Tips Majlis Kahwin: Pengurusan masa dan bajet dalam perancangan majlis

Perkahwinan sederhana tapi meriah? Macam pernah dengar. Tema ni pernah jadi trend tatkala penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza mengumumkan perkahwinannya dengan Dato’ K suatu masa dahulu. Siapa yang tak teruja menantikan hari bersejarah mereka. Jelitawan, hartawan, jutawan pun masih memilih sederhana dalam majlisnya. Ternyata impak besar juga tema ni ye?

Sederhana ni sebenarnya boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian, termasuk juga dalam merancang sesuatu majlis. Tapi boleh ke nak dapat kos yang sederhana ni kalau untuk majlis kahwin yang meriah? Tentunya boleh!  Kan Malaysia boleh, jadi kita pun mesti boleh!

Jadi bagaimana? Aspek penting untuk capai sederhana dalam bab bajet ni, adalah berpada-pada. Buat perancangan pada pace/kadar yang sesuai. Contohnya, nak kahwin lagi 6-3 bulan, dah boleh start cari barang2 doorgift, barang-hantaran dan sebagainya. Kalau lambat sangat, nanti peniaga tak nak ambil tempahan atau CAJ MAHAL! Kalau terkena caj mahal ni, boleh mengundang ketidakstabilan bajet.

Jadi bagaimana? Kami dari Reemdoorgift ada beberapa tips untuk dikongsikan 🙂

1. Rancang majlis sejak dari mula
Setelah dapat tarikh langsung majlis, cepat-cepat mulakan operasi mengenalpasti tema dan keperluan-keperluan majlis. Ini untuk memudahkan semua pihak. Benda-benda wajib seperti catering, tempat acara (dewan/rumah), persalinan, dan jemputan dah boleh list out.

2. Senaraikan aspek, bajet dan pembahagian tugas
Setelah kenalpasti aspek-aspek yang perlu diselesaikan, bincang mengenai bajet tertentu supaya tak over-budget. Jika perlu, bahagikan tugas sesama ahli keluarga supaya tak terkejar-kejar pengantin menguruskan semuanya. Diperingkat awal, kerja-kerja tinjauan(survey) ni amat perlu, sekurang-kurangnya untuk tahu anggaran harga semasa. Mungkin bajet yang kawan kita pernah dapat 2 tahun lepas tak lagi sesuai pada masa ini atau mungkin harga yang sedara kita dapat tu harga promosi.
(tips: masa ni juga boleh survey untuk promosi-promosi yang berlangsung/ bakal berlangsung, boleh follow dan seefirst page kat facebook juga supaya tak terlepas info-info terkini 🙂

3. Tempahan
Setelah selesai survey, bincangkan semula bajet dan peruntukan. Kalau boleh jimat (tempahan semasa promosi/ tempahan awal), boleh cepat-cepat sahkan tempahan. Selalunya tempahan lambat ni cajnya lebih mahal (sebab dah tiada orang nak terima,tempahan, jadinya kurang pilihan). Setelah berpuas hati, bolehlah buat tempahan. Selalunya tempahan ni perlu dahulukan deposit. Jadi bersedia kalau kena bayar deposit ye, sebab deposit menunjukkan komitment dan keseriusan kita menempah dengan peniaga.

3. Pastikan Follow Up
Selang beberapa bulan dari tarikh majlis, dapatkan update dari pihak yang telah kita buat tempahan. Pastikan mereka maklum bahawa majlis dah dekat dan tiada isu overbooked atau tak boleh buat. Kalau ada masalah sebegini, sekurang-kurangnya kita masih ada masa untuk cari pelan tindakan kecemasan.

4. Pastikan semua yang telah dirancang berjalan baik sebelum majlis.
Semingu sebelum majlis, pastikan barang-barang dah dalam proses nak disiapkan. Bukan lagi fasa survey-survey harga ye. Kalau ada tambahan sikit-sikit tu biasa, tapi diharapkan janganlah terlepas pandang benda-benda besar.

Zaman sekarang ni, kalau rasa malas nak fikir secara detail, boleh upah wedding planner. Kalau rasa terbeban, boleh cari template perancangan perkahwinan. Ada yang dalam bentuk apps, ada yang dalam bentuk senarai, template dan macam-macam lagi. Kalau yang ni percuma kat internet pun banyak.

a3
sumber:  https://bridebook.co.uk/
a3a
sumber: https://www.magnetstreet.com/wedding-planning-checklist

Pilihlah ikut kesesuaian dan adaptasillah sebaik-baiknya ye. Akhir kalam,berpada-padalah dalam berbelanja untuk majlis anda. Betul, majlis ni sekali seumur hidup, tapi pastikan perrbelanjaannya sesuai dengan kemampuan anda. Ukur baju di badan sendiri bak kata pepatah melayu 🙂

Leave a Comment