Kegunaan dan Kepentingan Tuala Tangan/ Sapu Tangan

Kegunaan dan Kepentingan Tuala Tangan/ Sapu Tangan

Tuala adalah sejenis fabrik penyerap atau kertas yang digunakan untuk mengelap. Sapu tangan atau tuala tangan pula mempunyai fungsi yang sama cuma dalam bentuk yang lebih kecil dan mudah dibawa. Pada zaman dahulu, sapu tangan ini merupakan simbol hormat antara lelaki dan wanita dan ia pernah dikaitkan dengan lambang kehebatan dan penanda aras pangkat bagi seseorang lelaki dalam struktur masyarakat lampau.

Namun pada era ini, sapu tangan hanyalah sehelai kain kecil yang kehilangan fungsi dan dianggap ketinggalan zaman serta stail untuk orang tua. Tambahan pula, sapu tangan perlu dibersihkan dan dicuci setiap kali ia kotor berbanding hanya membuang kertas tisu selepas digunakan. Ini lebih menjimatkan masa.

Bagaimanapun, peng­gunaan kertas tisu yang menjadi pilihan masyarakat dunia hari ini sebenarnya memberikan impak negatif kepada alam. Tahu kah anda, untuk menghasilkan satu tan kertas tisu saja memerlukan 17 batang pokok sementara 20,000 gelen air bersih digunakan untuk memprosesnya.

Di Amerika Syarikat saja mencatatkan lebih 3,000 tan produk kertas tisu dibuang setiap hari lalu menghasil­kan gas metana dan bayangkan apabila seluruh dunia melakukannya. Jadi, untuk membantu menjaga alam yang sudah semakin tua ini, penggunaan tuala tangan haruslah diamalkan semula oleh masyarakat Malaysia demi menjaga Negara yang kita sayang ini.

Apa kata, anda sebagai generasi yang baru ini yang sayang akan alam sekitar, boleh memberikan tetamu anda tuala tangan/ sapu tangan sebagai cenderahati di hari bahagia anda. Anda juga boleh menjadi peneraju untuk mengembalikan amalan penggunaan sapu tangan ini. Oleh itu, Reem Doorgift ada menyediakan pelbagai jenis sapu tangan yang menarik, berpatutan dan bermanfaat.

Antara jenis sapu tangan yang ditawarkan oleh Reem Doorgift:)
Antara jenis sapu tangan yang ditawarkan oleh Reem Doorgift:)

****Pssst…! Kalau nak cari doorgift yang eksklusive lagi elegan boleh lah survey di REEM DOORGIFT ya.

KLIK SEKARANG! https://reemdoorgift.com 



WhatsApp chat