIK SEKARANG! https://reemdoorgift.com/