7 tips merancang majlis hari jadi anak yang simple di rumah

by shima

Kalau anda nak buat majlis yang simple simple saja di rumah, jom baca 7 tips persediaan ini untuk memudahkan kerja anda:

 

#1 Persiapan majlis hari jadi anak: Dapatkan jumlah undangan

      

Siapa yang perlu anda undang? Fikir benda itu awal-awal. Selepas itu barulah anda boleh dapatkan jumlah tetamu yang nak datang.Mungkin anda jemput keluarga kawan baik anda. Berapa ramai satu keluarga? 4 orang?

 

#2 Buat kira-kira

                                                        gambar:google

Selepas mendapatkan anggaran tetamu yang nak datang, bolehlah anda mula menulis kira-kira. Buat bajet untuk semua persiapan agar anda tidak membazir. Persiapan jenis apa yang anda perlukan? Lihat tips nombor #3 dan #4.

 

#3 Pilih waktu dan hari yang sesuai

                                                                                                             

                                                     gambar:google

Majlis hari jadi anak mungkin tidak disambut betul-betul pada tarikh lahirnya. Anda boleh pilih hari minggu jika mahu lebih ramai tetamu datang.

Tapi jangan lupa untuk pilih waktu yang bersesuaian juga. Kalau anak anda masih kecil, janganlah sambut ia pada waktu malam. Nanti meragam pula budak itu!

 

#4 Pilih tema dan warna majlis

                                                     gambar:google

 

Ini bergantung kepada kreativiti anda. Anda boleh buat DIY, atau membeli perkakas, perhiasan dan permainan untuk majlis di kedai-kedai hadiah hari jadi. Warna yang selalu digunakan seperti biru, oren, merah jambu dan warna-lembut. Tema pula bergantung kepada apa yang diminati anak. Mungkin tema Hello Kitty atau Minion?

#5 Pilih dekorasi dan perhiasan untuk majlis

                                                               gambar:google

Walaupun simple, tapi majlis hari jadi anak itu mungkin kelihatan lebih meriah dan cantik dengan pemilihan dekorasi yang sesuai.

Alah, ibu-ibu tak payah bersusah pun. Cukuplah sekadar memilih belon atau bunga-bunga untuk disusun bagi menarik.

 

#6 Tentukan makanan dan kek hari jadi
                                                gambar:google

 

Pesan kek yang bersesuaian dengan tema. Pertimbangkan juga jumlah tetamu sebelum beli kek – melainkan anda sediakan makanan tambahan lain.Kalau makanan untuk tetamu, anda nak memasak sendiri atau beli dari luar?

#7 Baju special untuk anak

                                                      gambar:google

 

Oleh sebab hari inikan hari special untuk anak, tak salah jika anda menghiaskan agar lebih menarik.

Tak payah beli baju baru pun tak mengapa. Mungkin anda sekeluarga boleh pakai sedondon? Itupun sudah cukup comel!

Semoga dengan tips yang kami beri ini, sambut hari jadi anak anda berjaya dilangsungkan!

Sumber artikel : theasianparent

 

 *Kalau nak cari doorgift untuk majlis birthday anak yang unik dan comel-comel, tak perlu susah-susah. Boleh survey-survey dkt Reem Doorgift ya. Kami menawarkan doorgift yang unik dan berguna sesuai dgn event anda 🙂

     

 

 

 

 

 

 

 

Tips Pemilihan Make-Up Pengantin

                             Sumber: Kumparan

by shima

Bila bercakap mengenai seri pengantin, perkara utama untuk kelihatan cantik, anggun, jelita dan sebagainya ialah solekan ketika majlis. Bagi anda yang sering ke majlis perkahwinan pasti anda sendiri boleh menilai pemilihan gaya solekan pengantin.

Ha, jom tengok tips memilih make-up pengantin kat bawah ni! 🙂




Sumber : Google

1. Para bakal pengantin sekalian, pastikan sekurang-kurangnya anda tahu tentang dunia solekan seperti trend solekan terkini dan study hasil kerja makeup artis yang bakal menyolek anda.



                                                            Sumber: Ohfesyen

2. Buat anda yang dilema tentang pemilihan gaya solekan, untuk paling mudah pilih sahaja solekan jenis doll yang banyak menggunakan warna-warna lembut seperti merah jambu dan peach. Tak nak nampak keterlaluan cukup dengan pemilihan warna-warna tanah. Elakkan dari memilih warna lipstik seperti merah, maroon, oren atau ungu (kecuali bersesuaian dengan tema majlis). 

 



                                                   Sumber : Mommy’s Diary of Life

3.  Teknik dan bentuk solekan juga wajib diambil kira. Dari pengalaman penulis sendiri, ada sesetengah dari rakan penulis mendapat solekan yang tenggelam akibat teknik shading atau contouring mak andam tidak menjadi. Contouring dibahagian hidung, tulang pipi terlalu tebal, gelap dan paling tragis kening. Sebab itu penting untuk kita kenal siapa bakal mak andam, tahu teknik dan rajinkan diri untuk tengok hasil kerja mereka sebelum ini.




Sumber : google


4. Yang paling penting, pengaruh lain untuk solekan menjadi lebih cantik ialah rutin penjagaan wajah pengantin itu sendiri. 🙂

Sumber artikel : www.wanista.com



Ha, sekarang dah dapat sedikit idea untuk memilih make up pengantin kan.
Sebelum itu, pasangan yang bakal berkahwin juga perlu mencari doorgift untuk majlis anda nanti. Anda tak perlu susah cari kerana kami ada doorgift yang anda mahu! Harga yang berpatutan taw 🙂

Mari dapatkan doorgift dengan kami 🙂   Hanya di REEM DOORGIFT 

KLIK SEKARANG! https://reemdoorgift.com


         


        

Idea doorgift Majlis A’qiqah

by : Shima 

Semua pasti sudah sinonim dengan majlis A’qiqah bukan? Ibu bapa mesti mahukan persiapan yang terbaik untuk majlis A’qiqah putera / puteri sulong.
Sebelum tu, mari kita fahamkan maksud A’qiqah dan hukumnya menurut Islam.

Majlis A’qiqah : Menurut syara’, Aqiqah adalah sembelihan binatang yang dilakukan pada hari ke-7 kelahiran bayi sebagai tanda rasa bersyukur kepada Allah atas kurniaan yang diberikan.
Hukum : Sunat Muakkad iaitu sunat yang sangat-sangat dituntut melaksanakannya.                                                                                                                        –sumber : ezqurban

Sekarang kita dah tahu kan, A’qiqah ni sangat digalakkan untuk laksanakannya, rugi kalau tak buat tau 🙂

Apa kata kita lihat idea – idea doorgift yang menarik untuk majlis A’qiqah. 😀

1. Paper bag 
2. Yassin Customised
3. Tasbih Mini 
4. Cookies
5. Manisan

PAPER BAG


sumber : Faina Arisya 
designed by ByAuni

YASSIN CUSTOMIZED


sumber : Faina Arisya 

TASBIH MINI


sumber : Faina Arisya 

COOKIES


sumber : Faina Arisya 

MANISAN


sumber : Faina Arisya 

Ha…. sekarang dah dapat serba serbi idea Doorgift majlis A’qiqah kan, pastikan doorgift Majlis Aqiqah anda unik dan lain dari yang lain tau. Di Reemdoorgift, kami sediakan doorgift yang unik lagi rare untuk tetamu anda ;’) 

KLIK SEKARANG! https://reemdoorgift.com

sumber: reem

Warna tema yang menarik untuk bakal pengantin

Setiap perkahwinan perlu diserikan dengan warna tema. Apatah lagi jika warna tema perkahwinan itu unik dan menawan, pasti ia akan membuatkan majlis berlangsung dengan meriah malah tetamu yang hadir juga akan memuji warna tema perkahwinan anda. Sini saya sertakan beberapa warna tema menarik yang boleh anda pilih !

 

  1. Emerald dan Melon

Emerald and melon wedding colors

Sumber dari story.wedding.com.my

Memadankan warna seperti emerald dengan sesuatu warna yang lebih lembut membuatkan kedua-dua warna mempunyai sentuhan tersendiri. Warna Melon memberikan kedalaman dan keseimbangan untuk tona warna tersebut

 

2. Lilac dan Dusty Blue

Lilac and dusty blue wedding colors

Sumber dari story.wedding.com.my

Warna-warna nyaman seperti ungu dan biru adalah sangat baik untuk mewujudkan suasana tenang dan santai. Lilac dan dusty blue mengeluarkan suasana romantis dan padanan yang sempurna pada warna-warna neutral

 

3. Fuchsia dan Poppy

Fuchsia and poppy wedding colors

Sumber dari story.wedding.com.my

Walaupun kedua dua ini warna yang terang , tetapi kedua-dua warna ini  berfungsi dengan baik bersama-sama. Ia adalah satu kombinasi yang sempurna untuk musim bunga atau musim panas.

 

4. Sage dan Peony

Sage and peony wedding colors

Sumber dari story.wedding.com.my

Jika anda seorang yang romantis, warna ini sesuai untuk anda. Pink lembut boleh menjadi neutral atau menyerlah sendiri bersama warna hijau sage ini.

 

5. Mint dan Coral

Mint and coral wedding colors

Sumber dari story.wedding.com.my

Bina suasana yang “fancy”  dengan padanan ceria-mint mempunyai padanan mewah manakal coral mengekalkan suasana segar dan ceria. Warna ini sesuai untuk musim luruh dan panas atau perkahwinan tropical.

 

Jadi dengan warna-warna elegan seperti ini pasti akan membuat majlis anda lebih bermakna!

* Serlahkan majlis anda lagi dengan Doorgift batik kami. Boleh dapati di laman web  Reem Doorgift

   

  

 

Doorgift Kayu 2018 : Edisi Cantik & Beguna

Doorgift Kayu 2018

Oleh : Nuris

Hai semua! Dah lama rasanya admin tak menulis blog kan? Okay harini admin nak tulis tentang doorgift yang tengah hot abad ini. Apa dia ek? Korang tau tak ada banyak doorgift daripada material kayu yang boleh dijadikan sebagai doorgift. Mesti ada yang terfikir “Eh doorgift dari kayu? Mesti mahal ni kan?” Tak lah uolss tak mahal mana pun. Sangat mampu milik tau. Dan pakej-pakejnya pon menarik.

Okay meh sini admin cerita doorgift kayu apa yang reemdoorgift sediakan.

 

Cutting Board cetakkan Thank you

 

Cutting board design dari customer

1. Cutting board

Haa ni item kayu paling laris gila kat reemdoorgift. Semua dok pakat beli doorgift cutting board sampai penuh kedai, sampai dah tak boleh nak duduk kat lantai sebab takde ruang dah haha. Sebab apa ramai yang beli Cutting board ni ek? Sebab yang pertama ada dia unik. Kedua, cutting board ni pun boleh guna tau. Admin pun ada satu kat rumah buat guna potong sayur hehe. Tapi jangan lah hang pi potong ayam pakai cutting board ni cik adik oi, mau terbelah dua hahaha. Okay dah merapu. Ianya juga boleh jadi sebagai perhiasan di dinding. Tinggal gantung je.

Banyak design-design yang menarik kita sediakan. Ada sorang customer tu rambang mata tak tau nk pilih yang mana. Disamping design yang kita sediakan, korang pon boleh guna design sendiri. Takpe admin faham, setiap orang ada cita rasa masing-masing kan. Cutting board ni juga ada banyak pakej ye (..nanti admin cerita next blog ye..)

 

 

doorgift sikat kayu

2. Okay seterusnya adalah sikat kayu. Ramai admin jumpa customer yang tak tau nak bagi apa kat guest lelaki. Jangan risau semua, admin ada jalan penyelesaiannya. Mur mur je uloss. Harga admin bagi harga kasih sayang je. Sangat jimat. Beli banyak dpt murah lagi. Siap boleh cetak nama lagi.

 

doorgift penggantung kunci

3. Okay next is penggantung kunci. Juga diperbuat daripada kayu. Jika kita beri penggantung kunci sebagai doorgift, admin pasti guest korang mesti suka sebab sangat bermanfaat. Design pon kami sedikan pelbagai jenis. Kalau nak guna design sendiri pun di alu-alukan 🙂

 

penggantung hiasan Assalamualaikum
penggantung hiasan

4. Penggantung hiasan ni mur mur je uolss. Sis faham ramai bakal pengantin kat luaq sana nak cari doorgift yang kena dengan bajet depa. Di datangkan dengan pakej paperbag. Tapi kalau nk beli penggantung hiasan saja pun boleh. Banyak design boleh pilih. Tapi admin paling suka design “Assalamualaikum” sebab nampak-nampak je penggantung hiasan mesti rasa nak bagi sama haha.

 

Senduk Kayu aren

5. Senduk kayu aren ni selalu nya makcik-macik suka lah. Eh mana ada lah. Kalau korang nak tau senduk ni pon tengah laku keras sebab kita tengah buat promo. Admin suka sebab senduk nk cantik dan nampak esklusif dan sangat berguna. Balik rumah boleh buat cedok nasi. Admin pon ada satu kat rumah hehe

 

Senduk kayu putih

6. Haa yang ni pulak, tok sah dok cerita la aih. Laku keras yang amat sampai kedai penuh dengan senduk sahaja. Sebab apa laku keras sangat ni?? Sebab kami sayang customer-customer kami. Jadi kami buat promo kaw-kaw punya. Free sarung net & cetak nama. RM1.60 je guyss..!!

Murah kan?

 

Senduk sup tempurung

7. Senduk sup tempurung ini khas untuk makanan berkuah. Sangat useful tau. Rekaannya tradisionalnya sangat sesuai bagi majlis yang bertemakan tradisional. Mesti guest korang happy dapat senduk sup tempurung sebab at least dorang ada senduk yang unik kat dapur.

Unik kan?

 

Okay abis dah admin berceloteh harini. Admin tau mesti korang rambang mata kan bila tengok item-item kayu ni. It’s okay, take your time darling, but don’t take to much time sebab takut nanti x sempat pulak nak order hehe. Okay bye semua.

Salam sayang dari admin ReemDoorgift, Nuris