7 tempat menarik pilihan jurufoto untuk photoshoot wedding (Outdoor)

7 tempat menarik pilihan jurufoto untuk photoshoot wedding (Outdoor)

Mungkin masih ada yang tertanya-tanya di mana lokasi yang cantik dan rare yang sesuai untuk menjalankan penggambaran luar. Di sini admin akan senaraikan lokasi bagi outdoor photoshoot untuk penggambaran pre-wedding atau post-wedding pasangan raja sehari.

FRIM, Kepong

Forest Research Institute Malaysia atau FRIM terletak di Kepong, Selangor. Banyak pokok-pokok yang cantik, taman botanical dan air terjun yang boleh dijadikan latar belakang gambar. Sesuai bagi mereka yang inginkan gambar ala-ala Twilight gitu. Kamu perlu membayar tiket masuk dahulu jika ingin menjalankan pengambaran di FRIM.

KLIA

Siapa cakap dekat lapangan terbang tak boleh jalankan penggambaran? Lihat saja hasil kreativiti jurugambar dan pasangan pengatin ini. Gambar perkahwinan akan nampak sangat unik dengan adanya kapal terbang di udara. Jangan pula bergambar di tengah-tengah landasan ketika ada kapal terbang yang ingin berlepas ya.

Kellie Castle

Siapa saja yang tidak tahu Kellie Castle kan? Sebuah istana lama yang terletak di Batu Gajah, Perak. Binaan yang bercirikan English ini boleh menjadikan gambar perkahwinan kamu kelihatan klasik dan unik. Jika ingin menjalankan penggambaran di sini, kamu perlu membayar tiket masuk.

Taman SUK Shah Alam

Sebuah Taman Rekreasi yang terletak di Seksyen 5 Shah Alam. Masih ramai  yang tidak tahu akan kewujudan taman ini, jadi amat sesuai untuk menjalankan penggambaran kerana tiada orang ramai lalu lalang. Kawasan persekitaran juga dipenuhi dengan pokok-pokok dan flora yang cantik.

Ladang Teh Cameron Highlands

Kalau nak gambar ala-ala hindustan sambil menari-nari di balik dedaun teh yang menghijau, boleh la ke Ladang Teh Cameron. Cuaca yang sejuk dengan kehadiran kabus pula akan membuatkan gambar perkahwinan seperti berada di luar negara.

Astaka Morroco

Terletak di Presint 1, Putrajaya dekat Taman Botani Putrajaya, Astaka Morocco sesuai untuk gambar ala-ala arabic kerana seni binanya yang berasaskan seni bina Morocco. Dengan ukiran-ukiran di dinding serta pokok-pokok palma disekitarnya membuatkan kamu seperti berada di Morocco. Untuk tujuan penggambaran, kamu perlu membayar yuran masuk.

Eco Majestic

Terletak di Semenyih, Eco Majestic adalah sebuah harta tanah yang dibangunkan oleh Eco World. Bermula dari pintu masuk sudah membuatkan kamu terpukau dengan landskap dan binaannya. Binaan yang berkonsepkan Royal membuatkan kamu seperti berada di alam fantasi Disney Princess zaman kanak-kanak apatah lagi dengan pakaian raja sehari. Pasti gambar perkahwinan kamu akan kelihatan lebih mewah dan elegen.

kredit to ohfesyen

P/s : Dapatkan Pakej Doorgift daripada Reem Doorgift segera sementara stock masih ada!
KLIK SEKARANG REEM DOORGIFT
KLIK SEKARANG REEM DOORGIFT
KLIK SEKARANG REEM DOORGIFT

 

 

 

 



WhatsApp chat