7 tips merancang majlis hari jadi anak yang simple di rumah

by shima

Kalau anda nak buat majlis yang simple simple saja di rumah, jom baca 7 tips persediaan ini untuk memudahkan kerja anda:

 

#1 Persiapan majlis hari jadi anak: Dapatkan jumlah undangan

      

Siapa yang perlu anda undang? Fikir benda itu awal-awal. Selepas itu barulah anda boleh dapatkan jumlah tetamu yang nak datang.Mungkin anda jemput keluarga kawan baik anda. Berapa ramai satu keluarga? 4 orang?

 

#2 Buat kira-kira

                                                        gambar:google

Selepas mendapatkan anggaran tetamu yang nak datang, bolehlah anda mula menulis kira-kira. Buat bajet untuk semua persiapan agar anda tidak membazir. Persiapan jenis apa yang anda perlukan? Lihat tips nombor #3 dan #4.

 

#3 Pilih waktu dan hari yang sesuai

                                                                                                             

                                                     gambar:google

Majlis hari jadi anak mungkin tidak disambut betul-betul pada tarikh lahirnya. Anda boleh pilih hari minggu jika mahu lebih ramai tetamu datang.

Tapi jangan lupa untuk pilih waktu yang bersesuaian juga. Kalau anak anda masih kecil, janganlah sambut ia pada waktu malam. Nanti meragam pula budak itu!

 

#4 Pilih tema dan warna majlis

                                                     gambar:google

 

Ini bergantung kepada kreativiti anda. Anda boleh buat DIY, atau membeli perkakas, perhiasan dan permainan untuk majlis di kedai-kedai hadiah hari jadi. Warna yang selalu digunakan seperti biru, oren, merah jambu dan warna-lembut. Tema pula bergantung kepada apa yang diminati anak. Mungkin tema Hello Kitty atau Minion?

#5 Pilih dekorasi dan perhiasan untuk majlis

                                                               gambar:google

Walaupun simple, tapi majlis hari jadi anak itu mungkin kelihatan lebih meriah dan cantik dengan pemilihan dekorasi yang sesuai.

Alah, ibu-ibu tak payah bersusah pun. Cukuplah sekadar memilih belon atau bunga-bunga untuk disusun bagi menarik.

 

#6 Tentukan makanan dan kek hari jadi
                                                gambar:google

 

Pesan kek yang bersesuaian dengan tema. Pertimbangkan juga jumlah tetamu sebelum beli kek – melainkan anda sediakan makanan tambahan lain.Kalau makanan untuk tetamu, anda nak memasak sendiri atau beli dari luar?

#7 Baju special untuk anak

                                                      gambar:google

 

Oleh sebab hari inikan hari special untuk anak, tak salah jika anda menghiaskan agar lebih menarik.

Tak payah beli baju baru pun tak mengapa. Mungkin anda sekeluarga boleh pakai sedondon? Itupun sudah cukup comel!

Semoga dengan tips yang kami beri ini, sambut hari jadi anak anda berjaya dilangsungkan!

Sumber artikel : theasianparent

 

 *Kalau nak cari doorgift untuk majlis birthday anak yang unik dan comel-comel, tak perlu susah-susah. Boleh survey-survey dkt Reem Doorgift ya. Kami menawarkan doorgift yang unik dan berguna sesuai dgn event anda 🙂

     

 

 

 

 

 

 

 

Tips Pemilihan Make-Up Pengantin

                             Sumber: Kumparan

by shima

Bila bercakap mengenai seri pengantin, perkara utama untuk kelihatan cantik, anggun, jelita dan sebagainya ialah solekan ketika majlis. Bagi anda yang sering ke majlis perkahwinan pasti anda sendiri boleh menilai pemilihan gaya solekan pengantin.

Ha, jom tengok tips memilih make-up pengantin kat bawah ni! 🙂




Sumber : Google

1. Para bakal pengantin sekalian, pastikan sekurang-kurangnya anda tahu tentang dunia solekan seperti trend solekan terkini dan study hasil kerja makeup artis yang bakal menyolek anda.



                                                            Sumber: Ohfesyen

2. Buat anda yang dilema tentang pemilihan gaya solekan, untuk paling mudah pilih sahaja solekan jenis doll yang banyak menggunakan warna-warna lembut seperti merah jambu dan peach. Tak nak nampak keterlaluan cukup dengan pemilihan warna-warna tanah. Elakkan dari memilih warna lipstik seperti merah, maroon, oren atau ungu (kecuali bersesuaian dengan tema majlis). 

 



                                                   Sumber : Mommy’s Diary of Life

3.  Teknik dan bentuk solekan juga wajib diambil kira. Dari pengalaman penulis sendiri, ada sesetengah dari rakan penulis mendapat solekan yang tenggelam akibat teknik shading atau contouring mak andam tidak menjadi. Contouring dibahagian hidung, tulang pipi terlalu tebal, gelap dan paling tragis kening. Sebab itu penting untuk kita kenal siapa bakal mak andam, tahu teknik dan rajinkan diri untuk tengok hasil kerja mereka sebelum ini.




Sumber : google


4. Yang paling penting, pengaruh lain untuk solekan menjadi lebih cantik ialah rutin penjagaan wajah pengantin itu sendiri. 🙂

Sumber artikel : www.wanista.com



Ha, sekarang dah dapat sedikit idea untuk memilih make up pengantin kan.
Sebelum itu, pasangan yang bakal berkahwin juga perlu mencari doorgift untuk majlis anda nanti. Anda tak perlu susah cari kerana kami ada doorgift yang anda mahu! Harga yang berpatutan taw 🙂

Mari dapatkan doorgift dengan kami 🙂   Hanya di REEM DOORGIFT 

KLIK SEKARANG! https://reemdoorgift.com


         


        

Tips Kurus Sebelum Kahwin

By : Emy

Sumber dari Mohd Isa

 

  • Setkan minda nak kurus
    Pastikan anda lakukan bersungguh-sungguh. Jika mahu lakukan harini, buat pada hari itu juga. Jangan tangguh nak buat esok, lusa atau minggu depan!
  • Pelajari ilmu tentang kalori
    Adakah anda tahu kalori lebih banyak terbakar semasa anda tidur? Jika mahu kurus senang sahaja. Anda hanya perlu ambil kalori yang perlu sahaja dalam sehari!
  • Makan dalam kuantiti sikit
    Anda boleh makan banyak kali tapi make sure dalam kuantiti yang sikit sahaja! Simpan sedikit biskut dalam beg jika perlu dan pastikan kandungan fiber yang tinggi okay!
  • Elakkan makan pada waktu malam
    Tahukah anda makan pada waktu malam akan lebih buat anda senang gemuk? Ini kerana badan kita memerlukan 4 jam untuk menghadam makanan. Jika tidak cukup 4 jam, ia akan jadi lemak!!! Jadi seeloknya makan sebelum atau selepas waktu maghrib.
  • Banyakkan minum air masak
    Anda perlu minum 2-3 liter atau 8 gelas air sehari tau!
  • Senaman
    Anda perlu bersenam selama 30 minit setiap hari! Lakukan lah zumba, jogging atau berjalan di taman juga sudah memadai.
  • Pantang ais atau air manis
  • Jangan makan FAST FOOD
  • JANGAN MENGALAH!

Anyway, anda atau sesiapa kenalan anda tengah mencari doorgift unik tapi murah untuk majlis yang akan datang?? Kami ada semua yang anda mahu!

KLIK SEKARANG! https://reemdoorgift.com/product-category/pakej-promo/

         

      

Event planning tips

Hi, selamat pagi semua. Tengah pikir nak buat small/big event. Tapi ada masa ke tak tu? Hurmmm… okay, kita nak share sikit tips/checklist untuk semua dekat luar sana yang nak rancang buat event. Sini kami sediakan beberapa tips untyk buat event anda lebih menarik!

 

1. Tarikh & Masa

Tarikh dan masa yang sesuai tu penting supaya plan korang yang seterusnya berjalan lancar. Kebiasaannya kita pilih hujung minggu di mana tetamu kita boleh hadir.

2. Lokasi

Lokasi ni memainkan peranan sebenarnya dalam penentu tetamu korang akan datang atau tidak. Korang juga kena consider lokasi yang korang nak buat refer kepada bajet masing-masing. Nak lagi jimat, boleh buat dekat rumah. Sewa kanopi dalam 1-2 bajet around RM200-RM300. Bagi yang berkemampuan nak buat tempat yang lebih selesa, atau tak nak menyepahkan dan kemas balik rumah korang tu, boleh consider untuk pilih dewan atau event space. Sekarang ni agak femes untuk adakan sebarang majlis di event space. Berikut adalah senarai event space sekitar Klang Valley.

A. Ruang Shah Alam
B. Ruang Subang Jaya
C. We are House Event Subang Jaya
D. Disenar Event Space Setapak
E. Flat Above Foodsburry Shah Alam
F. Petak Event Space
G. Laman 83 Shah Alam
H. Cabana Event Space Damansara

3. Tetamu

Okay, bab tetamu ni penting dalam menentukan berapa banyak korang kena prepare untuk itu ini. Haa, itu ini macam banyak sangat. Penting! Dalam persediaan makanan, doorgift dan kapasiti tempat majlis anda.

4. Bajet Majlis

Yang ni paling penting sebenarnya.  Bila dah tahu berapa banyak korang willing to spend, dari situ korang dah tahu berapa ramai tetamu jemputan korang, menu makanan, doorgift & kek.

5. Menu Makanan

Bila korang dah cater berapa ramai jemputan, then senang untuk korang listkan menu makanan untuk jumlah tetamu itu. Kena ingat, prepare makanan biar lebih, jangan kurang. Kesian tetamu yang datang balik dgn perut kosong pulak. Korang digalakkan untuk hidang makanan yang orang dewasa and kanak-kanak boleh makan contohnya nasi ayam, bihun, spagetthi. Then sediakan 2 – 3 jenis kuih dah memadai. Masak sendiri kalau boleh untuk lebih jimat. Kalau rasa bajet tu besar, order katering aja lah. Tak payah pikir sapa yang nak basuh pinggan cawan tu nanti.

6. Tema/Warna

Bab tema ni memang excited. Cadangan ini lebih sesuai untuk birthday party. Tema ni lah kita boleh gunakan untuk whole concept birthday party lagi-lagi untuk hiasan candy buffet, doorgift, kek & kad jemputan. Suggestions tema masa sekarang.

For boy:
A. Superheroes
B. Power Rangers
C. Thomas & Friends
D. Mickey Mouse
E. Barney & Friends
F. Robocar Poli
G. Upin & Ipin
H. Boboi Boy
I. Tobot
J. Ultraman
K. Safari Animals
L. Pilot
M. Sailor
N. Minion
 
For girl;
A. Minnie Mouse
B. Hello Kitty
C. Princess Fairytales – Cinderella, Snow White, Rapunzel etc.
D. Frozen
E. Dibo The Gift Dragon
F. Sofea the First Princess
G. Elmo & Friends
H. Didi & Friends
I. Tinkel Bell
J. Rainbow
K. Princess Crown
L. Maria & The Bear
Gambar diambil dari hantaranmurah.com

7. Kek

Kek ni sebenarnya wajib ada untuk majlis korang. Kek pun ada range bajet dia. Homemade cake price around RM100 and above. Yang ni ikut jenis kek apa yang korang nak. Buttercream ke fondant ke macam-macam ada dah sekarang ni. Kek yang cantik adalah kek fondant tapi kek ni sememangnya lah mahal. Paling murah boleh dapat RM180, ikut design macam mana yang korang mahukan. Buttercream ikutkan murah sikit je dari fondant ni tapi masih affordable untuk parents yang teringin kek cantik tapi kurang bajet. Korang juga kena pandai cari bakers yang pandai dalam baking ni. Ada baker yang buat kek buttercream, tapi hiasan menggunakan fondant & figurine. Tapi masih cantik!
Image result for kek fondant hantaran
Gambar diambil dari Pinterest

8. Dessert/Candy Buffet

Candy Buffet ni dah kira macam kewajipan untuk dalam setiap majlis, tak kisah la untuk birtday party, wedding, pertunangan or majlis aqiqah. Jika nak diikutkan, candy buffet ni kita boleh DIY je, lebih jimat kos. Makanan untuk candy buffet ni kita boleh anggarkan 40-50% daripada jumlah tetamu yang bakal hadir. Kadang-kadang, tetamu bukan di kalangan budak-budak saja. Orang dewasa kurang gemar candy ni. Guna pinggan mangkuk korang yang cantik-cantik tu untuk letak atas table then hias. Pemilihan tema haruslah bertepatan untuk kita hias di meja candy ni.

Related image

Gambar diambil dari Pinterest

9. Doorgift

Doorgift ni bab perlu jadi kreatif dan rajin sekali. Bila dah ada tema tu, senang untuk kita buat doorgift refer tema yang kita dah pilih.  Korang juga boleh asingkan doorgift untuk kanak-kanak and dewasa.

Gambar diambil dari Reem Doorgift

 

10. Aktiviti/Entertainment

Untuk aktiviti/entertainment, kita perlu tahu event mana yang sesuai. Bagi majlis perkahwinan, kita boleh sewa PA sistem. Manakala untuk birthday party pula, ibu bapa boleh boleh tempah clown untuk menceriakan suasana di majlis itu

11. Photographer

Photographer ni perlu ke? Perlu kalau korang rasa nak abadikan moment manis korang yang setahun sekali tu. Tapi nak hire photographer untuk cover event ni bukannya murah. Kalau rasa korang sendiri tak sempat nak tangkap gamba waktu birthday tu nanti, minta tolong keluarga terdekat untuk ambil gambar. Tapi rasanya tak perlu risau kot. Mesti ada juga keluarga or kawan-kawan yang ambilkan. Lepas habis majlis, korang minta je dekat kawan-kawan tu. Mesti ada. Confirm!

Jadi dengan tips sebegini, pasti akan membuatkan majlis anda berjalan dengan lancar. Semoga bermanfaat!
P/s : Mencarikan doorgift yang unik berasaskan buluh? Kami ada 2 jenis doorgift yang sesuai untuk anda !
  Undangan Buluh
 Kipas undangan buluh

Checklist kepada yang bakal berkahwin

Hi assalamualaikum kepada bakal pengantin di luar sana, anda semua dah buat persiapan sebelum kahwin belum? Kalau belum, boleh cuba tgk checklist yang kami sediakan di bawah ini.

 

Sebelum perkahwinan : Kursus perkahwinan, wang hantaran, mas kahwin, upah jurunikah, kad jemputan, cincin tunang, cincin kahwin, barang kemas, perjalanan pergi dan balik untuk rombongan, tempat penginapan untuk rombongan

 

Barangan hantaran : Sirih junjung, potpurri, Al-Quran, telekung/sejadah, beg tangan, tuala, jam, kasut, satu set peralatan solek, satu set penjagaan muka/badan, buah-buahan, cokelat, kek

 

Gambar diambil dari http://www.ikahwin.my/blog/8-panduan-memilih-barang-hantaran

 

Juruandam : Pelamin, bunga pahar, bunga telur/cenderahati tetamu, baju songket, hiasan bilik tidur, pintu gerbang, hiasan hantaran

 

Gambar diambil dari http://www.smempelai.com/2017/05/pakej-lengkap-mempelai-b-kajang.html

 

Abadikan memori : Videografi, jurugambar

 

Gambar diambil dari http://www.ciktom.com/tips-cari-pakej-fotografi-perkahwinan-berkualiti-dan-terbaik/

 

Balai makan : Kanopi, kerusi dan meja, alas meja, kipas siling lampu, upah pekerja

 

Gambar diambil dari https://www.buffetcateringjohorbahru.com/sewa-khemah-kanopi/

 

Makan beradap : Set meja pengantin, kerusi dan meja, alas meja, skirting, scallop, kerusi banquet, bunga banquet, lauk pengantin

 

Gambar diambil dari http://kaizarcatering.blogspot.com/p/meja-makan-beradab.html

Katering : Nasi dan lauk, buah-buahan, air minuman, doorgift untuk tetamu

 

Gambar diambil dari https://zine.my/wanita/harga-pakej-katering-akan-naik-mungkin-anda-kena-kahwin-sebelum-1-september-ini/

 

Sistem PA : Satu set sistem PA, DJ/MC

 

Gambar diambil dari https://www.kahwinmall.com/pa-system-by-mr-zul-8862

 

Bulan madu : Percutian

 

Gambar diambil dari https://majalahkartini.co.id/gaya-hidup/wisata/5-destinasi-bulan-madu-favorit-di-tanah-air/

 

Ini juga secara tidak langsung dapat memudahkan segala urusan persiapan majlis kahwin anda semua. Tak ada la nanti termissed mana-mana barang untuk dibeli atau disediakan.

 

Haaa, Reem Doorgift juga skrg ada promo RM 1/pcs. Anda semua boleh tgk bahagian produk kami 🙂