2 Jenis Doorgifts yang Bermanfaat untuk Kegunaan Harian

Ramai yang akan menjadi tuan rumah mengadakan pelbagai majlis dan acara seperti majlis perkahwinan, majlis aqiqah, majlis makan malam dan sebagainya dan sebagai tanda penghargaan kita kepada mereka yang sudi hadir ke majlis kita, salah satu item yang perlu diambil kira dalam checklist kita adalah cenderahati atau door gift.

Terdapat pelabgai jenis door gift yang boleh didapati di pasaran namun ramai yang lebih tertumpu untuk mencari dan memilih kedai-kedai cenderahati yang murah, unik dan yang paling penting bermanfaat untuk digunakan oleh penerima cenderahati tersebut.

Semestinya door gift yang ingin diberi itu dihargai dan digunakan sepenuhnya kerana ia menjadi salah satu tanda pada tarikh bersejarah dan yang paling diingati. Oleh itu, pihak Reemdoorgift mempunyai beberapa idea dan contoh door gift yang berguna, bermanfaat, unik dan berpatutan yang patut dimiliki oleh tetamu yang hadir ke majlis anda.

Antara door gift yang unik dan bermanfaat untuk kegunaan seharian adalah:

  • Bulu ayam mini
  • Kipas batik

1) Bulu ayam mini

Door gift bulu ayam ini merupakan door gift yang unik dan bermanfaat. Kegunaan utama bulu ayam ini adalah sebagai pembersih habuk. Ia boleh digunakan untuk membersihkan habuk di mana sahaja terutamanya di rumah, pejabat dan juga di kereta. Jadi, jika door gift seperti ini diberi kepada tetamu yang hadir, pasti ia tidak akan dibuang begitu saja malah akan digunakan sebaiknya.

Bulu ayam mini yang di sediakan oleh pihak Reem Doorgift ini sangat berguna dan senang digunakan kerana saiznya yang kecil sesuai untuk dibawa dan disimpan di mana-mana sahaja. Dengan warna bulu ayam yang sangat menarik dan sesuai diletakkan dan dijadikan perhiasan rumah. Door gift bulu ayam ini juga siap dengan packaging kotak supaya kelihatan lebih kemas dan eksklusif. Details mengenai door gift bulu ayam mini seperti yang dibawah:

Bulu ayam mini
Bulu ayam mini
  • Door gift bulu ayam mini (berserta packaging box)
  • Saiz box: 30cm, seperti pembaris panjang
  • Hanya RM3.00/unit dengan tempahan minimum sebanyak 100 unit
  • POS PERCUMA (semenanjung) untuk tempahan 500 unit dan ke atas

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi +013 304 3759.

 

2) Kipas batik

Kipas batik adalah antara salah satu door gift yang unik dan bermanfaat untuk para tetamu yang hadir. Door gift ini sangat sesuai digunakan bukan sahaja ketika cuaca panas, malah sesuai untuk dijadikan sebagai hiasan rumah dan pejabat. Kipas batik ini juga boleh diletakkan di dalam kereta sebagai hiasan yang lebih unik dan menarik. Yang paling penting, door gift ini sangat jimat dan berpatutan sesuai dengan mereka yang mempunyai bajet yang sederhana tetapi inginkan door gift yang unik dan bermanfaat.

Kipas batik yang di sediakan oleh Reem Doorgift terdapat dalam 3 saiz yang berbeza iaitu saiz super jumbo, saiz jumbo dan saiz kecil mengikut kehendak dan citarasa pembeli. Corak yang ditawarkan jugak terdiri daripada pelbagai jenis corak batik dan floral yang unik dan kontemporari. Details mengenai door gift kipas batik adalah seperti dibawah:

Kipas Batik pelbagai saiz
Kipas Batik pelbagai saiz
  • Door gift kipas batik
  • Terdapat dalam 3 saiz iaitu : Saiz kecil – 19.5 cm, saiz jumbo – 20.0 cm dan saiz super jumbo – 27.0 cm (saiz diukur mengikut jejari (radius)).
  • Packaging terdapat dalam bentuk uncang net
  • Harga untuk setiap kipas batik:

Saiz kecil – RM1.60/unit dengan tempahan minimum sebanyak 100 unit

Saiz jumbo – RM1.90/unit dengan tempahan minimum sebanyak 100 unit

Saiz super jumbo – RM3.00/unit dengan tempahan minimum sebanyak 100 unit

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi +6013 304 3759.

Packaging Doorgift Yang Menarik

Terdapat pelbagai jenis packaging doorgift untuk menyerikan majlis anda. Semahal mana pun doorgift anda, jika tidak dilengkapi dengan packaging yang menarik, pasti tidak dapat meningkatkan seri doorgift tersebut. Doorgift anda akan kelihatan lebih menarik dan eksklusif dengan pemilihan packaging yang tepat ! Kami akan menyesuaikan keperluan anda berdasarkan bajet yang anda peruntukkan.

 

Berikut adalah jenis-jenis packaging menarik yang boleh diperoleh di Reem Doorgift :

1) Plastik Berbentuk Tabung

handkerchief beraneka warna berbentuk silinder yang jimat lapik meja bujur

Packaging seperti plastik berbentuk tabung ini sangat sesuai dipadankan dengan kain tuala yang bervariasi. Tambahan pula, plastik tabung itu mempunyai corak tersendiri yang menaikkan lagi seri kain tersebut. Tuala tabung berkualiti tinggi, tebal dan lembut sesuai untuk pelbagai kegunaan dan semestinya merupakan #doorgiftbermanfaat untuk majlis anda.

2) Kotak Plastik

reemdoorgift-39 small size-25

Kotak plastik sangat sesuai dengan doorgift yang mempunyai pelbagai bentuk dan saiz. Ianya mampu memberikan kekemasan dan menampakkan doorgift tersebut lebih menarik. Selain itu, bahan aksesori seperi reben dan sticker boleh ditambah untuk menampakkan lebih comel dan kreatif serta mudah dibawa.

3) Kotak Songket

reemdoorgift-63  bekas doorgift kotak songket

Kebiasannya tuan rumah memberi gula-gula ataupun bunga telur kepada para tetamu. Untuk menampakkan doorgift anda ada ciri-ciri klasik dan keunikan yang tersendiri, kami bawakan anda kotak songket yang beraneka corak dan bentuk. Material songket yang digunakan menghasilkan finishing yang kemas dan tersendiri. Anda juga boleh menggunakan kotak songket ini untuk menyimpan kerongsang atau fungsi-fungsi lain.

4) Undangan Buluh 

 reemdoorgift-28 reemdoorgift-30

Selain kad undangan yang dicetak dari kertas biasa, undangan buluh juga boleh diberikan para tetamu. Undangan buluh ini mempunyai ciri-ciri yang menarik dan unik. Undangan buluh bukan sahaja boleh dijadikan sebagai kad undangan, malah ianya juga boleh dicetak mengikut kehendak pelanggan. Sebagai contoh, ianya boleh dicetak sebagai kalender untuk kegunaan tetamu anda.

4 Tips Memilih Idea Doorgift Kahwin Yang Disukai Ramai

Kami ada 4 tips penting dan super power untuk pemilihan idea doorgift kahwin dalam sesebuah majlis perkahwinan.

(sambungan kepada post kami yang lepas iaitu : Tips Memilih Doorgift Cenderahati Untuk Majlis Perkahwinan Anda)

Majlis perkahwinan ialah sebuah majlis yang paling dinantikan bagi pasangan pengantin sama ada perkahwinan kali pertama, kedua, ketiga atau seterusnya.

Untuk sebuah majlis yang akan mencantumkan dua belah hati ini, semua pihak pastinya menginginkan yang terbaik. Antara elemen penting dalam sesebuah majlis ialah doorgift untuk tetamu.

tips idea doorgift kahwin

 

  1. Pilih Idea Doorgift Kahwin yang bersesuaian dengan tema majlis anda

Kebiasaannya, doorgift kahwin untuk sesebuah majlis perkahwinan adalah berbentuk cenderahati berkotak. Untuk menambahkan lagi keseriaan atau keunikan doorgift anda, sangatlah disyorkan untuk memilih doorgift yang bersesuaian dengan tema majlis perkahwinan.

Contohnya, jika perkahwinan anda bertemakan ala-ala suasana Arab (mungkin anda dan pasangan berkenalan di arab Saudi), cubalah carikan doorgift kahwin yang sangat menarik dari keunikan Negara Arab.

Sebagai contoh, mungkin anda boleh jadikan minyak atar sebagai doorgift untuk tetamu yang hadir. Adalah tidak munasabah jika perkahwinan anda bertemakan Arab, dan doorgift yang diberikan bertema Alice in the Wonderland. Betul tak?

gula-gula arab doorgift kahwin
Kalau tema arab, mesti teringat gula-gula arab ni. Ramai juga yang buat sebagai doorgift kahwin!

 

 

 

  1. Cari supplier Doorgift Kahwin yang menawarkan harga rendah dan berpatutan

Untuk membeli doorgift dengan harga yang berpatutan, digalakkan bagi setiap pasangan untuk membuat survey lebih awal keatas pengeluar-pengeluar yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

Disarankan kepada anda untuk membuat bajet kewangan dan analisis bilangan tetamu yang akan hadir terlebih dahulu sebelum membuat tempahan doorgift supaya tidak berlaku lebihan bajet.

Jika pandai mencari supplier, insya-Allah anda akan mendapat harga yang terbaik dan jika pandai berurusan, mungkin anda boleh mendapat doorgift tambahan secara percuma.

Bacalah selawat dan hembus-hembuskan pada muka pengeluar yang sedang berurusan dengan anda, boleh jadi anda tidak perlu membayar sesen pun untuk tempahan anda. Hehe. Kata orang, tuah ayam nampak di kaki. Tuah pengantin siapa yang tau?

 

Kami di ReemDoorgift sentiasa menawarkan harga rendah dan berpatutan, sesuai dengan tema kami :

Affordable, Unique, Useful.

 

 

  1. Pilih Doorgift Kahwin yang tahan lama

Kebanyakan doorgift yang diberikan kepada tetamu selepas majlis perkahwinan biasanya akan dibuang.

Anda pun mesti pernah buang juga kan?

Untuk mengelakkan doorgift anda dari menjadi kawan kepada sampah sarap yang lain, pastikan anda memilih doorgift yang tahan lama dan sesuai untuk dijadikan hiasan di dalam rumah atau boleh diletakkan di dalam kereta.

Anda sudah memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk doorgift kepada tetamu dan sangatlah menyakitkan jiwa, raga dan batin, jika doorgift kahwin yang anda berikan kepada tetamu dibuang begitu sahaja.

Pastikan tetamu anda merasa bersalah untuk membuang doorgift anda yang sangat luar biasa!

 

 

 

  1. Doorgift Kahwin 3 dalam 1

Fikirkan! Fikirkan bagaimana doorgift kahwin yang akan anda berikan kepada tetamu dapat menyelesaikan masalah mereka dari banyak sudut.

Maknanya, selain berfungsi sebagai doorgift, pastikan doorgift anda turut berfungsi dalam aspek lain contohnya, jika anda memberikan tuala kecil sebagai doorgift, tuala tersebut boleh dijadikan kain pengelap cermin tingkap di rumah nenek juga atau mungkin, boleh dijadikan sapu tangan untuk adik ke sekolah.

Banyak fungsinya bukan? Inilah antara cara terbaik untuk menambahkan peranan doorgift anda kepada tetamu yang hadir.

 

 

Jangan lupa untuk lihat pelbagai Doorgift Kahwin yang Unik Lagi Berguna yang Disukai Ramai di Reem Doorgift.

Klik Sini untuk mula pilih >> Reem Doorgift

 

 

Apapun doorgift yang anda pilih, pastikan ia menjadi satu cenderahati dan kenangan terbaik dari anda kepada tetamu untuk menghargai kedatangan mereka ke majlis bahagia anda.

Biar mereka tidak tidur malam kerana terharu dengan buah tangan yang kreatif, luar biasa dan sangat unik! Jangan lupa untuk mengundang kami ke majlis anda, supaya kami dapat menjadi saksi keunikan doorgift anda!

Buat pilihan terbaik dan selamat berbahagia hingga ke syurga!

 

Jom baca juga >>8 Idea Membuat Doorgift Perkahwinan Mudah & Murah (DIY Doorgift)

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda ya!

Klik butang “SHARE” di bawah, terima kasih 🙂

From inside, rather than interpreting events have a glance at the website from a perspective distant in time and space

4 Pilihan Sarung Kotak Tisu Sebagai Cenderahati Majlis

Kadang-kadang kita buntu untuk mencari jenis doorgift apa nak bagi tetamu pada majlis perkahwinan nanti. Selalunya bagi biskut, jug air, bekas makanan dan semestinya anda mahukan doorgift yang berguna tetapi lain dari yang lain, contohnya sarung kotak tisu yang boleh dijadikan sebagai perhiasan berguna di rumah tetamu.

Istimewanya memberi kotak tisu dan sarung kotak tisu sebagai doorgift ialah menunjukkan majlis perkahwinan anda itu unik serta menunjukkan doorgift anda itu serba guna.

Contohnya, dapat menghiasi kotak tisu di ruang utama rumah tetamu dan menghiasi bilik mereka dengan kotak tisu dari majlis perkahwinan anda serta dapat menjimatkan kos doorgift anda dengan pembelian pada harga yang berpatutan.

Dan semestinya, mereka akan terkenangkan majlis anda yang mereka hadiri, setiap kali melihat sarung kotak tisu anda.

ReemDoorgift,  sebuah syarikat doorgift yang bertemakan “Affordable, Unique, Useful” ada menyediakan beberapa jenis pilihan Sarung Kotak Tisu bukan sahaja cantik dan menawan, malah unik, berbaloi dan pada harga berpatutan.

 

1. Tempat Tisu Satin Berbutang

tempat-tisu-satin-butangSumber: Klik Sini.

Gaya mewah dan elegan dari Sarung Kotak Tisu Satin Berbutang ini menjadi ia lebih menarik perhatian tetamu serta keunikkannya, ia boleh direka dengan hiasan kotak mika serta riben mengikut citarasa penempah.

Doorgift ini boleh ditempah di ReemDoorgift untuk pelbagai warna atau mahu campurkan warnanya serta pada harga yang berpatutan. Terdapat hiasan butang pada tempat tisu ini sebagai kemudahan pengguna untuk memasukkan kotak tisu atau tisu sahaja.

Harga dan bilangan tempahan:

  1. 100 – 399 pcs : RM 1.80
  2. 400 – 999 pcs : RM 1.70
  3. 1000 ke atas : RM 1.50

*harga tidak termasuk hiasan/cetakan

 

2. Sarung Kotak Tisu Songket (Half dan Full)

sarung-kotak-tisu-songket full-68-300x300 sarung-tisu-span-songket

Sumber: Klik Sini

Untuk Sarung Kotak Tisu Songket ada 2 jenis, jenis Half Songket iaitu corak songket terletak di tengah sarung kotak tisu dan Full Songket ialah sarung kotak tisu bercorakkan songket sepenuhnya.

Gaya seperti ini sesuai untuk majlis yang berkonsepkan klasik moden serta dapat menunjukkan doorgift anda unik dan bercorakkan tradisional. Jangan risau, ia juga di jual pada harga berpatutan.

Harga dan bilangan tempahan:

Half                                                    Full

100 – 399 pcs : RM 2.30              100 – 399 pcs : RM 3.00

400 – 999 pcs : RM 2.20              400 – 999 pcs : RM 2.90

1000 ke atas : RM 2.00                 1000 ke atas : RM 2.70

*harga tidak termasuk hiasan/cetakan

 

 

 

3. Kotak Tisu Tikar Mini

sarung-kotak-tisu-tikar

Sumber: Klik Sini

Kotak tisu ini sesuai untuk meletak tisu poket kerana ia hanyalah mini/kecil. Harga kotak tisu pasti membuatkan tetamu anda terpegun. Design yang sangat kreatif tempat tisu yang berwarna-warni dan diperbuat daripada kayu/tikar.

Jahitan yang rapi serta hiasan bunga yang dilekatkan pada kotak tisu mini ini jelas memberikan sentuhan indah. Kotak tisu berlandaskan konsep “simple dan kreatif”. Ia jugak merupakan kotak tisu yang termurah dan kualiti terbaik dari ReemDoorgift.

Harga dan tempahan

  1. 100 – 399 pcs : RM 1.50
  2. 400 – 999 pcs : RM 1.40
  3. 1000 ke atas : RM 1.20

* harga tidak termasuk hiasan/cetakan

 

4. Kotak Tisu Mengkuang

sarung-kotak-tisu-mengkuang

Sumber: Klik Sini

Kotak tisu ini diperbuat daripada anyaman mengkuang. Mempunyai saiz: 10cm x 8cm x 4cm. Sesuai untuk mereka yang bertemakan tradisional dan klasik pada majlis perkahwinan.

Harga dan tempahan

  1. 100 – 399 pcs : RM 1.90
  2. 400 – 999 pcs : RM 1.80
  3. 1000 pcs ke atas : RM 1.70

* harga tidak termasuk hiasan/cetakan

 

 

Dan banyak lagi jenis sarung kotak tisu yang anda boleh pilih dari ReemDoorgift.

Untuk lihat semua, anda boleh KLIK LINK INI : Sarung Kotak Tisu ReemDoorgift.

 

Jika anda ingin melihat dan ingin tahu tentang barang-barang lain serta pelbagai jenis doorgift yang lain, anda boleh melawat di laman web www.reemdoorgift.com untuk meluaskan lagi pencarian serta pilihan yang sesuai untuk majlis perkahwinan anda.

Meriahkan majlis anda dengan doorgift dari kami yang mampu milik, unik dan berguna.

Kongsikan kecantikan dan pilihan cenderahati sarung kotak tisu ini pada keluarga dan rakan-rakan anda, dengan klik pada butang kongsi di Facebook/Whatsapp yang ada di bawah ini. 🙂

 

Tips memilih doorgift cenderahati untuk majlis perkahwinan anda

Cenderahati perkahwinan atau doorgift merupakan sesuatu yang utama dalam majlis perkahwinan. Oleh itu, doorgift yang menarik, bermanfaat dan unik biasanya boleh membuatkan sesuatu majlis perkahwinan tersebut menjadi satu kenangan yang bermakna oleh para tetamu yang hadir. Doorgift yang diberikan kepada para tetamu juga menunjukkan penghargaan daripada pihak tuan rumah di atas kehadiran mereka ke majlis perkahwinan.

doorgift murah unik berguna, doorgift tuala aiskrim
doorgift tuala aiskrim

Beberapa bulan sebelum majlis perkahwinan, pengantin lelaki dan pengantin perempuan boleh lah mencari masa berbincang untuk membeli doorgift yang sesuai dengan bajet.Anda juga boleh mendapatkan pandangan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan anda,kerana secara tidak lansung, mereka juga antara tetamu yang datang. Jadi, tidak salah untuk kita mengetahui citarasa mereka. Anda dan pasangan anda juga boleh memberi pandangan masing-masing dalam memilih doorgift agar timbul kata sepakat di dalam membuat keputusan membeli doorgift. Pilih lah doorgift yang dapat dikenang oleh tetamu serta doorgift yang menggembirakan tetamu.

doorgift kotak songket, doorgift murah unik
doorgift kotak songket.

Sekiranya anda mencari doorgift untuk tetamu yang ramai dan tidak mahu terlepas bajet,bolehlah mencuci mata dengan doorgift murah yang kami sediakan. Selain murah, doorgift yang kami sediakan juga sangat berguna dalam kehidupan kita, dan ia boleh disimpan untuk jangka masa yang panjang. Doorgift-doorgift yang kami sediakan juga boleh didapati dengan harga yang berpatutan dan pastinya tidak melepasi bajet anda.

Antara doorgift murah lain yang kami ada adalah :

doorgift kahwin unik murah, doorgift ketip kuku
doorgift ketip kuku
doorgift murah unik berguna, doorgift kalendar
doorgift kalendar abadi
doorgift murah unik, senduk kayu
doorgift senduk kayu

 

Herself from the attributed source, indicating she shares no responsibility https://pro-essay-writer.com for australias

Tips Untuk Mencari Cenderahati Perkahwinan Yang Terbaik

Di dalam pasaran pada hari ini, banyak cenderahati perkahwinan yang boleh dibeli untuk dihadiahi kepada tetamu jemputan majlis anda. Tetapi jikalau anda singah di kedai-kedai yang menjual
cenderahati perkahwinan, cenderahati yang anda temui itu kebarangkalian pernah digunakan oleh orang lain adalah sangat tinggi. Di sini, ada beberapa tips yang boleh dijadikan rujukan anda untuk membeli cenderahati yang bukan sahaja disukai oleh tetamu jemputan anda malah ia dapat menjimatkan wang anda.Pertimbangkan Cenderahati Perkahwinan yang sesuai diberikan kepada tetamu.

Pertama sekali, anda perlu pertimbangkan pada musim apa anda mengadakan majlis perkahwinan dan tema yang anda bakal gunakan. Jikalau anda mengadakan majlis perkahwinan di tepi laut pada musim panas, maka sudah pastinya anda perlu sediakan cenderahati perkahwinan yang berkaitan dengan cuaca panas pada masa itu. Anda sudah pasti tidak akan memberi kotak gula-gula untuk tetamu anda yang  berada di tepi laut. Sebaliknya payung, tuala atau kipas yang ditempah khas digunakan untuk tujuan tersebut.

images (1) images (2) images7-150x150

Kedua, ada banyak benda yang mampu menunjukkan keperibadian pengantin baru. Jika pasangan baru mempunyai sel artistik yang tinggi, mereka boleh mereka cipta kad sebagai cenderahati. Kad ini boleh dihiasi dengan reben satin yang dianyam dengan anyaman khas seperti bunga ros dan ditambah buckle yang berbentuk hati pada setiap anyaman tersebut. Ini pasti merupakan cenderahati perkahwinan terbaik yang pernah diterima oleh semua tetamu.

PASTIKAN ANDA TIDAK BELANJA TERLALU BANYAK DALAM CENDERAHATI PERKAHWINAN

Seterusnya, untuk memastikan anda tidak menghabiskan wang yang terlalu banyak dalam pembelian cenderahati perkahwinan, anda patut membuat tinjauan harga jualan di kedai-kedai yang berdekatan. Penyemakan dan perbandingan harga juga patut dilakukan melalui internet. Transaksi hanya dibuat jika anda yakin harga yang ditawarkan oleh pembekal adalah terendah. Terdapat ramai pembekal yang beroperasi menggunakan internet. Anda boleh merujuk kepada reemdoorgift.com yang menawarkan cenderahati perkahwinan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.

Selamat Mencuba!

 

Senarai Doorgift Perkahwinan Murah

Assalamualaikum wbt…

Orang kata kalau DIY doorgift lagi murah berbanding tempah siap. Tapi bergantung kepada jenis doorgift juga. Kadang-kadang bila kita bandingkan harga lepas dah siap doorgift DIY dengan doorgift yang tempah siap tu, lebih kurang sama je harga. Jangan lupa apabila kita buat sendiri, masa dan tenaga tu yang terasa sangat berbanding tempah siap.

Walaubagaimanapun, kami di Reem Doorgift ini menyediakan doorgift/cenderahati perkahwinan yang murah dan mematuhi budget perkahwinan anda. Apalagi kalau doorgift ini sangat berguna, dikenang dan tidak dibuang sahaja oleh tetamu anda nanti. Menarik kan?

Antara doorgift murah yang kami ada:

senduk sarina2012-07-09 18.13.46 download (3) SGT 86 SO

 

 

Gambar yang pertama itu ialah Senduk Kayu. Memang agak pelik tapi bukan pelik yang tak ada guna. Inilah dinamakan doorgift yang berguna dan unik. Gambar yang kedua itu pula, Kipas Bercorak Batik. Seterusnya ialah Pemotong Kuku Kura-Kura yang pasti tetamu tidak akan buang. Kualiti tip top dan tidak rugi  jadikan ia sebagai doorgift perkahwinan. Dan yang terakhir sekali ialah Set Sudu dan Garfu yang tentunya unik dan murah untuk dijadikan cenderahati perkahwinan anda.

Ada juga doorgift islami seperti ini:

images download (11) download (12)

 

Mini Sejadah ini harga sangat murah kalau nak dibandingkan kalau beli di luar.  Tasbih budget pun kami ada sediakan. Mini Mat’surat ini memang anda sangat mampu untuk miliki dan jadikan sebagai doorgift majlis anda.

Jadi pokok pangkalnya, terpulang kepada anda yang membuat keputusan. Kalau rasa nak murah, tidak kisah penat dan ada tenaga kerja yang boleh membantu, DIY je. Tapi kalau rasa nak murah, berguna dan yang paling penting senang, jenguk sebentar www.reemdoorgift.com. Semuanya di hujung jari anda saja.

Cenderahati Doorgift Kahwin Towel Cake

TCM muffin

 

Jika kita tinjau dimajlis-majlis perkahwinan yang dihadiri, memang pelbagai tema dan bentuk cenderahati yang kita temui. Ada cenderahati unik berupa kantungan kecil makanan, bahan seramik, sapu tangan, CD Nasyid, minyak wangi, tasbih, bunga telur, kotak ukiran kayu dan banyak lagi dari doorgift murah sehinggalah semahal-mahalnya..

 

Untuk mendapatkan cenderahati yang tidak kurang menariknya ialah towel cake yang berbagai design. Design / motif makanan adalah paling di gemari.  Warna-warni, warna yang ceria, design yang Yummy spt yang sebenar memeriahkan lagi majlis.

 

Bahagian yang paling best adalah its calorie free.. Hehe Hadiah yang sesuai sebagai doorgift unik dan berguna untuk majlis perkahwinan dan cukur jambul, dan banyak lagi..

 

Material adalah gabungan antara kain towel cotton, kertas/kad, hiasan riben organza, bekas plastik, straw. Semua towel cake adalah siap dalam kemasan mika dan riben kecuali TCM lollipop (dalam kemasan plastik kawat emas).

Senarai Bajet Perkahwinan yang Penting dan Perlu untuk Pengantin Lelaki

 

Senarai budget disediakan bagi memastikan setiap pengantin lelaki, tidak dibebani kos tersembunyi. Setiap kos yang ditulis bagi memastikan pengantin lelaki mempunyai duit yang mencukupi, dan tidak perlu berhutang. Ia membantu kita mendisplinkan diri dan keluarga supaya tidak membelanjakan di luar kemampuan kita.

Sebelum membuat senarai, kita perlu melihat kembali syarat-syarat sah nikah. Sebenarnya, banyak perbelanjaan yang tidak perlu. Hadkan belanja kahwin kepada perkara yang penting sahaja.

Rukun nikah adalah :
1. calon suami : Lelaki
2. Calon isteri : Perempuan
3. Wali
4. Dua orang saksi
5. Ijab & Kabul : Akad

Syarat untuk Suami :
1. Beragama Islam
2. Lelaki
3. Bukan mahram dengan bakal Isteri
4. Kemahuan sendiri bukan dipaksa. Tidak Sah sekiranya perkahwinan dipaksa.
5. Jelas siapa orangnya
6. Tidak berada dalam ihram haji
7. Tidak mempunyai isteri lebih dari 3 orang

Syarat untuk Isteri :
1. Beragama Islam
2. Perempuan
3. Bukan mahram dengan bakal suami
4. Tidak berada dalam idah
5. Bukan isteri orang
6. Kemahuan sendiri dan Merdeka
7. Jelas siapa orangnya
8. Tidak berada dalam ihram haji.

Syarat-Syarat Mahar / Mas Kahwin :
1. Harta yang diberikan itu adalah bernilai/berharga
2. Benda yang diberikan perlu bersih; bukan najis
3. Harta yang diberikan bukan harta rampasan
4. Harta untuk mas kahwin perlu jelas bendanya ataupun jumlahnya

Syarat sah nikah dalam islam sungguh mudah dan murah. Kita lebih memerlukan duit selepas berkahwin. oleh itu, cukup sekiranya jumlah belanja untuk perkahwinan memenuhi keperluan hukum Allah.

Berikut adalah senarai budget yang ideal untuk Pengantin Lelaki Muslim :-

BilPerkaraWajibX PerluApabila mempunyai DuitBajet

(RM)

1Yuran Kusus pra perkawinan®  80-100
 Yuran kursus pengurusan kewangan keluarga®  100-150
2Cincin ketika merisik/ bertunang  ®150-500
 Kad Jemputan kenduri Kesyukuran  ®100-150
 Setem untuk kad yang di pos  ®30-60
 Set baju untuk akad nikah; baju melayu  ®50-150
 Satu pasang baju kenduri di rumah pengantin perempuan  ®50-150
 3 kain sarung baru  ®20-70
 Bayaran untuk kadi®  80++
 Wang ataupun emas utk mas kahwin®  1000-5000
 Senakskah AQ  ® 
3Cincin kahwin; cincin emas kuning®  350-700
 Wang hantaran ®  
 Sirih Junjung ®  
 Barang kemas spt gelang, cincin, rantai  ®500-2000
 Upah gubahan hantaran ®  
 Telekung dan sejadah sbg hantaran kahwin  ®100-200
 Beg tangan ®  
 Jam tangan ®  
 Kasut ®  
 Baju Kurung  ® 
 Kain ela  ® 
 Vaoucher Spa ®  
 Set alat Solek ®  
 Buah-Buahan ®  
 Kek ataupun coklat ®  
 Potpuri ®  
 Majlis kenduri Kesyukuran    
 Sewa konopi termasuk alas meja & upah Pekerja  ® 
 Set meja makan pengantin termasuk alas meja dan bunga ®  
 Set makan beradab ®  
 Catering  ® 
   ® 
 Kek kahwin ®  
 Upah Deejay ®  
 Penaggah ataupun pelayan majlis ®  
 Pelamin ®  
 Bunga Telur ®  
 Bunga Pahar ®  
 Upah kumpulan Kompang  ® 
 Upah juru andam ®®0-100
 Hiasan bilik tidur ®  
 Gambar dan upah jurugambar ®®100++
 Kos perjalanan rombongan pengantin lelaki pergi dan balik® ® 
 Kos penginapan pengantin lelaki® ® 
 Belanja luar jangkaan    
Jumlah Kos 

Carilah perkahwinan yang diberkati Allah, iaitu mengikuti sunnah Rasulullah.. Perkahwinan yang tidak berlebih-lebihan, tidak bermegah-megah, tidak boros dan tidak menjadikan kenduri sebagai tempat maksiat. Insyaallah mudah-mudahan perkahwinan kita diberkahi Allah =)

Kini terdapat Perancang Perkahwinan Islami yang membawa konsep Patuh Shariah – Sederhana – Berpatutan. Anda bolehlah menghubungi , di www.reemrias.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana merancang perkahwinan anda sehingga ianya mudah & mampu untuk anda.

Petikan daripada buku “Merancang Wang Sejak Jatuh Cinta” by Shamsuddin Kadir & Ain Muhamad, bab 2, 36 dan 37 Da diese arbeit wesentlich krzer ist, als beispielsweise eine bachelorarbeit, muss ein viel engeres themengebiet ausgewhlt essay schreiben werden