Idea doorgift unik

Menganjurkan majlis perkahwinan bukanlah satu tugas mudah. Banyak benda yang perlu kita fikir dan uruskan. Salah satunya adalah berkenaan dengan doorgift kahwin. Kalau anda sedang mencari-cari idea door gift perkahwinan untuk hari bahagia anda yang bakal berlangsung tak lama lagi, anda berada di tempat yang betul! Di sini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa idea doorgift yang unik dan menarik untuk majlis perkahwinan!

 

1.     Penanda Buku

Penanda buku yanng unik untuk majlis perkahwinan anda juga adalah satu hadiah goodies bag kahwin yang boleh anda pertimbangkan. Ianya kompak, cantik, dan masih bersifat sentimental. Lagi-lagi kalau anda seorang yang gemar membaca buku. Kalau anda rasakan penanda buku kertas itu kelihatan murah dan boring, anda boleh menempah bookmark yang diperbuat daripada besi keluli atau aluminum. Memang nampak mahal!

 

2. Set Sudu & Garfu

 

Idea goodies kahwin yang seterusnya adalah set yang memuatkan sudu dan garfu. Ia sesuai buat para tetamu tidak kira dikalangan usia . Selalunya, harga tempahan untuk set mini sebegini juga tidaklah terlalu mahal. Yang penting, jika ia datang dengan kotak atau bekas yang cantik, ada juga tetamu yang boleh meletakkanya sebagai salah satu koleksi barang dapur mereka! Menarik, bukan?

 

3. Tasbih

Bagi mereka yang inginkan hadiah goodie bag perkahwinan yang bersifat Islamik, mungkin tasbih sesuai untuk anda. Pilih tasbih mini supaya ianya tidak terlalu panjang. Jadi, mudahlah untuk anda memasukkannya ke dalam kotak atau plastik khas dan menyelitnya dalam beg cenderahati kahwin. Selain daripada dapat menggembirakan hati tetamu, anda pun akan dapat pahala apabila mereka bertasbih menggunakan set yang anda berikan. Berbaloi pelaburan wang yang anda buat untuk majlis anda itu!

 

4.     Tuala Muka

Anda inginkan doorgift yang sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa? Kami ada idea goodies kahwin untuk anda – tuala muka (juga boleh dibeli di Reem Doorgift!). Ada banyak pilihan warna yang anda boleh pilih. Pastikan ia masuk dengan tema majlis perkahwinan anda. Untuk membuatkannya lebih istimewa, mungkin anda boleh menempah nama khas yang menunjukkan nama anda dan pasangan. Barulah tetamu anda tahu siapa yang memberikan tuala tersebut setiap kali dia menggunakannya!

 

5. Kotak Songket

 

 

Jika anda sukakan idea door gift perkahwinan bekas tetapi inginkan sesuatu yang lebih tradisional, mungkin anda boleh pertimbangkan kotak songket. Harganya pun bersesuaian jika bajet anda adalah sederhana. Anda boleh masukkan gula-gula, tasbih, pengetip kuku atau hiasan batu berwarna-warni di dalamnya. Kotak songket ini juga boleh dapati di website kami Reem Doorgift .Pelbagai jenis dan saiz kotak lagi yang bermotifkan songket dan  anda perlu pilih sahaja mana yang anda minat!

 

 

Bagaimana? Best tak idea-idea doorgift perkahwinan yang kami kongsikan di atas ini. Pilih mana-mana yang sesuai dengan tema majlis anda! Sila layari website Reem Doorgift juga jika anda ingin doorgift di atas . Pasti berbaloi wang yang anda belanjakan untuk majlis anda nanti.

Jangan lupa juga untuk kongsikan artikel ini di FB atau Twitter. Pasti ramai kawan-kawan anda yang boleh ambil inspirasi dari 5 idea doorgift untuk tetamu ini!

Leave a Comment