Senarai Bajet Perkahwinan yang Penting dan Perlu untuk Pengantin Lelaki

Senarai Bajet Perkahwinan yang Penting dan Perlu untuk Pengantin Lelaki

Senarai budget disediakan bagi memastikan setiap pengantin lelaki, tidak dibebani kos tersembunyi. Setiap kos yang ditulis bagi memastikan pengantin lelaki mempunyai duit yang mencukupi, dan tidak perlu berhutang. Ia membantu kita mendisplinkan diri dan keluarga supaya tidak membelanjakan di luar kemampuan kita.

Sebelum membuat senarai, kita perlu melihat kembali syarat-syarat sah nikah. Sebenarnya, banyak perbelanjaan yang tidak perlu. Hadkan belanja kahwin kepada perkara yang penting sahaja.

Rukun nikah adalah :
1. calon suami : Lelaki
2. Calon isteri : Perempuan
3. Wali
4. Dua orang saksi
5. Ijab & Kabul : Akad

Syarat untuk Suami :
1. Beragama Islam
2. Lelaki
3. Bukan mahram dengan bakal Isteri
4. Kemahuan sendiri bukan dipaksa. Tidak Sah sekiranya perkahwinan dipaksa.
5. Jelas siapa orangnya
6. Tidak berada dalam ihram haji
7. Tidak mempunyai isteri lebih dari 3 orang

Syarat untuk Isteri :
1. Beragama Islam
2. Perempuan
3. Bukan mahram dengan bakal suami
4. Tidak berada dalam idah
5. Bukan isteri orang
6. Kemahuan sendiri dan Merdeka
7. Jelas siapa orangnya
8. Tidak berada dalam ihram haji.

Syarat-Syarat Mahar / Mas Kahwin :
1. Harta yang diberikan itu adalah bernilai/berharga
2. Benda yang diberikan perlu bersih; bukan najis
3. Harta yang diberikan bukan harta rampasan
4. Harta untuk mas kahwin perlu jelas bendanya ataupun jumlahnya

Syarat sah nikah dalam islam sungguh mudah dan murah. Kita lebih memerlukan duit selepas berkahwin. oleh itu, cukup sekiranya jumlah belanja untuk perkahwinan memenuhi keperluan hukum Allah.

Berikut adalah senarai budget yang ideal untuk Pengantin Lelaki Muslim :-

Bil Perkara Wajib X Perlu Apabila mempunyai Duit Bajet(RM)
1 Yuran Kusus pra perkawinan ® 80-100
Yuran kursus pengurusan kewangan keluarga ® 100-150
2 Cincin ketika merisik/ bertunang ® 150-500
Kad Jemputan kenduri Kesyukuran ® 100-150
Setem untuk kad yang di pos ® 30-60
Set baju untuk akad nikah; baju melayu ® 50-150
Satu pasang baju kenduri di rumah pengantin perempuan ® 50-150
3 kain sarung baru ® 20-70
Bayaran untuk kadi ® 80++
Wang ataupun emas utk mas kahwin ® 1000-5000
Senakskah AQ ®
3 Cincin kahwin; cincin emas kuning ® 350-700
Wang hantaran ®
Sirih Junjung ®
Barang kemas spt gelang, cincin, rantai ® 500-2000
Upah gubahan hantaran ®
Telekung dan sejadah sbg hantaran kahwin ® 100-200
Beg tangan ®
Jam tangan ®
Kasut ®
Baju Kurung ®
Kain ela ®
Vaoucher Spa ®
Set alat Solek ®
Buah-Buahan ®
Kek ataupun coklat ®
Potpuri ®
Majlis kenduri Kesyukuran
Sewa konopi termasuk alas meja & upah Pekerja ®
Set meja makan pengantin termasuk alas meja dan bunga ®
Set makan beradab ®
Catering ®
®
Kek kahwin ®
Upah Deejay ®
Penaggah ataupun pelayan majlis ®
Pelamin ®
Bunga Telur ®
Bunga Pahar ®
Upah kumpulan Kompang ®
Upah juru andam ® ® 0-100
Hiasan bilik tidur ®
Gambar dan upah jurugambar ® ® 100++
Kos perjalanan rombongan pengantin lelaki pergi dan balik ® ®
Kos penginapan pengantin lelaki ® ®
Belanja luar jangkaan
Jumlah Kos

Carilah perkahwinan yang diberkati Allah, iaitu mengikuti sunnah Rasulullah.. Perkahwinan yang tidak berlebih-lebihan, tidak bermegah-megah, tidak boros dan tidak menjadikan kenduri sebagai tempat maksiat. Insyaallah mudah-mudahan perkahwinan kita diberkahi Allah =)

Kini terdapat Perancang Perkahwinan Islami yang membawa konsep Patuh Shariah – Sederhana – Berpatutan. Anda bolehlah menghubungi , di www.reemrias.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana merancang perkahwinan anda sehingga ianya mudah & mampu untuk anda.

Petikan daripada buku “Merancang Wang Sejak Jatuh Cinta” by Shamsuddin Kadir & Ain Muhamad, bab 2, 36 dan 37 Da diese arbeit wesentlich krzer ist, als beispielsweise eine bachelorarbeit, muss ein viel engeres themengebiet ausgewhlt essay schreiben werden



WhatsApp chat