Design Kad Kahwin 2019

By: Emy

Pasti anda peningkan nak cari style kad kahwin yang bagaimana untuk hari penting anda? Jangan risau, kami berikan sedikit idea untuk anda!

  • Unique
    Jika anda mahukan sesuatu yang unik dan yang menarik

       

    

 

  • Tropical
    Kepada peminat hijau atau tropika

    

    

 

  • Simple
    Kepada yang mahukan kad kahwin yang simple, ringkas dan minimum.

    

    

 

  • Pastel
    Kepada yang inginkan kad kahwin berwarna lembut atau pastel

    

 

  • Floral
    Kepada yang memilih kad kahwin bercorak bunga

    

     

 

  • Classic Vintage
    Kepada sesiapa yang meminati corak vintage seperti batik

        

Anda terfikir mana nak dapat semua kad kahwin ini? Lawa sangat kannn?!?! Jangan risau! Kami ada sediakan pakej kad kahwin sekarang ni! WOW!

Jom tengok sekarang! Harga murah je hehe 🙂


KLIK SEKARANG! https://reemdoorgift.com/product-category/pakej-kad-kahwin/

     

Tips Kurus Sebelum Kahwin

By : Emy

Sumber dari Mohd Isa

 

  • Setkan minda nak kurus
    Pastikan anda lakukan bersungguh-sungguh. Jika mahu lakukan harini, buat pada hari itu juga. Jangan tangguh nak buat esok, lusa atau minggu depan!
  • Pelajari ilmu tentang kalori
    Adakah anda tahu kalori lebih banyak terbakar semasa anda tidur? Jika mahu kurus senang sahaja. Anda hanya perlu ambil kalori yang perlu sahaja dalam sehari!
  • Makan dalam kuantiti sikit
    Anda boleh makan banyak kali tapi make sure dalam kuantiti yang sikit sahaja! Simpan sedikit biskut dalam beg jika perlu dan pastikan kandungan fiber yang tinggi okay!
  • Elakkan makan pada waktu malam
    Tahukah anda makan pada waktu malam akan lebih buat anda senang gemuk? Ini kerana badan kita memerlukan 4 jam untuk menghadam makanan. Jika tidak cukup 4 jam, ia akan jadi lemak!!! Jadi seeloknya makan sebelum atau selepas waktu maghrib.
  • Banyakkan minum air masak
    Anda perlu minum 2-3 liter atau 8 gelas air sehari tau!
  • Senaman
    Anda perlu bersenam selama 30 minit setiap hari! Lakukan lah zumba, jogging atau berjalan di taman juga sudah memadai.
  • Pantang ais atau air manis
  • Jangan makan FAST FOOD
  • JANGAN MENGALAH!

Anyway, anda atau sesiapa kenalan anda tengah mencari doorgift unik tapi murah untuk majlis yang akan datang?? Kami ada semua yang anda mahu!

KLIK SEKARANG! https://reemdoorgift.com/product-category/pakej-promo/

         

      

Tips Memilih Warna Tema Untuk Pengantin

By : Emy

Pemilihan tema haruslah dipilih dengan betul supaya anda lebih menonjol pada hari penting! Ini ada beberapa tips yang boleh dijadikan rujukan.

Warna baju pengantin

Sumber dari shopee

Bagi yang memilih warna kegemaran anda, pastikan warna tersebut sesuai dengan warna kulit anda. Jika anda berkulit cerah, jangan memilih warna yang terlalu terang supaya tidak tenggelam.

Manakala untuk badan yang berisi, pilih baju yang berwarna gelap supaya anda nampak lebih slim! Anda boleh minta tukang jahit supaya menghiasi baju anda dengan manik atau lace dibahagian berisi supaya tidak kelihatan sarat

Pelamin

Sumber dari jumiesamsudin

Pemilihan warna pelamin adalah sangat penting supaya menaikkan lagi anda di atas pelamin. Elakkan warna yang pelamin yang sama dengan baju. Sebaiknya pelamin berwarna putih atau warna-warna lembut. Hiasi juga dengan bunga yang warna sepadan supaya gambar anda lebih cantik dan berseri!

Baju pengapit atau baju keluarga

Sumber dari Utusan Online

Pilih warna lembut dan tidak kontra untuk baju pengapit dan baju keluarga agar anda kelihatan lebih menonjol pada hari penting anda. Sekali gus gambar perkahwinan anda kelihatan lebih indah dan sempurna!

 

Anyway , anda dah ada doorgift ke belum? Atau masih tengah mencari doorgift? Jangan risau, kami anda!

KLIK SEKARANG! https://reemdoorgift.com/product-category/pakej-promo/

     

 

Tips Berkahwin Tanpa Berhutang

By: Emy 

Sumber dari bercinta selepas nikah

  1. Buat majlis ikut kemampuan sendiri. Elak daripada buat LOAN! 
  2. Pelamin dan meja tak perlu bunga beribu kuntum. Seeloknya diy je sendiri dengan saudara mara atau kawan-kawan sekaligus dapat merapatkan hubungan!
  3. Sebaiknya maksimum baju pengantin 2 helai sudah cukup. Tak perlu tukar tukar pakaian.
  4. Kalau akad nikah dan bersanding pada hari yang sama, cukup sekali make up sahaja
  5. Berbulan madu di tempat yang murah dan anda mampu sahaja. Tak perlu pergi ke tempat yang mengeluarkan belanja yang banyak semata-mata hanya nak impress orang lain!
  6. Beli doorgift or goodies yang setakat anda mampu sahaja. Tak perlu tempah yang mahal mahal!

 

Berkenan doorgift tersebut, kami ada doorgift yang anda mampu milik dengan pelbagai jenis doorgift yang unik!

KLIK SEKARANG! https://reemdoorgift.com/product-category/alat-tulis/
           

  

Event planning tips

Hi, selamat pagi semua. Tengah pikir nak buat small/big event. Tapi ada masa ke tak tu? Hurmmm… okay, kita nak share sikit tips/checklist untuk semua dekat luar sana yang nak rancang buat event. Sini kami sediakan beberapa tips untyk buat event anda lebih menarik!

 

1. Tarikh & Masa

Tarikh dan masa yang sesuai tu penting supaya plan korang yang seterusnya berjalan lancar. Kebiasaannya kita pilih hujung minggu di mana tetamu kita boleh hadir.

2. Lokasi

Lokasi ni memainkan peranan sebenarnya dalam penentu tetamu korang akan datang atau tidak. Korang juga kena consider lokasi yang korang nak buat refer kepada bajet masing-masing. Nak lagi jimat, boleh buat dekat rumah. Sewa kanopi dalam 1-2 bajet around RM200-RM300. Bagi yang berkemampuan nak buat tempat yang lebih selesa, atau tak nak menyepahkan dan kemas balik rumah korang tu, boleh consider untuk pilih dewan atau event space. Sekarang ni agak femes untuk adakan sebarang majlis di event space. Berikut adalah senarai event space sekitar Klang Valley.

A. Ruang Shah Alam
B. Ruang Subang Jaya
C. We are House Event Subang Jaya
D. Disenar Event Space Setapak
E. Flat Above Foodsburry Shah Alam
F. Petak Event Space
G. Laman 83 Shah Alam
H. Cabana Event Space Damansara

3. Tetamu

Okay, bab tetamu ni penting dalam menentukan berapa banyak korang kena prepare untuk itu ini. Haa, itu ini macam banyak sangat. Penting! Dalam persediaan makanan, doorgift dan kapasiti tempat majlis anda.

4. Bajet Majlis

Yang ni paling penting sebenarnya.  Bila dah tahu berapa banyak korang willing to spend, dari situ korang dah tahu berapa ramai tetamu jemputan korang, menu makanan, doorgift & kek.

5. Menu Makanan

Bila korang dah cater berapa ramai jemputan, then senang untuk korang listkan menu makanan untuk jumlah tetamu itu. Kena ingat, prepare makanan biar lebih, jangan kurang. Kesian tetamu yang datang balik dgn perut kosong pulak. Korang digalakkan untuk hidang makanan yang orang dewasa and kanak-kanak boleh makan contohnya nasi ayam, bihun, spagetthi. Then sediakan 2 – 3 jenis kuih dah memadai. Masak sendiri kalau boleh untuk lebih jimat. Kalau rasa bajet tu besar, order katering aja lah. Tak payah pikir sapa yang nak basuh pinggan cawan tu nanti.

6. Tema/Warna

Bab tema ni memang excited. Cadangan ini lebih sesuai untuk birthday party. Tema ni lah kita boleh gunakan untuk whole concept birthday party lagi-lagi untuk hiasan candy buffet, doorgift, kek & kad jemputan. Suggestions tema masa sekarang.

For boy:
A. Superheroes
B. Power Rangers
C. Thomas & Friends
D. Mickey Mouse
E. Barney & Friends
F. Robocar Poli
G. Upin & Ipin
H. Boboi Boy
I. Tobot
J. Ultraman
K. Safari Animals
L. Pilot
M. Sailor
N. Minion
 
For girl;
A. Minnie Mouse
B. Hello Kitty
C. Princess Fairytales – Cinderella, Snow White, Rapunzel etc.
D. Frozen
E. Dibo The Gift Dragon
F. Sofea the First Princess
G. Elmo & Friends
H. Didi & Friends
I. Tinkel Bell
J. Rainbow
K. Princess Crown
L. Maria & The Bear
Gambar diambil dari hantaranmurah.com

7. Kek

Kek ni sebenarnya wajib ada untuk majlis korang. Kek pun ada range bajet dia. Homemade cake price around RM100 and above. Yang ni ikut jenis kek apa yang korang nak. Buttercream ke fondant ke macam-macam ada dah sekarang ni. Kek yang cantik adalah kek fondant tapi kek ni sememangnya lah mahal. Paling murah boleh dapat RM180, ikut design macam mana yang korang mahukan. Buttercream ikutkan murah sikit je dari fondant ni tapi masih affordable untuk parents yang teringin kek cantik tapi kurang bajet. Korang juga kena pandai cari bakers yang pandai dalam baking ni. Ada baker yang buat kek buttercream, tapi hiasan menggunakan fondant & figurine. Tapi masih cantik!
Image result for kek fondant hantaran
Gambar diambil dari Pinterest

8. Dessert/Candy Buffet

Candy Buffet ni dah kira macam kewajipan untuk dalam setiap majlis, tak kisah la untuk birtday party, wedding, pertunangan or majlis aqiqah. Jika nak diikutkan, candy buffet ni kita boleh DIY je, lebih jimat kos. Makanan untuk candy buffet ni kita boleh anggarkan 40-50% daripada jumlah tetamu yang bakal hadir. Kadang-kadang, tetamu bukan di kalangan budak-budak saja. Orang dewasa kurang gemar candy ni. Guna pinggan mangkuk korang yang cantik-cantik tu untuk letak atas table then hias. Pemilihan tema haruslah bertepatan untuk kita hias di meja candy ni.

Related image

Gambar diambil dari Pinterest

9. Doorgift

Doorgift ni bab perlu jadi kreatif dan rajin sekali. Bila dah ada tema tu, senang untuk kita buat doorgift refer tema yang kita dah pilih.  Korang juga boleh asingkan doorgift untuk kanak-kanak and dewasa.

Gambar diambil dari Reem Doorgift

 

10. Aktiviti/Entertainment

Untuk aktiviti/entertainment, kita perlu tahu event mana yang sesuai. Bagi majlis perkahwinan, kita boleh sewa PA sistem. Manakala untuk birthday party pula, ibu bapa boleh boleh tempah clown untuk menceriakan suasana di majlis itu

11. Photographer

Photographer ni perlu ke? Perlu kalau korang rasa nak abadikan moment manis korang yang setahun sekali tu. Tapi nak hire photographer untuk cover event ni bukannya murah. Kalau rasa korang sendiri tak sempat nak tangkap gamba waktu birthday tu nanti, minta tolong keluarga terdekat untuk ambil gambar. Tapi rasanya tak perlu risau kot. Mesti ada juga keluarga or kawan-kawan yang ambilkan. Lepas habis majlis, korang minta je dekat kawan-kawan tu. Mesti ada. Confirm!

Jadi dengan tips sebegini, pasti akan membuatkan majlis anda berjalan dengan lancar. Semoga bermanfaat!
P/s : Mencarikan doorgift yang unik berasaskan buluh? Kami ada 2 jenis doorgift yang sesuai untuk anda !
  Undangan Buluh
 Kipas undangan buluh

Pengertian aqiqah

Bagi ibu bapa yang menimang cahaya mata baru, pastinya sedang teruja untuk melakukan majlis aqiqah. Jika anda sedang merancang dan berkira-kira untuk melakukan majlis aqiqah untuk simanja anda, apa kata luangkan masa untuk membaca penerangan kami tentang aqiqah termasuk maksudnya, syarat sah dan cara pembahagian daging yang anda wajib tahu.

 

aqiqah

Sumber dari www.bidadari.my

 

  • Maksud

Perkataan aqiqah membawa maksud “Rambut yang tumbuh di atas kepala bayi semasa dilahirkan.” Manakala dari sudut hukum syarak, perkataan aqiqah yang selalu kita gunakan bermaksud “Penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.”

Jika dilihat maksud aqiqah dari pandangan hukum syarak, boleh disimpulkan bahawa majlis aqiqah yang dilakukan haruslah mempunyai 3 elemen berikut:

  • Menyembelih binatang untuk kepentingan anak
  • Mencukur atau memotong rambut anak
  • Memberikan nama yang baik kepada anak

 

  • Syarat sah

Di Malaysia, kebiasaannya aqiqah dilakukan dengan cara:

  • 1 ekor kambing buat anak perempuan
  • 2 ekor kambing buat anak perempuan
  • Atau pun seekor lembu yang dibahagi kepada 7 bahagian, 1 bahagian mewakili seekor kambing

 

  • Cara pengagihan daging korban

Tidak seperti daging korban, tiada cara pengagihan daging aqiqah yang tertentu dan wajib untuk diikuti. Walau bagaimana pun, secara amnya daging aqiqah tidak boleh dimakan oleh ibu bapa dan keluarga yang melakukan aqiqah sahaja. Seeloknya adakan majlis untuk menjamu keluarga terdekat, sanak-saudara, sahabat handai, serta fakir miskin sekiranya ada.

Mengenai masakan untuk majlis aqiqah tersebut, ada yang berpendapat bahawa sunat untuk memasak manis kerana Rasulullah sukakan madu dan makanan yang manis. Namun ia hanyalah sunat, terpulang kepada anda untuk menentukan apakah menu yang ingin dihidangkan kepada para tetamu.

Jadi itu sahaja yang kami kongsikan pada anda hari ini. Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda semua.

 

P/s : Anda mencari doorgift yang sesuai untuk majlis aqiqah? Di Reem Doorgift kami mempunyai pilihan yang menarik untuk majlis anda!

Tips gambar perkahwinan cantik

By : Emy

 

  • Pilih waktu yang sesuai.  Kalau anda ambil gambar pada waktu tengahari, pastinya matahari tengah terpacak diatas kepala kita kan? Keadaan tersebut pasti menyukarkan pengantin kerana cuaca yang panas dan anda tidak dapat fokus untuk bergambar
  • Selesa. Keselesaan adalah perkara utama. Pastikan anda pilih atau alter baju mengikut kesesuaian. Jika tidak selesa untuk bergerak dengan baju tersebut, sebaiknya alter sebelum majlis berlangsung.
  • Main dengan baju anda. Pose dengan menggunakan setiap potensi baju kahwin tersebut. Lebarkan gaun meleret tersebut pada tangga, lantai atau sebagainya!

Sumber dari pesona pengantin

  • Minta tolong rakan atau ahli yang terdekat. Selalunya pasangan anda tidak perasan jika ada cela pada make up, baju atau apa apa pada diri anda. Bawa kawan untuk menemani anda dan pasangan ke photoshoot. Mereka boleh tolong untuk touch up atau menguruskan apa apa yang kurang. Jangan lupa bagi upah tau! hehe
  • Ambil inspirasi dari gambar orang lain. Pasti ada gambar perkahwinan orang lain yang membuat kita teruja kan? Jadi ini la masanya untuk melakukan pose yang sama! Beritahu jurugambar anda tentang impian tersebut dan mungkin dia dapat menambah idea untuk menghasilkan gambar yang lebih BOOM! 

Sumber dari iluminasi

Dengan tips ini, pasti gambar wedding anda BOMBASTIK! 

so, jom bombastik kan lagi wedding anda dengan doorgift kami yang unik!

KLIK SEKARANG! https://reemdoorgift.com

   

    

 

Cara Mengurangkan Bajet Perkahwinan Anda

By: Emy

Sumber dari shada ahmad

  • Tetapkan jumlah bakal tetamu yang akan hadir. Dari situ anda dapat mengira bajet untuk membeli doorgift, makanan dan sebagainya
  • Elakkan daripada menempah baju pengantin yang baru kerana menyewa baju adalah lebih murah!
  • Adakan majlis akad nikah dan persandingan pada satu hari! Misalnya, akad nikah pada waktu pagi manakala persandingan dan kenduri boleh dilakukan pada waktu tengahari. Jika mahu lakukan secara berasingan, anda mungkin boleh hadkan jumlah tetamu seperti hanya saudara terdekat sahaja untuk majlis akad nikah
  • Membuat sendiri hantaran kahwin! Sudah pastinya hantaran itu lebih murah daripada beli di kedai.
  • Untuk hiburan majlis, sebaiknya menggunakan perkhidmatan DJ yang dapat memainkan lagu yang menarik serta acara karoake. Lebih meriah dan murah tau!

Selain daripada itu, cara mengurangkan bajet adalah dengan beli doorgift yang unik tapi murah! Mana nak dapat tu? Jangan risau! Kami ada!

Layari website kami untuk ketahui lebih lanjut! https://reemdoorgift.com/


     

Inspirasi Kek Hantaran

By : Emy

Gambar dari ikahwin

√Kek berwarna putih yang dihiasi dengan bunga memberikan efek vintage

Image result for kek hantaran simple

Gambar dari inspiredcaketeer

√Hiasan bunga melingkar pada kek kelihatan sangat cantik, kemas dan menarik!

 

Image result for kek hantaran simple

Gambar dari begitulahkisahnya

√Memerlukan sesuatu yang simple? Pilih kek dengan penggunaan satu ton warna dan dihiasi dengan satu bunga yang besar untuk menaikkan seri kek anda

 

Related image

Gambar dari pecanbutterscotch

√Kek berwarna putih tidak semestinya perlu dipadankan dengan hiasan berwarna pastel tau! Serlahkan kek anda dengan hiasan berwarna kontra! Sudah pastinya unik dan menarik!

 

Gambar dari ikahwin

√Suka warna monochrome? ini lah kek nya! Super modern dan sangat unik !

Okay settle bab kek ! Now, doorgift pulak! Tahu tak sekarang kami ada PROMO SALES RM1??? Dah tengok ke belum? Kalau belum, cepat tengok sekarang! LIMITED TIME OFFER OKAY!

KLIK SEKARANG https://reemdoorgift.com/product-tag/rm1-ke-bawah/

       

Cara menghilangkan stress ketika membuat persiapan kahwin

By: Emy

Gambar diambil dari sociolla

RELAKS

Relaks satu hari ! Jangan fikir apa apa berkenaan majlis anda. Buat apa yang anda enjoy seperti layan drama, kemas rumah atau sebagainya.

MAKAN

Semasa sibuk memikirkan majlis mesti anda jarang makan yang sedap sedap kan? Jadi makan lah sesuatu yang sedap walaupun ia mahal! Turutkan semua yang telah anda craving selama ini! Biar mahal janji tak stress!

LUANGKAN MASA BERSAMA KAWAN

Mungkin anda sering menolak ajakan kawan untuk lepak bersama kerana sibuk. Kali ni cuba luangkan masa bersama kawan kawan dengan menonton wayang, karaoke atau sebagainya!

Dan last cara untuk hilangkan stress! Dengan lihat doorgift yang super unik dan comel! Yang pastinya sesuai dengan majlis anda!

KLIK SEKARANG!! https://reemdoorgift.com/product-category/item-baru/