7 tips merancang majlis hari jadi anak yang simple di rumah

by shima

Kalau anda nak buat majlis yang simple simple saja di rumah, jom baca 7 tips persediaan ini untuk memudahkan kerja anda:

 

#1 Persiapan majlis hari jadi anak: Dapatkan jumlah undangan

      

Siapa yang perlu anda undang? Fikir benda itu awal-awal. Selepas itu barulah anda boleh dapatkan jumlah tetamu yang nak datang.Mungkin anda jemput keluarga kawan baik anda. Berapa ramai satu keluarga? 4 orang?

 

#2 Buat kira-kira

                                                        gambar:google

Selepas mendapatkan anggaran tetamu yang nak datang, bolehlah anda mula menulis kira-kira. Buat bajet untuk semua persiapan agar anda tidak membazir. Persiapan jenis apa yang anda perlukan? Lihat tips nombor #3 dan #4.

 

#3 Pilih waktu dan hari yang sesuai

                                                                                                             

                                                     gambar:google

Majlis hari jadi anak mungkin tidak disambut betul-betul pada tarikh lahirnya. Anda boleh pilih hari minggu jika mahu lebih ramai tetamu datang.

Tapi jangan lupa untuk pilih waktu yang bersesuaian juga. Kalau anak anda masih kecil, janganlah sambut ia pada waktu malam. Nanti meragam pula budak itu!

 

#4 Pilih tema dan warna majlis

                                                     gambar:google

 

Ini bergantung kepada kreativiti anda. Anda boleh buat DIY, atau membeli perkakas, perhiasan dan permainan untuk majlis di kedai-kedai hadiah hari jadi. Warna yang selalu digunakan seperti biru, oren, merah jambu dan warna-lembut. Tema pula bergantung kepada apa yang diminati anak. Mungkin tema Hello Kitty atau Minion?

#5 Pilih dekorasi dan perhiasan untuk majlis

                                                               gambar:google

Walaupun simple, tapi majlis hari jadi anak itu mungkin kelihatan lebih meriah dan cantik dengan pemilihan dekorasi yang sesuai.

Alah, ibu-ibu tak payah bersusah pun. Cukuplah sekadar memilih belon atau bunga-bunga untuk disusun bagi menarik.

 

#6 Tentukan makanan dan kek hari jadi
                                                gambar:google

 

Pesan kek yang bersesuaian dengan tema. Pertimbangkan juga jumlah tetamu sebelum beli kek – melainkan anda sediakan makanan tambahan lain.Kalau makanan untuk tetamu, anda nak memasak sendiri atau beli dari luar?

#7 Baju special untuk anak

                                                      gambar:google

 

Oleh sebab hari inikan hari special untuk anak, tak salah jika anda menghiaskan agar lebih menarik.

Tak payah beli baju baru pun tak mengapa. Mungkin anda sekeluarga boleh pakai sedondon? Itupun sudah cukup comel!

Semoga dengan tips yang kami beri ini, sambut hari jadi anak anda berjaya dilangsungkan!

Sumber artikel : theasianparent

 

 *Kalau nak cari doorgift untuk majlis birthday anak yang unik dan comel-comel, tak perlu susah-susah. Boleh survey-survey dkt Reem Doorgift ya. Kami menawarkan doorgift yang unik dan berguna sesuai dgn event anda 🙂

     

 

 

 

 

 

 

 

Idea Doorgift Yang Menarik untuk Majlis hari jadi

by shima

Hari Lahir, Hari Jadi atau Birthday Party mempunyai sentimental value yang tersendiri. Ada di antara kita yang menyambut hari lahir pada setiap tahun. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, pasti mahu membuat persiapan sambutan hari lahir si kecil dengan meriah bukan?

Jom kita lihat idea-idea doorgift majlis hari lahir yang menarik:

1.Pen Kapsul

2. Pen Gold


3. Kotak Pensil Batik / Spiral


4. Penanda Buku


6. Beg Zip


7. Kipas Anyam

Menarik bukan doorgift-doorgift di atas ni. Unik dan menarik betul 🙂 tak dapat di tempat lain taw 🙂
Jadi apa tunggu lagi, jom dapatkan doorgift ni dengan kami!