Terma & Syarat

PRODUK

1. Gambar item yang dipaparkan di dalam website mungkin berbeza dari sudut warna / kualiti / saiz produk yang sebenar. Bagi memastikan anda berpuas hati dengan produk kami, sila:
i) Beli sampel sebelum membuat tempahan secara online;
ii) Datang ke showroom untuk melihat dan merasa sendiri produk

Kami tidak bertanggungjawab apabila anda tidak berpuas hati dengan produk setelah anda menerima produk.

TEMPAHAN & INVOIS

1. Reka bentuk tulisan untuk cetakan akan ditentukan sepenuhnya oleh designer kami; jenis font, saiz font, warna font dan reka bentuknya. Jika anda ingin menggunakan reka bentuk tulisan anda sendiri, anda boleh menghantar gambar kepada Pegawai Jualan, namun kami tidak bertanggungjawab jika terdapat kesalahan di dalam hasilnya.  Reka bentuk / perkataan tidak dibenarkan untuk diubah selepas deposit telah dibuat.

2. Bagi doorgift tertentu, anda dibenarkan untuk request warna doorgift mengikut tema majlis, namun ia tertakluk kepada stok yang kami ada.

3. Pastikan semua maklumat tempahan di dalam invois adalah lengkap & benar sebelum bayaran deposit dibuat. Tempahan yang dibuat tidak boleh diubah atau dibatalkan selepas deposit dibuat. Pihak operasi kami hanya akan memproses tempahan anda berdasarkan maklumat yang diberikan didalam invois yang terakhir.

4. Pihak kami tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas kesilapan yang berlaku disebabkan perubahan yang diminta oleh pelanggan selepas bayaran deposit di buat (walaupun ia telah dipersetujui oleh Pegawai Jualan) . Gambar sampel yang anda terima daripada Pegawai Jualan kami tidak boleh dijadikan rujukan sekiranya berlaku sebarang kesilapan setelah tempahan anda diproses.

POS

1. Berikut courier yang digunakan bagi kawasan berikut;

  • Semenanjung Malaysia – Skynet
  • Sabah & Sarawak – Pos domestik / Poslaju
  • Brunei & Singapura – Pos Antarabangsa

2. Setelah pihak kami berusaha meminimumkan risiko kerosakan dengan mengikuti SOP pembungkusan untuk pengeposan dengan baik, kami tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kerosakan atau kerugian semasa proses pengeposan.

3. Penghantaran ke Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura akan dibuat pada hari Jumaat sahaja (untuk pelanggan yang membuat bayaran penuh sebelum hari Jumaat). Jika pembayaran diterima pada hari Jumaat, parcel anda akan dibawa ke Jumaat berikutnya.

PENGEMBALIAN WANG (REFUND)

1. Wang deposit tidak boleh dikembalikan.

2. Di bawah keadaan tertentu dengan sebab yang dapat diterima, pengembalian wang boleh dilakukan (selepas perbincangan yang dipersetujui) di bawah syarat-syarat berikut:

i) Produk mesti dikembalikan dalam masa 7 hari dari tarikh pungutan/penerimaan;
selepas itu apa-apa tuntutan tidak akan dilayan.
ii) Kos penghantaran untuk memulangkan barangan hendaklah ditanggung oleh pelanggan.
iii) Wang akan dikembalikan setelah kami menerima barangan yang ingin dikembalikan.

TEMPAHAN TIDAK DITUNTUT

1. Anda dikehendaki membuat bayaran baki dan mengambil tempahan anda di kedai (untuk pelanggan walk-in) dalam tempoh 2 minggu selepas pemakluman tempahan anda siap. Kami tidak bertanggungjawab ke atas kerosakan dan kerugian tempahan anda sepanjang ianya berada di bawah jagaan kami selepas tempoh 2 minggu pemakluman. Tempahan anda akan dilupuskan sebulan selepas itu.

Sila ambil perhatian bahawa transaksi ini adalah berdasarkan prinsip kepuashatian (Redha) kedua-dua pihak.