Doorgift yang cantik serta menarik lagi berguna: comel dan bermanfaat

Sapa pernah melaui situasi-situasi macam ni:
Situasi 1: Dekat LRT, masa balik kerja.
Pintu tren dibuka, maka masuklah menyerbu orang berpusu-pusu. Dalam padat-padat tu, dapatlah anda masuk juga. Tiba-tiba (Jengjengjeng), sebab banyak sangat bau campur-campur, anda pun rasa nak terbersin. Tahan punya tahan nak cari tisu/tuala nk cover, sekali
“…Achoooo…”
Alamak!! Korek-korek beg, aishh, masa nilah takde tisu. Nak lap, tapi tak selesa.
Maka berhuhulah sepanjang perjalanan sampai stesen berikutnya, kalau kritikal, turun jugak kena beli tisu ni, tak selesa.

Situasi 2:
Anda kat mall tengah jalan-jalan nak naik escalator/tangga, masa nak pegang side tepi tu, terasa basah melekit pulak, tengok atas, oh ada orang tengah makan benda manis. Ya rabbi tak selesanya melekit-lekit ni!

Situasi 3:
Dalam lif, tengah syok-syok scroll telefon, tiba-tiba ada bau kurang enak pulak, macam ade bom dengan silencer dilepaskan. Sumber, tak diketahui. Semerbaknya seluruh alam. Berpinar rasa. Kalau pegang hidung ni macam tak sopan, nak taknak kena cover juga hidung ni.

Apa persamaan tiga-tiga situasi ni?
HA! Kita perlukan sesuatu untuk menghilangkan/ mengurangkan ketidak selesaaan. Penting sebenarnya sediakan payung sebelum hujan ni.

Bayangkan, menghadapi situasi-situasi diatas tetapi dengan wujudnya tisu/kain lap/tuala kecil dalam radar yang boleh dicapai. Pasti anda berasa sangat lega bukan?

Makanya, percayalah, kalau anda hadiahkan saputangan kepada orang, walaupun nampak kecil (dan comel juga), ia sangat bermanfaat pada masa-masa genting.

Di Reemdoorgift kami menyediakan seleksi pelbagai jenis tuala kecil untuk anda. Variasi yang boleh dipilih terdapat dalam beberapa model.

Tuala Muffin
Tuala Muffin

Tuala Model Mufin 

small size-17
Tuala aiskrim potong

Model tuala aiskrim potong

 

Handkerchief
Handkerchief

Handkerchief

dan banyak lagi model yang lain di sini  https://reemdoorgift.com/product-category/tuala/

:)

Jenis-jenis doorgift yang bersesuaian dengan peribahasa melayu.

 

Jika dahulu, item utama yang menjadi pilihan, kini ramai bakal pengantin lebih terbuka untuk memilh item-item lain sebagai alternative untuk dijadikan tanda ingatan majlis bersejarah mereka.

1. Tak lekang dek panas, tak using dek hujan
Bunga telur pada zahirnya masih relevan terutama pada mereka yang menitik beratkan tradisi melayu. Namun begitu, bagi sesetengah pihak, penyediaannya yang remeh serta kos yang lebih tinggi membuatkan sebahagian orang melilih jalan lain.

Beg Telur Songket
Beg Telur Songket
Kotak Songket Bujur
Kotak Songket Bujur
Kotak Songket segi Empat
Kotak Songket Segi Empat

2. Kenyang perut suka hati
Item trending menggantikan bunga telur yang pernah menjadi trend satu ketika dahulu adalah dari jenis makanan. Selain mudah diperoleh, mudah disiapkan dan harga yang berpatutan, item ni semestinya menggembirakan tetamu yang kenyang dan gembira menerima tambahan kudapan usai pulang dari memeneuhi jemputan.

3. Intan jika terbenam dalam perlimpahan sekalipun tidak akan hilang cahayanya
Bagi mereka yang mementingkan memento pada hari bersejarah pula, mereka akan mencari produk-produk cantik dan comel buat tetamu, siap diukir atau disemat nama mereka buat kenang-kenangan. Apa yang penting, hari bermakna mereka bukan sahaja dirai oleh kaum kerabat malah jemputan yang hadir.

Kipas Batik
Kipas Batik
Senduk Kayu
Senduk Kayu

4. Alah membeli menang memakai
Lain pula kerenahnya  bagi sesetengah yang lain, yang mementingkan fungsi dan kelangsungan manfaat daripada pemberian mereka buat hadirin majlis mereka. Bukan apa, alang-alang nak kasi, baik beri yang betul-betul berguna 🙂

Alas Pinggan
Alas Pinggan
Pen Gold
Pen Gold

Jadi, yang mana satu, pilihan hati? Tepuk dada tanya selera 🙂

Buluh dan Kipas Pengganti Kad Undangan

Kad undangan jemputan biasanya akan digunakan oleh mereka yang ingin mengadakan majlis tidak kira majlis apa sekalipun untuk memberitahu dan menghebahkan tentang majlis yang akan diadakan itu. Namun pada zaman teknologi moden ini, ramai yang menggunakan pendekatan media sosial sebagai medium untuk menyebarkan tentang maklumat majlis yang akan diadakan nanti kerana ramai yang berpendapat, menggunakan media sosial ini lebih mudah, jimat dan cepat kerana hamper semua lapisan masyarakat kini dapat mengakses ke medium media sosial tersebut.

Namun, untuk mereka yang mencari kelainan dalam menyampaikan undangan jemputan lebih lebih lagi di majlis bahagia anda, Reemdoorgift ada menyediakan 2 jenis undangan yang sangat unik dan menarik dan yang paling penting sangat berpatutan mengikut bajet anda iaitu kipas dan buluh undangan

  1. Buluh undangan
  • Hanya RM2.30/unit dengan minimum 200 unit tempahan sahaja.
  • Ini adalah salah satu undangan yang menarik kerana ianya dalam bentuk gulungan buluh.
Buluh undangan
Buluh undangan

2.Kipas undangan

  • Hanya RM2.50/unit dengan minimum 100 unit tempahan sahaja.
  • Ini juga adalah salah satu undangan yang menarik kerana ianya dalam bentuk kipas.
Kipas Undangan
Kipas Undangan

Buluh dan kipas undangan ini bukan sahaja sangat unik dan menarik untuk diberikan kepada keluarga terdekat dan sahabat, ia juga akan diingati dan dihargai kerana jemputan undangan yang sangat rare itu.

Jenis dan Produk Sapu Tangan/ Tuala Tangan Reem Doorgift

Pada post sebelumnya telah diterangkan mengenai kelebihan dan kebaikan amalan menggunakan sapu tangan/ tuala tangan. Pos kali ini berkaitan dengan produk dari Reem Doorgift yang menyediakan pelbagai jenis sapu tangan/ tuala tangan yang bukan sahaja daripada fabric yang berkualiti malah cantik dan sesuai untuk digunakan sebagai hadiah pada sebarang majlis yang diadakan seperti majlis perkahwinan, aqiqah mahupun pada mesyuarat korporat.

Antara jenis dan details sapu tangan/ tuala tangan yang disediakan oleh pihak Reem Doorgift adalah seperti;

  1. Tuala aiskrim potong
  2. Tuala lollipop
  3. Sapu tangan (handkerchief)
  4. Tuala tabung

 

  1. Tuala aiskrim potong
  • Saiz tuala 20cm X 20cm
  • Hanya RM1.90/unit sahaja untuk 100- 399 unit
  • Hanya RM1.80/ unit sahaja untuk 400-999 unit
  • Hanya RM1.60/unit sahaja untuk 1000 unit keatas
  • Packaging terdapat dalam plastik transparent
Tuala Aiskrim Potong
Tuala Aiskrim Potong
  1. Tuala lollipop
  • Saiz tuala 20cm X 20cm
  • Hanya RM1.50/unit sahaja untuk 100-399 unit
  • Hanya RM1.40/unit sahaja untuk 400-999 unit
  • Hanya RM1.20/unit sahaja untuk 1000 unit keatas
  • Packaging terdapat dalam plastic transparent
Tuala Lolipop
Tuala Lolipop
  1. Sapu tangan (handkerchief)
  • Hanya RM1.50/unit sahaja untuk 100-399 unit
  • Hanya RM1.40/unit sahaja untuk 400-999 unit
  • Hanya RM1.20/unit sahaja untuk 1000 unit keatas
  • Packaging terdapat dalam kemasan kotak dan reben (harga sudah termasuk)
Sapu tangan (handkerchief)
Sapu tangan (handkerchief)
  1. Tuala tabung
  • Saiz tuala 20cm X 20cm
  • Hanya RM3.00/unit untuk 100-399 unit
  • Packaging terdapat dalam kemasan tabung silinder (Harga termasuk packaging)
Tuala Tabung
Tuala Tabung

 

Promosi Reemdoorgift 2017
Promosi Reemdoorgift 2017

Oleh itu, promosi Reem Doorgift kini kembali! Promosi berlangsung hanya selama sebulan sahaja. Jangan lepaskan peluang untuk menempah TUALA TABUNG untuk majlis-majlis yang bakal anda adakan seperti majlis perkahwinan, majlis cukur jambul, majlis keraian dll. Tuala tabung yang berkualiti tinggi, tebal dan lembut sesuai untuk pelbagai kegunaan. Harga bermula dari RM2.20/unit sahaja.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi +6013 304 3759. Terima kasih.

Cenderahati Doorgift Kahwin Towel Cake

TCM muffin

 

Jika kita tinjau dimajlis-majlis perkahwinan yang dihadiri, memang pelbagai tema dan bentuk cenderahati yang kita temui. Ada cenderahati unik berupa kantungan kecil makanan, bahan seramik, sapu tangan, CD Nasyid, minyak wangi, tasbih, bunga telur, kotak ukiran kayu dan banyak lagi dari doorgift murah sehinggalah semahal-mahalnya..

 

Untuk mendapatkan cenderahati yang tidak kurang menariknya ialah towel cake yang berbagai design. Design / motif makanan adalah paling di gemari.  Warna-warni, warna yang ceria, design yang Yummy spt yang sebenar memeriahkan lagi majlis.

 

Bahagian yang paling best adalah its calorie free.. Hehe Hadiah yang sesuai sebagai doorgift unik dan berguna untuk majlis perkahwinan dan cukur jambul, dan banyak lagi..

 

Material adalah gabungan antara kain towel cotton, kertas/kad, hiasan riben organza, bekas plastik, straw. Semua towel cake adalah siap dalam kemasan mika dan riben kecuali TCM lollipop (dalam kemasan plastik kawat emas).