20 TIPS TUDUNG UNTUK BAKAL PENGANTIN PEREMPUAN

by shima


Photo: #bawalkahwin

Untuk bakal pengantin perempuan yang sedang mencari-cari idea atau padanan selendang yang sesuai untuk dipadankan dengan busana baju nikah atau sanding, jangan risau berikut disertakan 20 tip khas untukmu bakal raja sehari.

Umumnya, tudung dipadankan sedondon atau serona dengan baju. Namun ia tetap nampak serasi dengan gandingan warna lain yang seirama seperti platinum dengan ungu lembut. Selain itu, fabrik yang sesuai paling penting agar ketika dipakai ia nampak selesa dan terletak cantik. Barulah nampak menawan ratu di singgahsana.

  1. Paling utama sebagai pengantin Muslimah, pemakaian tudung yang sempurna mestilah labuh menutupi dada, tidak jarang, longgar dan tidak menampakkan bentuk telinga, tersembunyi dan menyelaputi bahu.

    2. Bagi pasangan yang akan melangsungkan pertunangan atau perkahwinan, asas pemakaian tudung ialah anak tudung yang direka mengikut keselesaan dan kesesuaian si pemakainya. Jangan pula sampai ternampak anak rambut ye.

 
  1. Anak tudung mempunyai ‘awning’ antara yang sentiasa menjadi pilihan kerana anak tudung ini senang dibentuk dan boleh menutup kekurangan bentuk muka bulat dan bersegi.
 
  1. Selain itu, anak tudung manik berikat belakang tanpa ‘’awning’’ pula sesuai dipakai oleh anda yang mempunyai bentuk muka yang panjang dan bujur. Bagi pemilihan fabrik anak tudung seperti shantong, sutera thai, lace, span, dan jersi amat sesuai.
 
  1. Manakala warna yang sesuai pula, digunakan untuk majlis bertunang ialah warna biru, jingga, hijau, ungu, merah jambu, dan kelabu. Walau bagaimana padanan warna mengikut cita rasa masing-masing.
 
  1. Pilihan terbaik untuk tudung ialah fabrik lembut yang tidak berkilat. Ini kerana wanita bertudung harus sentiasa berpegang kepada prinsip berpakaian sopan, tidak terlalu menonjol. Menyerlah sedikit daripada orang lain tidak salah agar tetamu tahu anda pengantin.
 
  1. Elakkan memilih kain satin kerana ia berkilat dan panas, membuatkan anda kurang selesa untuk memakainya dalam tempoh yang panjang. Sementelah pula anda perlu melayan tetamu yang hadir dan bersalaman dengan mereka.


    Photo: pesonapengantin.com


  2. Fabrik paling sesuai untuk tudung adalah sifon, georgette, cita, sari dan lace. Ia kurang berkilat dan lembut.
 
  1. Warna yang lembut dan tidak menjolok mata seperti merah samar, biru lembut, krim, kelabu atau putih paling sesuai.
 
  1. Elakkan memakai baju pengantin yang warnanya menjolok mata seperti hijau serindit, merah saga dan kuning diraja. Ini membuatkan tetamu yang hadir boleh ‘sakit mata’ pabila terpandangkan busanamu itu.
 
  1. Paling praktikal, padankan baju dan tudung sedondon kerana ia memperlihatkan keanggunan dan kelembutan. Walau bagaimanapun boleh menggunakan warna sebaliknya asalkan tidak keterlaluan.


    Photo: pesonapengantin.com


  2. Untuk majlis akad nikah, warna lembut seperti krim atau putih adalah pilihan terbaik. Tampak suci dan menawan.
 
  1. Sekiranya layah yang digayakan sarat dengan hiasan jemeki atau batu permata, mini telekung atau tudung yang dipakai mestilah ringkas, polos dan tidak perlu ada hiasan.

  2. Hiasan di layah juga seharusnya tidak terlalu sarat kerana ia akan membuatkan bahagian kepala dan wajah anda serabut. Ingatlah ‘less is more’.


    Photo : Tudungpeople.com

 
  1. Sekiranya ingin memakai tiara, elakkan menggayakan tiara kecil atau separuh kerana ia akan kelihatan janggal untuk pengantin bertudung.
 
  1. Jika anda ingin menghias layah dengan renda pastikan memilih renda yang berbunga kecil. Elakkan memilih renda berbunga besar kerana ia membuatkan bentuk wajah anda tidak seimbang.

  2. Pemilihan batu permata atau jemeki juga perlu diambil kira. Elakkan memilih batu permata atau jemeki terlalu sarat. Hiasan yang sarat akan membuatkan diri anda tidak ubah seperti penari gelek.


    Photo: imanabdulrahim.com


  3. Sekiranya majlis pernikahan diadakan di masjid, elakkan fesyen yang keterlaluan, bagi menghormati tempat dan juga majlis yang suci itu, eloklah jika tudung yang dikenakan, tampak sopan dan ayu. Selain itu, pemilihan layah pula mestilah lebih panjang dan menutup bahagian pinggul.
 
  1. Warna-warna pilihan majlis pernikahan adalah seperti putih mutiara, biru ais, krim, kelabu lembut, biru tirus, ungu kundang lembut dan merah jambu. Majlis pertunangan dan persandingan tidak banyak beza dari segi cara pemakaian tudung. Ia bergantung kepada pasangan untuk kelihatan anggun dan ayu sebagai pengantin Muslimah.
 
  1. Gaya tudung juga mengikut kesesuaian bentuk muka dan warna kulit pengantin. Warna-warna pilihan untuk majlis persandingan ialah kelabu, biru gelap, coklat, hijau lumut, hijau pucuk pisang, ungu nila (lavender), merah dan hitam serta merah dan putih.

Artikel asal : Felorrascarf 

****Pssst…! Kalau nak cari doorgift yang eksklusive lagi elegan boleh lah survey di REEM DOORGIFT ya.

KLIK SEKARANG! https://reemdoorgift.com 

15+ DIY Pelamin Tunang & Sanding Yang Simple

Berikut merupakan idea DIY Pelamin yang boleh dirujuk untuk menghias pelamin pada hari bahagia anda dengan harga yang jauh lebih murah.

1. Pelamin Bertemakan White Garden

 
Foto kredit: FB Milo Tabur Viral

 
Foto kredit: FB Milo Tabur Viral


Foto kredit: FB Milo Tabur Viral

2. Pelamin berlatarkan tema pink dan putih



Foto kredit : Pinterest.com

3. Hiasan yang simple tapi nampak elegant dengan gabungan putih dan merah


Foto kredit : Pinterest.com

4. Pelamin bertemakan gabungan warna pastel


Foto kredit : Pinterest.com

5. Menggunakan kayu pallet sebagai bahan asas.


Foto kredit : Pinterest.com

Artikel asal : Viramon

***Ha, sekarang dah dapat sedikit idea untuk buat pelamin impian kan.
Sebelum itu, pasangan yang bakal berkahwin juga perlu mencari doorgift untuk majlis anda nanti. Anda tak perlu susah cari kerana kami ada doorgift yang anda mahu! Harga yang berpatutan taw 🙂

Mari dapatkan doorgift dengan kami 🙂

KLIK SEKARANG! REEMDOORGIFT