Tempat honeymoon yang menarik di Malaysia

Siapa kata tiada tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon?

5 hotel terapung yang kami senaraikan di bawah ini pasti akan buat anda excited untuk pergi bulan madu atau bercuti di Malaysia saja.

Tentulah best kan kalau dapat hotel atas air dengan suasana romantik, tenang, indah dan jauh dari hiruk-piruk kota?

Dengan 5 hotel terapung ini, anda tak payah pergi bercuti atau berbulan madu di luar negara, tak payah bayar tiket flight yang mahal!

1. Mabul Water Bungalows

tempat menarik di malaysia untuk honeymoon

Sumber dari my.theasianparent.com

Salah satu tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon yang amat terkenal di kalangan pelancong ialah Mabul Water Bungalows di perairan Pulau Mabul, Sabah.

Yang seronoknya, resort ini telah dinobatkan sebagai “the best dive bases in the world” kerana kejernihan airnya! Memang best melakukan aktiviti menyelam di sini.

Jika anda tidak berminat untuk menyelam, jangan risau. Anda masih boleh melihat pemandangan hidupan marin hanya dari tingkap balkoni anda.

Bilik-bilik di sini sungguh luas dan moden, namun direka dengan bentuk tradisional. Jangan risau, masih ada kemudahan internet di sini!

Okay, untuk sesiapa yang gemar melalukan outdoor activities, boleh contact di instagram yang saya sertakan di bawah ini. Pakej-pakej yang mereka sediakan memang sangat menarik!

https://www.instagram.com/pakej_pulau_by_hawatrip/

2. Gayana & Bunga Raya Eco Resort

tempat menarik di malaysia untuk honeymoon

Sumber dari my.theasianparent.com

Gayana & Bunga Raya Eco Resort terletak di Pulau Gaya, luar Pantai Borneo. Jika anda mahu ke resort ini, ambil feri percuma dari Terminal Feri Kota Kinabalu.

Resort yang cukup menarik ini menawarkan layanan 1st Class! Aktiviti air seperti snorkelling dan kayak diberi secara percuma. Sarapan pagi juga boleh dihantar ke bilik anda jika anda tak mahu meninggalkan bilik!

Gayana & Bunga Raya Eco Resort terletak di Pulau Gaya, luar Pantai Borneo. Jika anda mahu ke resort ini, ambil feri percuma dari Terminal Feri Kota Kinabalu.

Resort yang cukup menarik ini menawarkan layanan 1st Class! Aktiviti air seperti snorkelling dan kayak diberi secara percuma. Sarapan pagi juga boleh dihantar ke bilik anda jika anda tak mahu meninggalkan bilik!

 

3. Pom Pom Island Resort & Spa

tempat menarik di malaysia untuk honeymoon

Sumber dari my.theasianparent.com

Tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon ini terletak 50 minit dari jeti Semporna. Jadi, anda perlu menaiki bot untuk ke tempatnya.

Kerana jauh dari kesibukan kota, anda pasti merasakan diri seolah-olah di syurga menyaksikan ketenangan dan pelbagai hidupan marin di sini.

Malah, anda juga masih boleh merehatkan badan dengan rawatan spa, bermain bola tampar, jungle trekking, berlayar dan menikmati pemandangan tapak sulaiman.

Okay, untuk sesiapa yang gemar melalukan outdoor activities, boleh contact di instagram yang saya sertakan di bawah ini. Pakej-pakej yang mereka sediakan memang sangat menarik!

https://www.instagram.com/pakej_pulau_by_hawatrip/

4. Lexis Hibiscus, Port Dickson

tempat menarik di malaysia untuk honeymoon

Sumber dari my.theasianparent.com

Jika anda mendambakan percutian yang cukup mewah namun penuh privasi, inilah tempat yang paling sesuai untuk anda.

Terletak tidak jauh dari Kuala Lumpur, resort Lexis Hibiscus menawarkan kolam renang dalam bilik setiap pengunjung.

Malah, anda juga boleh melihat pemandangan laut lepas terus dari balkoni bilik anda. Tak payah sibuk-sibuk nak keluar dan cari baju yang sesuai. Semuanya dalam bilik anda saja!

Yang paling best… resort ini juga meletakkan sauna dalam setiap biliknya! Wow!

 

5. Pangkor Laut Resort

tempat menarik di malaysia untuk honeymoon

Sumber dari my.theasianparent.com

Resort ini dibina di atas pulau persendirian di Pangkor Laut. Jadi, untuk sampai ke resort ini, anda perlu menaiki bot laju dari Marina Island, Pangkor.

Jauh dari sebarang gangguan bunyi atau udara, inilah resort yang menawarkan taman tropika malah laut yang indah.

Anda boleh melakukan apa-apa saja di sini kerana keseluruhan pulau di Pangkor Laut Resort ini memang disediakan khas buat pengunjung. Wow, dahsyat kan?

Macam mana? Menarik kan? Semoga bermanfaat untuk bakal pengantin di luar sana!

 

p/s : Kepada bakal pengantin, dah ada doorgift belum untuk majlis anda nanti? Jom tgk website Reem Doorgift untuk Doorgift yang unik dan sangat berbaloi!

Pengertian aqiqah

Bagi ibu bapa yang menimang cahaya mata baru, pastinya sedang teruja untuk melakukan majlis aqiqah. Jika anda sedang merancang dan berkira-kira untuk melakukan majlis aqiqah untuk simanja anda, apa kata luangkan masa untuk membaca penerangan kami tentang aqiqah termasuk maksudnya, syarat sah dan cara pembahagian daging yang anda wajib tahu.

 

aqiqah

Sumber dari www.bidadari.my

 

  • Maksud

Perkataan aqiqah membawa maksud “Rambut yang tumbuh di atas kepala bayi semasa dilahirkan.” Manakala dari sudut hukum syarak, perkataan aqiqah yang selalu kita gunakan bermaksud “Penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.”

Jika dilihat maksud aqiqah dari pandangan hukum syarak, boleh disimpulkan bahawa majlis aqiqah yang dilakukan haruslah mempunyai 3 elemen berikut:

  • Menyembelih binatang untuk kepentingan anak
  • Mencukur atau memotong rambut anak
  • Memberikan nama yang baik kepada anak

 

  • Syarat sah

Di Malaysia, kebiasaannya aqiqah dilakukan dengan cara:

  • 1 ekor kambing buat anak perempuan
  • 2 ekor kambing buat anak perempuan
  • Atau pun seekor lembu yang dibahagi kepada 7 bahagian, 1 bahagian mewakili seekor kambing

 

  • Cara pengagihan daging korban

Tidak seperti daging korban, tiada cara pengagihan daging aqiqah yang tertentu dan wajib untuk diikuti. Walau bagaimana pun, secara amnya daging aqiqah tidak boleh dimakan oleh ibu bapa dan keluarga yang melakukan aqiqah sahaja. Seeloknya adakan majlis untuk menjamu keluarga terdekat, sanak-saudara, sahabat handai, serta fakir miskin sekiranya ada.

Mengenai masakan untuk majlis aqiqah tersebut, ada yang berpendapat bahawa sunat untuk memasak manis kerana Rasulullah sukakan madu dan makanan yang manis. Namun ia hanyalah sunat, terpulang kepada anda untuk menentukan apakah menu yang ingin dihidangkan kepada para tetamu.

Jadi itu sahaja yang kami kongsikan pada anda hari ini. Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda semua.

 

P/s : Anda mencari doorgift yang sesuai untuk majlis aqiqah? Di Reem Doorgift kami mempunyai pilihan yang menarik untuk majlis anda!