Pengertian aqiqah

Bagi ibu bapa yang menimang cahaya mata baru, pastinya sedang teruja untuk melakukan majlis aqiqah. Jika anda sedang merancang dan berkira-kira untuk melakukan majlis aqiqah untuk simanja anda, apa kata luangkan masa untuk membaca penerangan kami tentang aqiqah termasuk maksudnya, syarat sah dan cara pembahagian daging yang anda wajib tahu.

 

aqiqah

Sumber dari www.bidadari.my

 

  • Maksud

Perkataan aqiqah membawa maksud “Rambut yang tumbuh di atas kepala bayi semasa dilahirkan.” Manakala dari sudut hukum syarak, perkataan aqiqah yang selalu kita gunakan bermaksud “Penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.”

Jika dilihat maksud aqiqah dari pandangan hukum syarak, boleh disimpulkan bahawa majlis aqiqah yang dilakukan haruslah mempunyai 3 elemen berikut:

  • Menyembelih binatang untuk kepentingan anak
  • Mencukur atau memotong rambut anak
  • Memberikan nama yang baik kepada anak

 

  • Syarat sah

Di Malaysia, kebiasaannya aqiqah dilakukan dengan cara:

  • 1 ekor kambing buat anak perempuan
  • 2 ekor kambing buat anak perempuan
  • Atau pun seekor lembu yang dibahagi kepada 7 bahagian, 1 bahagian mewakili seekor kambing

 

  • Cara pengagihan daging korban

Tidak seperti daging korban, tiada cara pengagihan daging aqiqah yang tertentu dan wajib untuk diikuti. Walau bagaimana pun, secara amnya daging aqiqah tidak boleh dimakan oleh ibu bapa dan keluarga yang melakukan aqiqah sahaja. Seeloknya adakan majlis untuk menjamu keluarga terdekat, sanak-saudara, sahabat handai, serta fakir miskin sekiranya ada.

Mengenai masakan untuk majlis aqiqah tersebut, ada yang berpendapat bahawa sunat untuk memasak manis kerana Rasulullah sukakan madu dan makanan yang manis. Namun ia hanyalah sunat, terpulang kepada anda untuk menentukan apakah menu yang ingin dihidangkan kepada para tetamu.

Jadi itu sahaja yang kami kongsikan pada anda hari ini. Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda semua.

 

P/s : Anda mencari doorgift yang sesuai untuk majlis aqiqah? Di Reem Doorgift kami mempunyai pilihan yang menarik untuk majlis anda!

Leave a Comment