Event planning tips

Hi, selamat pagi semua. Tengah pikir nak buat small/big event. Tapi ada masa ke tak tu? Hurmmm… okay, kita nak share sikit tips/checklist untuk semua dekat luar sana yang nak rancang buat event. Sini kami sediakan beberapa tips untyk buat event anda lebih menarik!

 

1. Tarikh & Masa

Tarikh dan masa yang sesuai tu penting supaya plan korang yang seterusnya berjalan lancar. Kebiasaannya kita pilih hujung minggu di mana tetamu kita boleh hadir.

2. Lokasi

Lokasi ni memainkan peranan sebenarnya dalam penentu tetamu korang akan datang atau tidak. Korang juga kena consider lokasi yang korang nak buat refer kepada bajet masing-masing. Nak lagi jimat, boleh buat dekat rumah. Sewa kanopi dalam 1-2 bajet around RM200-RM300. Bagi yang berkemampuan nak buat tempat yang lebih selesa, atau tak nak menyepahkan dan kemas balik rumah korang tu, boleh consider untuk pilih dewan atau event space. Sekarang ni agak femes untuk adakan sebarang majlis di event space. Berikut adalah senarai event space sekitar Klang Valley.

A. Ruang Shah Alam
B. Ruang Subang Jaya
C. We are House Event Subang Jaya
D. Disenar Event Space Setapak
E. Flat Above Foodsburry Shah Alam
F. Petak Event Space
G. Laman 83 Shah Alam
H. Cabana Event Space Damansara

3. Tetamu

Okay, bab tetamu ni penting dalam menentukan berapa banyak korang kena prepare untuk itu ini. Haa, itu ini macam banyak sangat. Penting! Dalam persediaan makanan, doorgift dan kapasiti tempat majlis anda.

4. Bajet Majlis

Yang ni paling penting sebenarnya.  Bila dah tahu berapa banyak korang willing to spend, dari situ korang dah tahu berapa ramai tetamu jemputan korang, menu makanan, doorgift & kek.

5. Menu Makanan

Bila korang dah cater berapa ramai jemputan, then senang untuk korang listkan menu makanan untuk jumlah tetamu itu. Kena ingat, prepare makanan biar lebih, jangan kurang. Kesian tetamu yang datang balik dgn perut kosong pulak. Korang digalakkan untuk hidang makanan yang orang dewasa and kanak-kanak boleh makan contohnya nasi ayam, bihun, spagetthi. Then sediakan 2 – 3 jenis kuih dah memadai. Masak sendiri kalau boleh untuk lebih jimat. Kalau rasa bajet tu besar, order katering aja lah. Tak payah pikir sapa yang nak basuh pinggan cawan tu nanti.

6. Tema/Warna

Bab tema ni memang excited. Cadangan ini lebih sesuai untuk birthday party. Tema ni lah kita boleh gunakan untuk whole concept birthday party lagi-lagi untuk hiasan candy buffet, doorgift, kek & kad jemputan. Suggestions tema masa sekarang.

For boy:
A. Superheroes
B. Power Rangers
C. Thomas & Friends
D. Mickey Mouse
E. Barney & Friends
F. Robocar Poli
G. Upin & Ipin
H. Boboi Boy
I. Tobot
J. Ultraman
K. Safari Animals
L. Pilot
M. Sailor
N. Minion
 
For girl;
A. Minnie Mouse
B. Hello Kitty
C. Princess Fairytales – Cinderella, Snow White, Rapunzel etc.
D. Frozen
E. Dibo The Gift Dragon
F. Sofea the First Princess
G. Elmo & Friends
H. Didi & Friends
I. Tinkel Bell
J. Rainbow
K. Princess Crown
L. Maria & The Bear
Gambar diambil dari hantaranmurah.com

7. Kek

Kek ni sebenarnya wajib ada untuk majlis korang. Kek pun ada range bajet dia. Homemade cake price around RM100 and above. Yang ni ikut jenis kek apa yang korang nak. Buttercream ke fondant ke macam-macam ada dah sekarang ni. Kek yang cantik adalah kek fondant tapi kek ni sememangnya lah mahal. Paling murah boleh dapat RM180, ikut design macam mana yang korang mahukan. Buttercream ikutkan murah sikit je dari fondant ni tapi masih affordable untuk parents yang teringin kek cantik tapi kurang bajet. Korang juga kena pandai cari bakers yang pandai dalam baking ni. Ada baker yang buat kek buttercream, tapi hiasan menggunakan fondant & figurine. Tapi masih cantik!
Image result for kek fondant hantaran
Gambar diambil dari Pinterest

8. Dessert/Candy Buffet

Candy Buffet ni dah kira macam kewajipan untuk dalam setiap majlis, tak kisah la untuk birtday party, wedding, pertunangan or majlis aqiqah. Jika nak diikutkan, candy buffet ni kita boleh DIY je, lebih jimat kos. Makanan untuk candy buffet ni kita boleh anggarkan 40-50% daripada jumlah tetamu yang bakal hadir. Kadang-kadang, tetamu bukan di kalangan budak-budak saja. Orang dewasa kurang gemar candy ni. Guna pinggan mangkuk korang yang cantik-cantik tu untuk letak atas table then hias. Pemilihan tema haruslah bertepatan untuk kita hias di meja candy ni.

Related image

Gambar diambil dari Pinterest

9. Doorgift

Doorgift ni bab perlu jadi kreatif dan rajin sekali. Bila dah ada tema tu, senang untuk kita buat doorgift refer tema yang kita dah pilih.  Korang juga boleh asingkan doorgift untuk kanak-kanak and dewasa.

Gambar diambil dari Reem Doorgift

 

10. Aktiviti/Entertainment

Untuk aktiviti/entertainment, kita perlu tahu event mana yang sesuai. Bagi majlis perkahwinan, kita boleh sewa PA sistem. Manakala untuk birthday party pula, ibu bapa boleh boleh tempah clown untuk menceriakan suasana di majlis itu

11. Photographer

Photographer ni perlu ke? Perlu kalau korang rasa nak abadikan moment manis korang yang setahun sekali tu. Tapi nak hire photographer untuk cover event ni bukannya murah. Kalau rasa korang sendiri tak sempat nak tangkap gamba waktu birthday tu nanti, minta tolong keluarga terdekat untuk ambil gambar. Tapi rasanya tak perlu risau kot. Mesti ada juga keluarga or kawan-kawan yang ambilkan. Lepas habis majlis, korang minta je dekat kawan-kawan tu. Mesti ada. Confirm!

Jadi dengan tips sebegini, pasti akan membuatkan majlis anda berjalan dengan lancar. Semoga bermanfaat!
P/s : Mencarikan doorgift yang unik berasaskan buluh? Kami ada 2 jenis doorgift yang sesuai untuk anda !
  Undangan Buluh
 Kipas undangan buluh

Leave a Comment