5 idea ‘goodies’ untuk tetamu kanak-kanak yang menarik

Tuan rumah sentiasa berusaha untuk memberikan goodies atau doorgift yang terbaik untuk para tetamu. Ini sebagai tanda penghargaan kepada tetamu yang telah meluangkan masa untuk datang dan bagi menambahkan lagi keceriaan suasana majlis yang diadakan.

Untuk majlis yang berkaitan dengan tetamu kanak-kanak terutamanya, pemilihan goodies juga perlu dititik beratkan. Jika sebelum ini anda menyediakan goodies yang rata-ratanya terdiri daripada makanan ringan dan manisan sahaja, apa kata kali ini anda tukar goodies tersebut kepada sesuatu yang lebih menarik

Usah risau kerana anda masih lagi boleh menyediakan goodies yang menarik lagi-lagi untuk tetamu kanak-kanak dengan merujuk pada idea di bawah ini.

1. Sate buah-buahan

Anda boleh membuat sate buah-buahan dengan menggunakan buah pisang, tembikai, anggur dan lain-lain seperti ini.

Untuk menambahkan lagi keceriaan hidangan ini, gunakan pemotong buah yang pelbagai bentuk. Pasti kanak-kanak akan berebut-rebut untuk mendapatkan sate yang menarik dan berwarna-warni seperti ini.

 

2. Aiskrim 

 

Sesiapa pun gemar makan aiskrim bukan? Dengan ada je ice cream dengan pelbagai perisa dan topping menarik pasti akan membuatkan kanak-kanak teruja. Idea yang sesuai untuk meletakkan ice cream ini adalah di Candy Buffet.

3. Pemotong Kuku Kura-Kura

Cenderahati pemotong kuku ini berbentuk kura-kura. Sangat berguna dan tetamu tidak akan buang cenderahati sebegini Cengkerangnya didatangkan dengan pelbagai warna. Sangat comel dan pasti kanak-kanak menyukainya. Pemotong kuku kura-kura ini boleh didapati di Reem Doorgift

 

4.  Set Sudu Garfu Mini

Set sudu garfu yang bersaiz sudu teh ini pastinya sangat unik dan kelihatan comel dengan hiasan riben di pemegang sudu & garfu. Ianya lengkap dengan bungkusan kotak mika yang sesuai dengan saiz set sudu garfu mini ini. Saiznya yang kecil ini sangat sesuai untuk dijadikan cenderahati yang berguna kepada kanak- kanak

Jangan lupa dapatkan Set Sudu Garfu Mini PROMO RM 1  di Reem Doorgift

 

5. Tuala Aiskrim Potong

Tuala yang berbentuk aiskrim, menarik kan? Dengan doorgift unik, seperti ini, anda boleh berikan kepada kanak-kanak. Doorgift yang jimat dan berbaloi!

Jangan lupa dapatkan Tuala Aiskirm Potong PROMO RM 1  di Reem Doorgift

Leave a Comment