Senarai Doorgift Perkahwinan Murah

Senarai Doorgift Perkahwinan Murah

Assalamualaikum wbt…

Orang kata kalau DIY doorgift lagi murah berbanding tempah siap. Tapi bergantung kepada jenis doorgift juga. Kadang-kadang bila kita bandingkan harga lepas dah siap doorgift DIY dengan doorgift yang tempah siap tu, lebih kurang sama je harga. Jangan lupa apabila kita buat sendiri, masa dan tenaga tu yang terasa sangat berbanding tempah siap.

Walaubagaimanapun, kami di Reem Doorgift ini menyediakan doorgift/cenderahati perkahwinan yang murah dan mematuhi budget perkahwinan anda. Apalagi kalau doorgift ini sangat berguna, dikenang dan tidak dibuang sahaja oleh tetamu anda nanti. Menarik kan?

Antara doorgift murah yang kami ada:

 

 

Gambar yang pertama itu ialah Senduk Kayu. Memang agak pelik tapi bukan pelik yang tak ada guna. Inilah dinamakan doorgift yang berguna dan unik. Gambar yang kedua itu pula, Kipas Bercorak Batik. Seterusnya ialah Pemotong Kuku Kura-Kura yang pasti tetamu tidak akan buang. Kualiti tip top dan tidak rugi  jadikan ia sebagai doorgift perkahwinan. Dan yang terakhir sekali ialah Set Sudu dan Garfu yang tentunya unik dan murah untuk dijadikan cenderahati perkahwinan anda.

Ada juga doorgift islami seperti ini:

Mini Sejadah ini harga sangat murah kalau nak dibandingkan kalau beli di luar.  Tasbih budget pun kami ada sediakan. Mini Mat’surat ini memang anda sangat mampu untuk miliki dan jadikan sebagai doorgift majlis anda.

Jadi pokok pangkalnya, terpulang kepada anda yang membuat keputusan. Kalau rasa nak murah, tidak kisah penat dan ada tenaga kerja yang boleh membantu, DIY je. Tapi kalau rasa nak murah, berguna dan yang paling penting senang, jenguk sebentar www.reemdoorgift.com. Semuanya di hujung jari anda saja.



WhatsApp chat