5 Rahsia Cameo yang anda mungkin tidak tahu

Silhouette CAMEO 3 ialah sebuah mesin pemotong yang memberikan anda ruang dan kebebasan untuk memotong segala jenis rekaan anda, tulisan dan bentuk. Ia bukanlah hanya sekadar mesin pemotong yang biasa tetapi ianya merupakan sebuah mesin pemotong yang sangat luar biasa khasnya bagi mereka yang sangat berani mencuba sesuatu yang baru. Lupakan segala alat pemotong yang anda miliki! Tetapi cuba anda bayangkan sesuatu yang jauh lebih baik. Pada akhir pembacaan anda, bersiap sedialah untuk menjadi pakar dalam seni kraf tangan menggunakan Cameo.

Adakah anda bersedia untuk merungkai segala rahsia Cameo?

Scrapbook dan Hiasan Kad

Scrapbook-pic

Dekorasi pada kad dan scrapbook bukanlah sesuatu yang baru tetapi dengan menggunakan Cameo, anda boleh mereka pelbagai jenis rekaan yang sangat menarik. Percayalah, anak anda akan menyukainya.

Pakaian Dan Tekstil

pakaian-1

Cameo juga boleh digunakan untuk memotong hasil kerja pada T-shirt menjadikan rekaan anda tampak mewah dan menarik. Selepas menggunakan Cameo, heat design anda pada t-shirt menggunakan heatpress dan hasilnya cukup mengagumkan.

Pelekat untuk dekorasi

Pernahkah anda tertanya bagaimana pelekat dan juga pelekat dinding direka dan dipotong? CAMEO silhouette 3 akan membantu anda memotong rekaan anda dengan cukup sempurna.

Sampul Surat

sampul

Menarik bukan? Siapa sangka Cameo boleh digunakan untuk menghasilkan koleksi sampul surat yang cantik dan menarik yang boleh dijadikan sebagai tanda cenderahati bagi kaum keluarga, sahabat dan anda juga boleh membuat duit daripadanya.



WhatsApp chat