12 inspirasi dan idea untuk ‘door gift perkahwinan yang unik dan istimewa’

Entri kali ini adalah sangat istimewa kerana ianya adalah berkenaan dengan para pengantin. Setiap pengantin pastinya menginginkan kenangan saat hari istimewa mereka diabadikan dengan pelbagai cara istimewa. Salah satunya pastinya dengan menggunakan doorgift. Sudah menjadi satu kemestian kepada setiap para pengantin untuk menyediakan pelbagai jenis doorgift untuk para tetamu. Bahkan para tetamu juga pastinya ternanti-nanti doorgift yang akan diberikan oleh pihak tuan rumah. Kami di DIYPrintingSupply ingin berkongsi dengan anda inspirasi doorgift yang unik untuk majlis perkahwinan anda.

1. Mug

Ini sememangnya merupakan salah satu cara untuk anda mengabadikan kenangan dengan gambar anda tersendiri dicetak pada mug untuk diberikan tetamu.

2. Pinggan Hiasan

Pinggan hiasan juga merupakan hadiah terbaik untuk diberikan kepada tetamu dengan kata-kata serta ucapan terima kasih daripada pihak pengantin kepada para tetamu.

3. Tile Frame

Bagaimana pula tile frame? Pastinya anda pasti akan mendapati bahawa tile frame juga merupakan salah satu doorgift menarik untuk dihadiahkan kepada tetamu. Cuma jaga-jaga mengendalikannya. Jangan sampai pecah.

4. Kotak Simpanan Rokok

Kotak simpanan rokok? Boleh ke dijadikan doorgift kepada tetamu. Itu semua terpulang kepada kreativiti anda.

5. Pelindung Cahaya Matahari

“Wah. pelindung cahaya matahari pun boleh cetak gambar kami?”

Tidak ada masalah. Tahukah anda window sunscreen pun boleh digunakan sebagai doorgift. Anda boleh cetak apa sahaja rekaan diatasnya sebagai kenang-kenangan kepada tetamu anda.



WhatsApp chat