Packaging Doorgift Yang Menarik

Terdapat pelbagai jenis packaging doorgift untuk menyerikan majlis anda. Semahal mana pun doorgift anda, jika tidak dilengkapi dengan packaging yang menarik, pasti tidak dapat meningkatkan seri doorgift tersebut. Doorgift anda akan kelihatan lebih menarik dan eksklusif dengan pemilihan packaging yang tepat ! Kami akan menyesuaikan keperluan anda berdasarkan bajet yang anda peruntukkan.

 

Berikut adalah jenis-jenis packaging menarik yang boleh diperoleh di Reem Doorgift :

1) Plastik Berbentuk Tabung

handkerchief beraneka warna berbentuk silinder yang jimat lapik meja bujur

Packaging seperti plastik berbentuk tabung ini sangat sesuai dipadankan dengan kain tuala yang bervariasi. Tambahan pula, plastik tabung itu mempunyai corak tersendiri yang menaikkan lagi seri kain tersebut. Tuala tabung berkualiti tinggi, tebal dan lembut sesuai untuk pelbagai kegunaan dan semestinya merupakan #doorgiftbermanfaat untuk majlis anda.

2) Kotak Plastik

reemdoorgift-39 small size-25

Kotak plastik sangat sesuai dengan doorgift yang mempunyai pelbagai bentuk dan saiz. Ianya mampu memberikan kekemasan dan menampakkan doorgift tersebut lebih menarik. Selain itu, bahan aksesori seperi reben dan sticker boleh ditambah untuk menampakkan lebih comel dan kreatif serta mudah dibawa.

3) Kotak Songket

reemdoorgift-63  bekas doorgift kotak songket

Kebiasannya tuan rumah memberi gula-gula ataupun bunga telur kepada para tetamu. Untuk menampakkan doorgift anda ada ciri-ciri klasik dan keunikan yang tersendiri, kami bawakan anda kotak songket yang beraneka corak dan bentuk. Material songket yang digunakan menghasilkan finishing yang kemas dan tersendiri. Anda juga boleh menggunakan kotak songket ini untuk menyimpan kerongsang atau fungsi-fungsi lain.

4) Undangan Buluh 

 reemdoorgift-28 reemdoorgift-30

Selain kad undangan yang dicetak dari kertas biasa, undangan buluh juga boleh diberikan para tetamu. Undangan buluh ini mempunyai ciri-ciri yang menarik dan unik. Undangan buluh bukan sahaja boleh dijadikan sebagai kad undangan, malah ianya juga boleh dicetak mengikut kehendak pelanggan. Sebagai contoh, ianya boleh dicetak sebagai kalender untuk kegunaan tetamu anda.

Leave a Comment