Event planning tips

Hi, selamat pagi semua. Tengah pikir nak buat small/big event. Tapi ada masa ke tak tu? Hurmmm… okay, kita nak share sikit tips/checklist untuk semua dekat luar sana yang nak rancang buat event. Sini kami sediakan beberapa tips untyk buat event anda lebih menarik!

 

1. Tarikh & Masa

Tarikh dan masa yang sesuai tu penting supaya plan korang yang seterusnya berjalan lancar. Kebiasaannya kita pilih hujung minggu di mana tetamu kita boleh hadir.

2. Lokasi

Lokasi ni memainkan peranan sebenarnya dalam penentu tetamu korang akan datang atau tidak. Korang juga kena consider lokasi yang korang nak buat refer kepada bajet masing-masing. Nak lagi jimat, boleh buat dekat rumah. Sewa kanopi dalam 1-2 bajet around RM200-RM300. Bagi yang berkemampuan nak buat tempat yang lebih selesa, atau tak nak menyepahkan dan kemas balik rumah korang tu, boleh consider untuk pilih dewan atau event space. Sekarang ni agak femes untuk adakan sebarang majlis di event space. Berikut adalah senarai event space sekitar Klang Valley.

A. Ruang Shah Alam
B. Ruang Subang Jaya
C. We are House Event Subang Jaya
D. Disenar Event Space Setapak
E. Flat Above Foodsburry Shah Alam
F. Petak Event Space
G. Laman 83 Shah Alam
H. Cabana Event Space Damansara

3. Tetamu

Okay, bab tetamu ni penting dalam menentukan berapa banyak korang kena prepare untuk itu ini. Haa, itu ini macam banyak sangat. Penting! Dalam persediaan makanan, doorgift dan kapasiti tempat majlis anda.

4. Bajet Majlis

Yang ni paling penting sebenarnya.  Bila dah tahu berapa banyak korang willing to spend, dari situ korang dah tahu berapa ramai tetamu jemputan korang, menu makanan, doorgift & kek.

5. Menu Makanan

Bila korang dah cater berapa ramai jemputan, then senang untuk korang listkan menu makanan untuk jumlah tetamu itu. Kena ingat, prepare makanan biar lebih, jangan kurang. Kesian tetamu yang datang balik dgn perut kosong pulak. Korang digalakkan untuk hidang makanan yang orang dewasa and kanak-kanak boleh makan contohnya nasi ayam, bihun, spagetthi. Then sediakan 2 – 3 jenis kuih dah memadai. Masak sendiri kalau boleh untuk lebih jimat. Kalau rasa bajet tu besar, order katering aja lah. Tak payah pikir sapa yang nak basuh pinggan cawan tu nanti.

6. Tema/Warna

Bab tema ni memang excited. Cadangan ini lebih sesuai untuk birthday party. Tema ni lah kita boleh gunakan untuk whole concept birthday party lagi-lagi untuk hiasan candy buffet, doorgift, kek & kad jemputan. Suggestions tema masa sekarang.

For boy:
A. Superheroes
B. Power Rangers
C. Thomas & Friends
D. Mickey Mouse
E. Barney & Friends
F. Robocar Poli
G. Upin & Ipin
H. Boboi Boy
I. Tobot
J. Ultraman
K. Safari Animals
L. Pilot
M. Sailor
N. Minion
 
For girl;
A. Minnie Mouse
B. Hello Kitty
C. Princess Fairytales – Cinderella, Snow White, Rapunzel etc.
D. Frozen
E. Dibo The Gift Dragon
F. Sofea the First Princess
G. Elmo & Friends
H. Didi & Friends
I. Tinkel Bell
J. Rainbow
K. Princess Crown
L. Maria & The Bear
Gambar diambil dari hantaranmurah.com

7. Kek

Kek ni sebenarnya wajib ada untuk majlis korang. Kek pun ada range bajet dia. Homemade cake price around RM100 and above. Yang ni ikut jenis kek apa yang korang nak. Buttercream ke fondant ke macam-macam ada dah sekarang ni. Kek yang cantik adalah kek fondant tapi kek ni sememangnya lah mahal. Paling murah boleh dapat RM180, ikut design macam mana yang korang mahukan. Buttercream ikutkan murah sikit je dari fondant ni tapi masih affordable untuk parents yang teringin kek cantik tapi kurang bajet. Korang juga kena pandai cari bakers yang pandai dalam baking ni. Ada baker yang buat kek buttercream, tapi hiasan menggunakan fondant & figurine. Tapi masih cantik!
Image result for kek fondant hantaran
Gambar diambil dari Pinterest

8. Dessert/Candy Buffet

Candy Buffet ni dah kira macam kewajipan untuk dalam setiap majlis, tak kisah la untuk birtday party, wedding, pertunangan or majlis aqiqah. Jika nak diikutkan, candy buffet ni kita boleh DIY je, lebih jimat kos. Makanan untuk candy buffet ni kita boleh anggarkan 40-50% daripada jumlah tetamu yang bakal hadir. Kadang-kadang, tetamu bukan di kalangan budak-budak saja. Orang dewasa kurang gemar candy ni. Guna pinggan mangkuk korang yang cantik-cantik tu untuk letak atas table then hias. Pemilihan tema haruslah bertepatan untuk kita hias di meja candy ni.

Related image

Gambar diambil dari Pinterest

9. Doorgift

Doorgift ni bab perlu jadi kreatif dan rajin sekali. Bila dah ada tema tu, senang untuk kita buat doorgift refer tema yang kita dah pilih.  Korang juga boleh asingkan doorgift untuk kanak-kanak and dewasa.

Gambar diambil dari Reem Doorgift

 

10. Aktiviti/Entertainment

Untuk aktiviti/entertainment, kita perlu tahu event mana yang sesuai. Bagi majlis perkahwinan, kita boleh sewa PA sistem. Manakala untuk birthday party pula, ibu bapa boleh boleh tempah clown untuk menceriakan suasana di majlis itu

11. Photographer

Photographer ni perlu ke? Perlu kalau korang rasa nak abadikan moment manis korang yang setahun sekali tu. Tapi nak hire photographer untuk cover event ni bukannya murah. Kalau rasa korang sendiri tak sempat nak tangkap gamba waktu birthday tu nanti, minta tolong keluarga terdekat untuk ambil gambar. Tapi rasanya tak perlu risau kot. Mesti ada juga keluarga or kawan-kawan yang ambilkan. Lepas habis majlis, korang minta je dekat kawan-kawan tu. Mesti ada. Confirm!

Jadi dengan tips sebegini, pasti akan membuatkan majlis anda berjalan dengan lancar. Semoga bermanfaat!
P/s : Mencarikan doorgift yang unik berasaskan buluh? Kami ada 2 jenis doorgift yang sesuai untuk anda !
  Undangan Buluh
 Kipas undangan buluh

Warna tema yang menarik untuk bakal pengantin

Setiap perkahwinan perlu diserikan dengan warna tema. Apatah lagi jika warna tema perkahwinan itu unik dan menawan, pasti ia akan membuatkan majlis berlangsung dengan meriah malah tetamu yang hadir juga akan memuji warna tema perkahwinan anda. Sini saya sertakan beberapa warna tema menarik yang boleh anda pilih !

 

  1. Emerald dan Melon

Emerald and melon wedding colors

Sumber dari story.wedding.com.my

Memadankan warna seperti emerald dengan sesuatu warna yang lebih lembut membuatkan kedua-dua warna mempunyai sentuhan tersendiri. Warna Melon memberikan kedalaman dan keseimbangan untuk tona warna tersebut

 

2. Lilac dan Dusty Blue

Lilac and dusty blue wedding colors

Sumber dari story.wedding.com.my

Warna-warna nyaman seperti ungu dan biru adalah sangat baik untuk mewujudkan suasana tenang dan santai. Lilac dan dusty blue mengeluarkan suasana romantis dan padanan yang sempurna pada warna-warna neutral

 

3. Fuchsia dan Poppy

Fuchsia and poppy wedding colors

Sumber dari story.wedding.com.my

Walaupun kedua dua ini warna yang terang , tetapi kedua-dua warna ini  berfungsi dengan baik bersama-sama. Ia adalah satu kombinasi yang sempurna untuk musim bunga atau musim panas.

 

4. Sage dan Peony

Sage and peony wedding colors

Sumber dari story.wedding.com.my

Jika anda seorang yang romantis, warna ini sesuai untuk anda. Pink lembut boleh menjadi neutral atau menyerlah sendiri bersama warna hijau sage ini.

 

5. Mint dan Coral

Mint and coral wedding colors

Sumber dari story.wedding.com.my

Bina suasana yang “fancy”  dengan padanan ceria-mint mempunyai padanan mewah manakal coral mengekalkan suasana segar dan ceria. Warna ini sesuai untuk musim luruh dan panas atau perkahwinan tropical.

 

Jadi dengan warna-warna elegan seperti ini pasti akan membuat majlis anda lebih bermakna!

* Serlahkan majlis anda lagi dengan Doorgift batik kami. Boleh dapati di laman web  Reem Doorgift

   

  

 

Inspirasi Kek Hantaran

By : Emy

Gambar dari ikahwin

√Kek berwarna putih yang dihiasi dengan bunga memberikan efek vintage

Image result for kek hantaran simple

Gambar dari inspiredcaketeer

√Hiasan bunga melingkar pada kek kelihatan sangat cantik, kemas dan menarik!

 

Image result for kek hantaran simple

Gambar dari begitulahkisahnya

√Memerlukan sesuatu yang simple? Pilih kek dengan penggunaan satu ton warna dan dihiasi dengan satu bunga yang besar untuk menaikkan seri kek anda

 

Related image

Gambar dari pecanbutterscotch

√Kek berwarna putih tidak semestinya perlu dipadankan dengan hiasan berwarna pastel tau! Serlahkan kek anda dengan hiasan berwarna kontra! Sudah pastinya unik dan menarik!

 

Gambar dari ikahwin

√Suka warna monochrome? ini lah kek nya! Super modern dan sangat unik !

Okay settle bab kek ! Now, doorgift pulak! Tahu tak sekarang kami ada PROMO SALES RM1??? Dah tengok ke belum? Kalau belum, cepat tengok sekarang! LIMITED TIME OFFER OKAY!

KLIK SEKARANG https://reemdoorgift.com/product-tag/rm1-ke-bawah/

       

Tips penjagaan muka sebelum kahwin

1) Timun sebagai eyemask

Seperti sedia maklum bahawa timun mempunyai khasiat yang sangat bagus, di samping sejuk. Jadi anda hiriskan timun, jangan terlalu tebal dan jangan juga terlalu nipis. Tekapkan di mata anda dengan hirisan timun itu tadi selama 30 minit, kemudian basuh muka dengan air suam. Petua ini membantu menghilangkan lebam di bawah mata (eyebag) akibat tidur lewat atau mata penat serta membantu anda menghilangkan mata rasa lesu dan letih. Oh hirisan timun ini juga berupaya untuk menegangkan otot bawah mata! Bagus bukan?

Gambar diambil dari www.ikahwin.my

 

2) Lobak sebagai masker muka

Lobak yang kaya dengan vitamin E yang dipercayai membantu untuk menghilangkan parut muka serta membantu menaikkan seri wajah. Paling utama, ia juga dalam melembapkan kulit wajah anda. Caranya adalah dengan parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan 30 minit kemudian bilas dengan air suam.

 

Gambar diambil dari www.ikahwin.my

 

3) Air kelapa tua membantu melembapkan wajah

Wajah yang kering dan kusam akan perlihatkan kita seperti sakit. Oleh itu, bagi anda yang mempunyai masa lapang, cari kelapa tua, dan ambil airnya. Amalkan basuh muka anda menggunakan air kelapa tua itu tadi, biarkan selama 10 minit sebelum bilas dengan air bersih. Jadikan ini amalan, anda pasti peroleh kulit muka yang lembap berseri!

 

 

Gambar diambil dari www.ikahwin.my

Cara menghilangkan stress ketika membuat persiapan kahwin

By: Emy

Gambar diambil dari sociolla

RELAKS

Relaks satu hari ! Jangan fikir apa apa berkenaan majlis anda. Buat apa yang anda enjoy seperti layan drama, kemas rumah atau sebagainya.

MAKAN

Semasa sibuk memikirkan majlis mesti anda jarang makan yang sedap sedap kan? Jadi makan lah sesuatu yang sedap walaupun ia mahal! Turutkan semua yang telah anda craving selama ini! Biar mahal janji tak stress!

LUANGKAN MASA BERSAMA KAWAN

Mungkin anda sering menolak ajakan kawan untuk lepak bersama kerana sibuk. Kali ni cuba luangkan masa bersama kawan kawan dengan menonton wayang, karaoke atau sebagainya!

Dan last cara untuk hilangkan stress! Dengan lihat doorgift yang super unik dan comel! Yang pastinya sesuai dengan majlis anda!

KLIK SEKARANG!! https://reemdoorgift.com/product-category/item-baru/

      

4 Tips Pemilihan Lokasi Perkahwinan

By: Emy

Gambar diambil dari pesonapengantin

 

  1. LOKASI YANG MUDAH DICARI

Pilih lokasi yang berdekatan dengan majoriti tetamu anda dan paling penting untuk senang dicari.

 

  1. RUANG

Pastikan ruang majlis anda bersesuaian dengan jumlah tetamu yang dijangka akan hadir. Ianya supaya kesemua tetamu anda berasa selesa dengan ruang yang luas dan tidak sempit.

 

  1. KAWASAN PARKING

Kawasan parking adalah perkara penting apabila melakukan majlis kerana tetamu akan menaiki kereta dan jarang menggunakan public transport. Jadi, pastikan sekitar majlis anda mempunyai ruang parking yang luas.

 

  1. BAJET
    Apa-apa pun dalam memilih lokasi majlis, anda hendaklah mempunyai bajet yang mencukupi dan bersesuaian dengan lokasi yang dipilih. Seeloknya rancang bajet terlebih dahulu dan bincanglah bersama keluarga.

Fuh! Bab pilih lokasi dah settle! Anda tercari-cari doorgift yang menarik pula?? Okay anda berada di tempat yang betul!!!!

Klik untuk doorgift yang unik dan superrrrrr murah!!
https://reemdoorgift.com/

Cenderahati Perkahwinan

Cenderahati perkahwinan? Tetamu pasti akan mengingati majlis anda jika cenderahati yang anda berikan adalah sesuatu yang unik dan menarik. Oleh itu, anda telah berkunjung ke laman yang betul untuk cenderahati atau doorgift perkahwinan yang super awesome! 

Reem doorgift menawarkan pelbagai cenderahati seperti aksesori kecantikan, kad undangan, kipas dan banyak lagi! Dan ia harganya sudah semestinya mampu dimiliki oleh semua .

Doorgift unik

Mungkin ada yang bertanya apa itu Doorgift Goodies bag ? Banyak orang tahu bahawa bahasa ingeris good jika diterjemahkan dalam bahasa melayu bermaksud baik, bagus dan sebagainya. Sedangkan goods dalam bahasa ingeris bermakna barang dalam bahasa melayu. Jadi kata good dalam goodies bag pemberian sesuatu cenderahati pada majlis terutama kenduri kahwin dan sebagainya dikenali juga sebagaiDoorgift. Memang ia berbentuk cantik dan bagus sesuai untuk buah tangan tetamu yang hadir. Dari sini kita faham maksud dan kata lain dan benar, goodies bag atau goody bag.

Tempahan Goodies bag bagi majlis
1 – Kenduri Kahwin
2 – Pertunangan
3 – Kenduri Aqiqah
4 – Sebarang majlis
5 – Gift atau hadiah