5 idea hadiah menarik untuk hari guru

Kadang-kadang kelakar juga bila tengok anak murid pening tak tahu nak beli apa untuk cikgu kesayangan mereka. Mana tak nya, dekat sekolah belajar sampai 10 subjek kalau beli hadiah lain-lain takut cikgu pulak yang terasa. Untuk mengelakkan kekeliruan, sebagai ibu bapa kita juga perlu tahu tentang ini. Jadi di sini kami senaraikan beberapa jenis cenderehati yang menarik untuk anda pilih!

 

1. Bekas pemegang pen

 

Ini juga adalah salah satu hadiah yang digemari oleh para pelajar. Kalau yang rajin tu, mesti korang selalu buat D.I.Y kan, tapi sebab cikgu pun ramai borong saja lah untuk semua. Jimat masa, tak payah nak stress fikirkan lagi nak beli apa. Bekas pemegang pen ini juga boleh didapati di Reem Doorgift

 

2. Bunga Ros Kaca

 

 

Memang ada banyak jenis bunga ros yang dijual khas untuk hari-hari penting ni. Tapi bunga kaca ni lagi mahal nak dibandingkan dengan bunga plastik, kononnya sebab dalam bekas kaca ini diisi dengan minyak wangi. Minyak wangi ini boleh dijadikan sebagai freshener dalam bilik ataupun kereta

 

3. Cutting Board ( Papan Pemotong)

 

 

Mencari hadiah yang unik? Di Reem Doorgift ada menjual Cutting Board sempena hari guru ini. Pasti guru-guru akan menyukai hadiah ini kerana ia juga bukan sahaja unik tetapi boleh digunakan untuk kegunaan harian juga.

 

 

4. Fridge Magnet

 

 

Kalau dah buntu tak tahu nak beli apa, magnet lah jawabnya. Bukan saja harganya yang murah, tapi sebab senang nak cari. Boleh kiralah, kalau setiap tahun mesti magnet adalah antara hadiah favourite semua murid!

 

 

5. Penggantung hiasan

 

 

Penggantung hiasan ini sangat menarik dan unik jika diberikan kepada guru dan hadiah ini semestinya juga akan digantung di depan pintu bilik guru. Jadi dengan ini, pasti guru akan sentiasa ingat siapa pemberinya! Penggantung hiasan ini juga boleh didapati di Reem Doorgift

Tak kisah lah walau apa jua hadiah pun, kita semua perlu hargai jasa dan pengorbanan mereka yang telah mendidik kita.

 

P/s : Jom dapatkan cenderehati ‘Happy Teachers Day’ bersempena hari guru ini di Reem Doorgift

 

Leave a Comment