20 TIPS TUDUNG UNTUK BAKAL PENGANTIN PEREMPUAN

by shima


Photo: #bawalkahwin

Untuk bakal pengantin perempuan yang sedang mencari-cari idea atau padanan selendang yang sesuai untuk dipadankan dengan busana baju nikah atau sanding, jangan risau berikut disertakan 20 tip khas untukmu bakal raja sehari.

Umumnya, tudung dipadankan sedondon atau serona dengan baju. Namun ia tetap nampak serasi dengan gandingan warna lain yang seirama seperti platinum dengan ungu lembut. Selain itu, fabrik yang sesuai paling penting agar ketika dipakai ia nampak selesa dan terletak cantik. Barulah nampak menawan ratu di singgahsana.

  1. Paling utama sebagai pengantin Muslimah, pemakaian tudung yang sempurna mestilah labuh menutupi dada, tidak jarang, longgar dan tidak menampakkan bentuk telinga, tersembunyi dan menyelaputi bahu.

    2. Bagi pasangan yang akan melangsungkan pertunangan atau perkahwinan, asas pemakaian tudung ialah anak tudung yang direka mengikut keselesaan dan kesesuaian si pemakainya. Jangan pula sampai ternampak anak rambut ye.

 
  1. Anak tudung mempunyai ‘awning’ antara yang sentiasa menjadi pilihan kerana anak tudung ini senang dibentuk dan boleh menutup kekurangan bentuk muka bulat dan bersegi.
 
  1. Selain itu, anak tudung manik berikat belakang tanpa ‘’awning’’ pula sesuai dipakai oleh anda yang mempunyai bentuk muka yang panjang dan bujur. Bagi pemilihan fabrik anak tudung seperti shantong, sutera thai, lace, span, dan jersi amat sesuai.
 
  1. Manakala warna yang sesuai pula, digunakan untuk majlis bertunang ialah warna biru, jingga, hijau, ungu, merah jambu, dan kelabu. Walau bagaimana padanan warna mengikut cita rasa masing-masing.
 
  1. Pilihan terbaik untuk tudung ialah fabrik lembut yang tidak berkilat. Ini kerana wanita bertudung harus sentiasa berpegang kepada prinsip berpakaian sopan, tidak terlalu menonjol. Menyerlah sedikit daripada orang lain tidak salah agar tetamu tahu anda pengantin.
 
  1. Elakkan memilih kain satin kerana ia berkilat dan panas, membuatkan anda kurang selesa untuk memakainya dalam tempoh yang panjang. Sementelah pula anda perlu melayan tetamu yang hadir dan bersalaman dengan mereka.


    Photo: pesonapengantin.com


  2. Fabrik paling sesuai untuk tudung adalah sifon, georgette, cita, sari dan lace. Ia kurang berkilat dan lembut.
 
  1. Warna yang lembut dan tidak menjolok mata seperti merah samar, biru lembut, krim, kelabu atau putih paling sesuai.
 
  1. Elakkan memakai baju pengantin yang warnanya menjolok mata seperti hijau serindit, merah saga dan kuning diraja. Ini membuatkan tetamu yang hadir boleh ‘sakit mata’ pabila terpandangkan busanamu itu.
 
  1. Paling praktikal, padankan baju dan tudung sedondon kerana ia memperlihatkan keanggunan dan kelembutan. Walau bagaimanapun boleh menggunakan warna sebaliknya asalkan tidak keterlaluan.


    Photo: pesonapengantin.com


  2. Untuk majlis akad nikah, warna lembut seperti krim atau putih adalah pilihan terbaik. Tampak suci dan menawan.
 
  1. Sekiranya layah yang digayakan sarat dengan hiasan jemeki atau batu permata, mini telekung atau tudung yang dipakai mestilah ringkas, polos dan tidak perlu ada hiasan.

  2. Hiasan di layah juga seharusnya tidak terlalu sarat kerana ia akan membuatkan bahagian kepala dan wajah anda serabut. Ingatlah ‘less is more’.


    Photo : Tudungpeople.com

 
  1. Sekiranya ingin memakai tiara, elakkan menggayakan tiara kecil atau separuh kerana ia akan kelihatan janggal untuk pengantin bertudung.
 
  1. Jika anda ingin menghias layah dengan renda pastikan memilih renda yang berbunga kecil. Elakkan memilih renda berbunga besar kerana ia membuatkan bentuk wajah anda tidak seimbang.

  2. Pemilihan batu permata atau jemeki juga perlu diambil kira. Elakkan memilih batu permata atau jemeki terlalu sarat. Hiasan yang sarat akan membuatkan diri anda tidak ubah seperti penari gelek.


    Photo: imanabdulrahim.com


  3. Sekiranya majlis pernikahan diadakan di masjid, elakkan fesyen yang keterlaluan, bagi menghormati tempat dan juga majlis yang suci itu, eloklah jika tudung yang dikenakan, tampak sopan dan ayu. Selain itu, pemilihan layah pula mestilah lebih panjang dan menutup bahagian pinggul.
 
  1. Warna-warna pilihan majlis pernikahan adalah seperti putih mutiara, biru ais, krim, kelabu lembut, biru tirus, ungu kundang lembut dan merah jambu. Majlis pertunangan dan persandingan tidak banyak beza dari segi cara pemakaian tudung. Ia bergantung kepada pasangan untuk kelihatan anggun dan ayu sebagai pengantin Muslimah.
 
  1. Gaya tudung juga mengikut kesesuaian bentuk muka dan warna kulit pengantin. Warna-warna pilihan untuk majlis persandingan ialah kelabu, biru gelap, coklat, hijau lumut, hijau pucuk pisang, ungu nila (lavender), merah dan hitam serta merah dan putih.

Artikel asal : Felorrascarf 

****Pssst…! Kalau nak cari doorgift yang eksklusive lagi elegan boleh lah survey di REEM DOORGIFT ya.

KLIK SEKARANG! https://reemdoorgift.com 

15+ DIY Pelamin Tunang & Sanding Yang Simple

Berikut merupakan idea DIY Pelamin yang boleh dirujuk untuk menghias pelamin pada hari bahagia anda dengan harga yang jauh lebih murah.

1. Pelamin Bertemakan White Garden

 
Foto kredit: FB Milo Tabur Viral

 
Foto kredit: FB Milo Tabur Viral


Foto kredit: FB Milo Tabur Viral

2. Pelamin berlatarkan tema pink dan putih



Foto kredit : Pinterest.com

3. Hiasan yang simple tapi nampak elegant dengan gabungan putih dan merah


Foto kredit : Pinterest.com

4. Pelamin bertemakan gabungan warna pastel


Foto kredit : Pinterest.com

5. Menggunakan kayu pallet sebagai bahan asas.


Foto kredit : Pinterest.com

Artikel asal : Viramon

***Ha, sekarang dah dapat sedikit idea untuk buat pelamin impian kan.
Sebelum itu, pasangan yang bakal berkahwin juga perlu mencari doorgift untuk majlis anda nanti. Anda tak perlu susah cari kerana kami ada doorgift yang anda mahu! Harga yang berpatutan taw 🙂

Mari dapatkan doorgift dengan kami 🙂

KLIK SEKARANG! REEMDOORGIFT 

 

   


 

 

 

Cara Posing Masa Photoshoot Perkahwinan

by: shima

image:pesonapengantin

#1 Jangan Lupakan Dagu!

Kalau dahi kamu agak luas mungkin boleh dongakan sedikit kepala dan serlahkan bahagian dagu. Tolak sedikit kepala ke hadapan (ke arah kamera) agar dagu tidak nampak berlapis dan leher kelihatan jinjang. Boleh juga minta jurugambar ambil foto kamu pada arah yang lebih tinggi supaya badan dan wajah nampak lebih kecil dan tirus

 
image:google

#2 Kontur Wajah

Ambil gambar perlukan sudut yang sempurna, untuk buat wajah nampak lebih tirus, minta MUA fokuskan pada solekan kontur terutamanya pada bahagian sekitar dahi (jika dahi luas) dan bahagian rahang serta dagu (jika wajah terlalu bulat). Barulah wajah nampak menawan dalam gambar nanti.


image:google

#3 Cari Sisi Diri Yang Menarik

Kita semua ada sisi cantik. Berdiri depan cermin dan cuba lihat sama ada sisi kiri atau kanan yang nampak lebih sempurna. Masa ambil foto nanti arahkan badan mengikut sisi sempurna kamu okay?


image:google

#4 Relaks 

Jika kamu cuak atau tidak tenang, emosi akan terpancar di wajah tanpa sedar. Oleh itu kawal perasaan dan cuba relaks. Tarik nafas dalam-dalam setiap kali membuat pose baru di hadapan kamera. Dengan cara ini keadaan diri akan nampak lebih natural.

#5 Serlahkan Panjang Lengan 

Pastikan lengan tidak melekat pada tubuh, gerakan tanhan dan jauhkan tangan dari bahagian badan. Lenggokan sikit bahagian pinggul dan ‘kepakan’ sedikit bahagian lengan. Jika tubuh kamu agak lebar, elak mengepakkan tangan terlalu besar, pastikan bucu siku menghadap ke arah belakang.


image:google

#6 Perhatikan Kedudukan Kaki

Walaupun kamu memakai dress atau gaun, kedudukan kaki tetap kena dijaga. Cuba silangkan kaki ketika berdiri agar bentuk tubuh kamu lebih terlihat panjang membuatkan
pinggan serta punggung kamu terlihat langsing dan melekuk.


image: google

#7 Senyuman Semula Jadi

Berlatih untuk relakskan wajah. Jika igin ketawa pastikan mulut tidak dibuka terlalu lebar atau untuk lebih mudah, boleh baut senyuman dengan tenang agar ia tidak kelihatan seperti kamu “buat-buat”. Cuba fikirkan sesuatu yang buat kamu rasa lucu atau gembirabila jurugambar mengambil foto kamu.

Apa-apa pun, sebelum hari perkahwinan tiba cubalah berlatih dulu posing macam mana yang kamu nak buat nanti.

Sumber artikel: Wanista 


****Pssst…! Kalau nak cari doorgift yang eksklusive lagi elegan boleh lah survey di REEM DOORGIFT ya. 

 
 

 

 

Variasi Tema Perkahwinan Trendy






By shima

Bagi pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan, pasti antara perkara yang banyak dipertimbangkan ialah tema majlis perkahwinan tersebut.

Tema yang ditetapkan untuk sesuatu majlis boleh memudahkan proses pemilihan rekaan baju pengantin dan ahli keluarga, hiasan pelamin, hiasan meja makan dan sebagainya.

Di sini kami kongsikan 7 idea menarik untuk dijadikan tema majlis perkahwinan anda:

1) Tema Korea

                                                         Gambar: kahwinlife

Konsep Korea meletakkan platform seakan-akan singgahsana yang dipenuhi dengan pokok sakura berwarna merah jambu dan putih. Ditambah pula dengan hiasan bunga putih merimbun di sekitar tangga pelamin menimbulkan aura suasana musim salji. Beruntunglah sesiapa yang menghadiri majlis perkahwinan anda, kerana mereka bukan sahaja dapat menikmati juadah enak yang disediakan, malah dapat merasai pakej ke negara Korea sekaligus.

2) Tema Fairy Tale

                                              gambar:google

 

Untuk tema fairy tale, inspirasi boleh diambil dari cerita dongeng yang terkenal seperti Cinderella, Snow White dan lain-lain.

Anda boleh menghias pelamin untuk kelihatan seperti kereta kuda yang berwarna putih dengan pacuan empat roda untuk membawa anda ke alam fantasi Cinderella. Ukiran kerawang yang halus di kereta kuda ini menyerlahkan lagi konsep yang ingin diterapkan. Jika si mempelai perempuan mengenakan gaun kembang pasti akan kelihatan seperti Si Cinderella yang anggun dan jelita.


3) Tema Dalam Taman

                                                                Gambar: google

Konsep perkahwinan dalam taman menggunakan pelamin yang dihiasi dengan pokok dan bunga yang berwarna putih dan hijau. Konsep ini tampak sangat menenangkan dan menyejukkan mata. Warna hijau melambangkan alam, simbol kesuburan dan harmoni. Manakala, warna putih pula melambangkan kesucian dan kesempurnaan.

Tema ini akan membuat anda kelihatan menyerlah dan kelihatan segar di hari bahagia.

4) Tema Pantai

                                                        Gambar: google

Tema seterusnya berkonsepkan pantai. Pasti ramai pasangan bakal pengantin mengidamkan majlis perkahwinan mereka berada di pantai yang indah disertai tiupan angin bayu. Dihiasi dengan set meja kerusi yang berwarna putih dan ditambah dengan hiasan bunga segar di atas meja, majlis perkahwinan anda pasti nampak elegan dan klasik. Sememangnya suasana di pantai akan menimbulkan rasa ketenangan, kesegaran dan romantis.

5) Tema Musim Salji

                                                           Gambar: google

Tema ini menggunakan tirai batu kristal yang digantung di atas pelamin untuk kelihatan seperti ketulan ais. Manakala taburan serbuk putih di atas lantai melambangkan salji. Pelamin tema ini diserlahkan lagi dengan hiasan bunga yang mempunyai tona warna lembut dan segar. Tema ini akan membuat anda kelihatan bagai bidadari kayangan di majlis perkahwinan anda.

6) Tema Hipster

                                                          gambar:google

Konsep ala-ala hipster ini menampilkan ciri-ciri moden dan minimalis menggunakan hanya kayu-kayu palletsebagai latar belakang pelamin. Rekaan pelamin ini sememangnya tampak lain dari yang lain. Konsep hipstersemakin trendy dan digemari oleh masyarakat di negara ini. Jika anda ingin tampak kelainan, tema ini sangat sesuai digunakan pada majlis anda.

7) Tema Tradisional

                                                              Gambar: ohbulan

Tema ini menggunakan hiasan mega ukiran kerawang yang berwarna emas pada pelamin untuk menunjukkan ciri-ciri kesultanan Melayu. Tirai labuh yang berwarna merah sebagai latar belakang membuatkan pelamin kelihatan mewah dan gah.

Tema ini sangat sesuai jika dipadankan dengan baju kebaya songket yang merupakan baju adat resam tradisional Melayu. Boleh juga ditambahkan dengan pasukan pengapit dan pengiring mengenakan pakaian seperti para pembesar istana atau para hulubalang. Pasti majlis perkahwinan anda akan tersemat di ingatan tetamu anda.

Sumber artikel : KahwinLife

Haa, sekarang dah dapat idea untuk tema wedding kan? Apa kata kita cari doorgift menarik yang sesuai dengan tema majlis perkahwinan anda. Jangan risau tak perlu susah-susah nak cari, Reem Doorgift kan ada.

Klik je link ni taw https://reemdoorgift.com/.

Ada bermacam jenis doorgift yang unik untuk majlis perkahwinan anda 🙂