Persiapan Sebelum Kahwin

By: Emy


Sumber dari vitamindebomb

 

  1. Pilih tarikh

Bagi pasangan yang ingin berkahwin, perkara utama yang perlu difikirkan adalah tarikh untuk melangsungkan perkahwinan. Pilih tarikh yang memudahkan untuk sedara mara, rakan rakan untuk datang seperti hari cuti sekolah atau musim perayaan. Tetapi harga barangan akan menjadi mahal kerana permintaan yang tinggi pada hari tersebut.

2. Hadiri kursus kahwin

Kursus kahwin perkara wajib yang perlu dilaksanakan sebelum menjadi pasangan suami isteri. Setiap pasangan akan mengetahui tanggungjawab mereka sebagai suami isteri. Sebaiknya menghadiri kursus kahwin 3 bulan sebelum majlis supaya pengetahuan berkaitan perkahwinan akan lebih segar dalam ingatan.

3. Menempah dewan, catering dan lain lain

Sebaiknya menempah 6 bulan awal untuk mengelakkan harga dewan, catering dan sebagainya menjadi mahal sekiranya anda membuat tempahan di saat-saat akhir sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan

Juru nikah juga perlu diberitahu awal supaya jadualnya tidak bertindih dengan pasangan yang lain. Begitu juga dengan andaman. Anda perlu mementingkan pakej-pakej yang ditawarkan berbanding perkhidmatan secara berasingan. Perkhidmatan secara berasingan dikatakan lebih mahal berbanding pakej yang disediakan.

5. Tempah kad jemputan

Pastikan kad kahwin yang akan dibuat nanti tidak terlalu mahal, cukuplah ringkas dan yang penting maklumat di dalamnya boleh dibaca.

Jalani ujian HIV
Ujian saringan HIV perlu dilakukan sebelum pasangan mendirikan rumah tangga. Ujian ini penting dibuat untuk mengelakkan berlaku jangkitan kepada pasangan sekiranya terbukti pasangan itu pembawa HIV.

6. Dokumen dan borang perkahwinan

Bagi setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga, perkara asas yang perlu dilakukan juga adalah mengisi borang-borang penting dan di hantar di Pejabat Agama sebelum bernikah. Antara borang yang wajib diisi ialah borang permohonan kebenaran perkahwinan bagi perempuan dan lelaki, borang akuan bujang, borang saksi, dan ada lagi beberapa boring lain bergantung kepada status diri pasangan. Maklumat borang boleh rujuk di sini.

Setelah semua borang dan maklumat yang diperlukan siap, dokumen tersebut perlulah dihantar ke bahagian Undang-undang Syariah Jabatan Agama. Semasa di sana nanti pasangan akan melalui sedikit sesi temu bual berkaitan rumahtangga.

Sebelum itu, pasangan yang bakal berkahwin juga perlu mencari doorgift untuk majlis anda nanti. Anda tak perlu susah cari kerana kami ada doorgift yang anda mahu!

Mari dapatkan doorgift yang baru saja sampai!
KLIK SEKARANG! https://reemdoorgift.com/product-category/item-baru/

    

     

Leave a Comment