7 tempat menarik pilihan jurufoto untuk photoshoot wedding (Outdoor)

Mungkin masih ada yang tertanya-tanya di mana lokasi yang cantik dan rare yang sesuai untuk menjalankan penggambaran luar. Di sini admin akan senaraikan lokasi bagi outdoor photoshoot untuk penggambaran pre-wedding atau post-wedding pasangan raja sehari.

 

  1. FRIM, Kepong

1FRIM

Sumber dari www.ohfesyen.com

Forest Research Institute Malaysia atau FRIM terletak di Kepong, Selangor. Banyak pokok-pokok yang cantik, taman botanical dan air terjun yang boleh dijadikan latar belakang gambar. Sesuai bagi mereka yang inginkan gambar ala-ala Twilight gitu. Kamu perlu membayar tiket masuk dahulu jika ingin menjalankan pengambaran di FRIM.

 

2. KLIA

3KLIA

Sumber dari www.ohfesyen.com

Siapa cakap dekat lapangan terbang tak boleh jalankan penggambaran? Lihat saja hasil kreativiti jurugambar dan pasangan pengatin ini. Gambar perkahwinan akan nampak sangat unik dengan adanya kapal terbang di udara. Jangan pula bergambar di tengah-tengah landasan ketika ada kapal terbang yang ingin berlepas ya.

 

3. Kellie Castle

4KELLIE

Sumber dari www.ohfesyen.com

Siapa saja yang tidak tahu Kellie Castle kan? Sebuah istana lama yang terletak di Batu Gajah, Perak. Binaan yang bercirikan English ini boleh menjadikan gambar perkahwinan kamu kelihatan klasik dan unik. Jika ingin menjalankan penggambaran di sini, kamu perlu membayar tiket masuk.

 

4. Taman SUK Shah Alam

6SUK

Sumber dari www.ohfesyen.com

Sebuah Taman Rekreasi yang terletak di Seksyen 5 Shah Alam. Masih ramai  yang tidak tahu akan kewujudan taman ini, jadi amat sesuai untuk menjalankan penggambaran kerana tiada orang ramai lalu lalang. Kawasan persekitaran juga dipenuhi dengan pokok-pokok dan flora yang cantik.

 

5. Ladang Teh Cameron Highlands

7CAMERON

Sumber dari www.ohfesyen.com

Kalau nak gambar ala-ala hindustan sambil menari-nari di balik dedaun teh yang menghijau, boleh la ke Ladang Teh Cameron. Cuaca yang sejuk dengan kehadiran kabus pula akan membuatkan gambar perkahwinan seperti berada di luar negara.

 

6. Astaka Morroco

9MOROCCO

Sumber dari www.ohfesyen.com

Terletak di Presint 1, Putrajaya dekat Taman Botani Putrajaya, Astaka Morocco sesuai untuk gambar ala-ala arabic kerana seni binanya yang berasaskan seni bina Morocco. Dengan ukiran-ukiran di dinding serta pokok-pokok palma disekitarnya membuatkan kamu seperti berada di Morocco. Untuk tujuan penggambaran, kamu perlu membayar yuran masuk.

 

7. Eco Majestic

10ECO

Sumber dari www.ohfesyen.com

Terletak di Semenyih, Eco Majestic adalah sebuah harta tanah yang dibangunkan oleh Eco World. Bermula dari pintu masuk sudah membuatkan kamu terpukau dengan landskap dan binaannya. Binaan yang berkonsepkan Royal membuatkan kamu seperti berada di alam fantasi Disney Princess zaman kanak-kanak apatah lagi dengan pakaian raja sehari. Pasti gambar perkahwinan kamu akan kelihatan lebih mewah dan elegen.

 

P/s : Dapatkan new item daripada Reem Doorgift segera sementara stock masih ada

Tips Berjimat Untuk Majlis Perkahwinan

Ramai pasangan kini yang akan berhutang keliling pinggan hanya kerana mereka ingin mengadakan majlis perkahwinan yang gah. Hakikatnya, anda tidak perlu habiskan simpanan wang atau lakukan pinjaman peribadi hanya untuk langsungkan majlis perkahwinan. Cuba tanya kembali diri anda, adakah berbaloi untuk berbelanja puluhan malah ratusan ribu untuk menarik perhatian kebanyakan tetamu yang tidak anda kenali? Pada pendapat kami, adalah lebih bermanfaat wang simpanan digunakan untuk masa hadapan dan  untuk anda langsungkan majlis dengan kos yang berpatutan (berpatutan tidak semestinya murah) namun majlis tersebut tetap akan dikenang hingga ke anak cucu.

Beri perhatian terhadap jumlah jemputan

Sekiranya anda benar-benar ingin menjimatkan kos, semak semula senarai jemputan anda dan hadkan kepada sahabat handai, ahli keluarga dan saudara mara terdekat yang betul-betul rapat dengan anda sahaja. Ahli keluarga anda dan pasangan mungkin akan mempengaruhi anda untuk menambah jumlah jemputan bagi memeriahkan majlis, namun anda perlu tetap dengan pendirian dan  bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bilangan jemputan. Ini bukan sahaja bertujuan untuk menjimatkan kos, tetapi majlis yang ingin meraikan anda ini aka lebih bernmakna jika ia diraikan dengan orang yang tersayang yang benar-benar rapat dengan anda.

Minta bantuan dari kenalan

Anda mempunyai kenalan yang merupakan ahli muzik, penghibur, atau  seorang jurugambar yang berbakat? Apa kata anda berunding dengan mereka untuk menawarkan khidmat mereka pada hari perkahwinan anda sebagai ganti kepada hadiah perkahwinan? Ia salah satu cara yang berkesan untuk menjimatkan bajet, dan bakal menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan untuk dikongsi bersama rakan anda.

MY_BudgetWeddings_blog03

Pilih lokasi  yang menjimatkan

Majlis persandingan di hotel 5 bintang sudah tentu akan kelihatan mewah dan berprestij. Namun, majlis persandingan di rumah anda sendiri atau lokasi luar yang lain tidak kurang hebatnya.

Selain di rumah, lokasi seperti taman dan pantai juga boleh diambil kira. Dengan berlatarbelakangkan hembusan bayu serta desiran ombak di pantai, ataupun dikelilingi pepohon dan bunga, pengalaman ini bakal menawarkan memori yang istimewa. Tambahan pula, menyewa kanopi berkipas adalah lebih murah dan menjimatkan berbanding daripada menyewa dewan. Jangan lupa untuk menyemak laporan cuaca!

Elakkan mengguna perancang khidmat perkahwinan (wedding planner)

Anda sebenarnya tidak memerlukan khidmat perancang majlis perkahwinan ika anda mempunyai keluarga dan sahabat handai untuk membantu persiapan anda. Perancangan bersama ini bukan sahaja akan mengeratkan hubungan, bahkan juga memudahkan anda dan pasangan untuk mengetahui perkembangan persiapan anda.

MY_BudgetWeddings_blog02

Rewang!

Rewang secara asasnya ialah majlis gotong-royong sebagai persiapan sebuah majlis yang disertai oleh keluarga dan jiran terdekat. Dalam konteks perkahwinan, ianya termasuklah memasak hidangan untuk majlis, mendirikan khemah, menyiapkan perhiasan dan banyak lagi.

Tradisi ini kian dilupakan oleh kerana katering dan perancang majlis perkahwinan  telah menjadi alternatif utama untuk menyediakan hidangan dan persiapan ketika majlis persandingan. Namun, rewang bakal menjadi strategi yang mampu menjimatkan perbelanjaan anda.

Do-It-Yourself (DIY) pelamin dan hiasan

Baru-baru ini, viral di laman sosial kisah pasangan yang menyediakan pelamin perkahwinan mereka sendiri dengan bajet bawah RM 100, dan hiasan yang amat cantik! Jika anda menggunakan khidmat perancang majlis, kosnya boleh menelan RM 5,000 hingga RM 15,000! Lebih baik anda potong perbelanjaan itu untuk sesuatu yang lain – seperti wang pendahuluan rumah – dan reka sendiri (DIY) pelamin dan hiasan anda.

Cetuskan kreativiti anda bersama rakan-rakan dan gunakan bahan kitar semula untuk lebih menjimatkan kos. Anda boleh merujuk Google dan Pinterest sebagai sumber inspirasi!

Sediakan playlist muzik anda sendiri

Muzik, karaoke dan DJ adalah salah satu elemen yang tidak dapat dipisahkan dari majlis perkahwinan. Jika anda inginkan kelainan, gunakan akaun Spotify anda beserta set stereo untuk menikmati muzik pilihan citarasa anda sepanjang majlis!

Sewa busana – atau guna pakaian yang anda ada

Tidak dapat dinafikan, semua orang ingin kelihatan cantik pada hari perkahwinan mereka. Namun, anda tidak perlu habiskan beribu hanya untuk pakaian yang anda bakal pakai sehari sahaja. Kini, anda boleh menyewa busana yang anda inginkan untuk menjimatkan kos atau pinjam sahaja dari ahli keluarga anda.

Merancang dari awal

Persedian untuk mengadakan majlis perkahwinan bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh, terutama sekali jika anda mengutamakan penjimatan kos. Kami nasihatkan anda bersedia seawal dari 6 bulan sebelum majlis lagi. Sediakan senarai semak bersama-sama pasangan anda dan minta bantuan keluarga dan rakan-rakan terdeka.