Doorgift Kreatif 2017 :) Sudu + Garfu = Makan Time!

Bila kali terakhir anda belek berapa banyak set sudu garfu di dapur yang masih wujud bersama pasangannya?
Jawapan minoriti golongan mak-mak: Semuanya masih berpunya pasangan sedondonnya
Jawapan majoriti golongan mak-mak: Yang berpasang tu ada, tapi klu nak mencari tu belum tentu jumpa.

contoh set sudu garfu asas

contoh set sudu garfu asas

Kalau ikutkan, sesuatu yang kita tahu pasal kutleri ni ialah, lagi banyak, lagi bagus. Pasang tak pasang tu soal kedua, yang penting ada.

Walaupun kebanyakan masyarakat kita masih menggunakan tangan untuk makan, tapi sudu ni ada kepentingan tersendiri. Contoh situasi yang tak dapat nak elak:

1)Masa memasak: nak cedok gula, garam perasa. Kalau yang jenis letak sekali dalam balang, tentulah sudu saiz mini kalau saiz bekasnya kecil. Kalau besar saiz bekasnya, boleh guna yang saiz normal

2)Masa nak merasa makanan: Kalau besar saiz bekasnya, boleh guna yang saiz sudu normal. Selain nk mencedok, penting juga bila masa nak merasa makanan dari kuali yang tengah panas.

doorgift sudu garfu mini reemdoorgift

doorgift sudu garfu mini reemdoorgift

3) Masa menghidang: Haa, point ini sangat penting. Sebab? Kalau tak nak makanan cepat rosak, jangan disentuh makanan terus dengan tangan ! Pakai sudu ye anak-anak.

4)Masa makan pencuci mulut : makan guna tangan, mudah. Tapi jangan dilupakan, pencuci mulut lembut seperti pudding adalah lebih practikal jika guna sudu, betul tak? Kalau mat saleh, garfu kecil tu dipanggil dessert fork, sesuai nak guna bila nak makan dessert. Makan aiskrim (kalau jenis tub) pun mesti nak comel-comel je kan?

set sudu garfu makan, reemdoorgift

set sudu garfu makan, reemdoorgift

5)Masa makan makanan berkuah: yang ni penggemar mee dari merata tempat akan mengakui, selain chopstick, pakai garfulah pilihan yang sangat membantu.

Kalau yang jenis suka membuat kek, garfu guna untuk cek kek dah masak kat tengah kek pun bole kan? Sebab nak beli alat nak ukur doneness test mahal >.<

Berminat nak cari sudu garfu sebagai doorgift? Boleh pm  sini. Item kami boleh tempah siap packing tau.

Kayu dan nilai estetika dalam peralatan masakan

Dahulu, kalau kata rumah aku rumah batu, pasti orang kata, wah, kayanya kau. Kalau rumah kayu, emm, normallah, apa nak dihairankan. Tapi itu dulu, masa teknologi masih rendah dan eksploitasi bahan alami menjadi sumber utama dalam kehidupan seharian. Kalau sekarang, sebut je nak buat rumah kayu, fuh, banyak belanja tu, dah terbalik kali :)

 

Apa perkaitannya dengan topik harini ye? Panjang pula mukadimahnya :3

Senduk kayu ni zaman orang tua kita mungkin sesuatu yang normal dan kebiasaan, berevolusi di hari kemudiannya terganti dengan senduk plastik dan stainless steel yang lebih mudah didapati dan tahan lebih lama.

Namun begitu, kelebihan istimewa senduk kayu yang tak terlawan oleh besi pastinya pada keboleh tahan haba (kalis haba) dan ciri-ciri material penebat, jadi tak perlu perlindungan tambahan pada bahagian pemegang untuk menghalang pengaliran haba.

Berbanding senduk plastik pula, senduk kayu lebih tahan terhadap bahang panas, tidak seperti sifat plastik yang mudah cair pada ketinggian suhu tertentu. Dari sudut ekologinya, material ini lebih mudah terurai, lebih mesra alam gitu.
Di Reemdoorgift, kami menawarkan 2 jenis senduk kayu yang menpunya keunikan warna, ciri-ciri dan kekuatan tersendiri.

Senduk Kayu Putih

senduk kayu putih

senduk kayu putih

Kemurnian warna senduk yang terang sesuai menaikkan mood ceria. Ditambah pula dengan hiasan riben comel yang boleh di-customize mengikut pilihan pelanggan(mengikut tema warna pilihan) , cukup sesuai dijadikan doorgift sebagai kenang-kenangan untuk tetamu

Senduk Kayu Mixed/Campuran Warna

senduk kayu aren

senduk kayu aren

Jangan salah anggap, kayu ini bukan dicampuraduk dari lebihan kayu terbuang. Malah, ini adalah ciri istimewa yang terdapat pada kayu aren/ sugar palm dari Indonesia ini J kayu ini mempunyai lapisan warna campuran gelap dan cerah teradun secara alami. Dari segi kualiti, kayu ini mempunyai kualiti terbaik antara ketiga-tiga senduk yang kami tawarkan. Kata orang, jangan menilai pada rupa.

Amboi, melangit memuji, kalau senduk stainless steel tak bagus kah? Ehh, bukan begitu, setiap sesuatu pasti ada kelebihan bukan? Senduk stainless secara umumnya ada  ciri yang amat disenangi, tahan lasak dan tidak berkarat/berlumut. Nah, kan ada bagusnya juga  :)

Doorgift Birthday Surprise untuk anak-anak

Birthday party adalah antara keraian yang semakin biasa kita dengar. Kaum ibu terutamanya, sangat mengambil berat hal-hal begini. Almaklumlah, setahun sekali sahaja nak menyambutnya. Haruslah disimpan sebagai memori terindah untuk anak-anak yang kian meningkat dewasa. Nanti dah besar nanti belum tentu mak-mak boleh pilih tema dan peruntukan bajet. Sudah besar katanya.
Selain makanan, kek dan hiasan, doorgift juga dirasakan amat penting, sebagai tanda kenangan buat para tetamu. Kali ini, Reemdoorgift nak berkongsi contoh-contoh doorgift yang sesuai untuk anak-anak kecil (bawah 12 tahun)

1. Tuala muka
Anak-anak memang dalam zon aktif, jadinya kalau tuala ni ada banyak pun tiada masalah, selain berguna untuk keperluan sukan, tuala juga berguna disaat-saat kecemasan. Contohnya masa selesema. Kalau anak-anak kecil bawah lima tahun, ini option yang paling ekonomi J kalau dapat tisu, maka bertebaranlah satu kotak penuh tisu merata-rata jawabnya >.<

tuala muka dilipat menyerupai teddy bear

tuala muka dilipat menyerupai teddy bear

sumber: pinterest
contoh tuala muka yang telah digubah dalam bentuk teddy bear, comel kan?

tuala muka 12x24 inci

tuala muka 12×24 inci

tuala muka 12x12 inci

tuala muka 12×12 inci

Tuala muka, Reemdoorgift

2. Beg alat tulis
Yang ni tak salah lagi, mana-mana ibubapa pun tahu betapa besarnya hajat si anak-anak kecil untuk memiliki item ni. Terutama yang baru nak melangkah masuk ke alam persekolahan. Kalaulah boleh borong semua kat kedai tu, semua nak dibelinya T.T

beg alat tulis songket

beg alat tulis songket

beg zip motif floral

beg zip motif floral

Beg alat tulis songket & Beg zip corak floral, Reemdoorgift

Bekas pensel batik

Bekas pensel batik

Bekas pensel batik, Reemdoorgift

kotak songket panjang

doorgift kotak songket panjang

Kotak songket panjang,Reemdoorgift

3. Sikat
Kelakar bunyinya tapi percayalah, sepertimana getah rambut, sikat juga berperangai seperti chipsmore, kejap ada kejap takde.  Selain dari itu, anak-anak ni pasti lebih menghargai kepentingan kekemasan diri bila alatan perhiasan peribadi seperti ini diberikan sebegai hadiah. Sikat pulak comel-comel belaka. Kalau kena gayanya, memang boleh jadi harta karun disimpan baik dalam almari dan tak dibuang.

sikat kayu mini

sikat kayu mini

Sikat kayu mini, Reemdoorgift

sikat cermin

sikat cermin

Sikat cermin, Reemdoorgift

 

4.Ketip kuku
Bagi anak- anak yang sudah memahami arahan dan mampu mengurus kekemasan diri, ada baiknya ketip kuku diberkan kepada mereka. Tujuannya supaya mereka boleh berdikari dan rasa dah besar bila boleh potong kuku sendiri. Namun awas untuk kanak-kanak yang lebih kecil. Hadiah ini mungkin berbahaya kepada mereka (6 tahun ke bawah)

doorgift ketip kuku 3 in1

ketip kuku 3 in1

ketip kuku 3 in 1, Reemdoorgift

doorgift ketip kuku love

ketip kuku love

ketip kuku love, Reemdoorgift

doorgift ketip kuku haiwan

doorgift ketip kuku haiwan

ketip kuku ladybird, Reemdoorgift

 

doorgift ketip kuku kura-kura

ketip kuku kura-kura

ketip kuku kura-kura, Reemdoorgift

5. Bekas simpanan syiling
Menabung sememangnya amalan mulia. Jadi antara cara terbaik menyemai amalan ini adalah menggalakkan mereka menyimpan. Untuk permulaan, apa kata kita ajar mereka untuk menyimpan nilai yang lebih rendah terlebih dahulu, wang syiling contohnya. Walaupun sedikit nilainya, tapi percayalah dengan kesedaran sejak kecil ini, manfaatnya berpanjangan sehingga dewasa kelak.

beg telur songket

beg telur songket

Bekas songket telur,  boleh juga diguna pakai untuk menyimpan syiling.

Mungkin anda juga ada idea lain untuk dikongsikan? Berkongsi pendapat gitu :)

Packaging Doorgift Yang Menarik

Terdapat pelbagai jenis packaging doorgift untuk menyerikan majlis anda. Semahal mana pun doorgift anda, jika tidak dilengkapi dengan packaging yang menarik, pasti tidak dapat meningkatkan seri doorgift tersebut. Doorgift anda akan kelihatan lebih menarik dan eksklusif dengan pemilihan packaging yang tepat ! Kami akan menyesuaikan keperluan anda berdasarkan bajet yang anda peruntukkan.

 

Berikut adalah jenis-jenis packaging menarik yang boleh diperoleh di Reem Doorgift :

1) Plastik Berbentuk Tabung

handkerchief beraneka warna berbentuk silinder yang jimat lapik meja bujur

Packaging seperti plastik berbentuk tabung ini sangat sesuai dipadankan dengan kain tuala yang bervariasi. Tambahan pula, plastik tabung itu mempunyai corak tersendiri yang menaikkan lagi seri kain tersebut. Tuala tabung berkualiti tinggi, tebal dan lembut sesuai untuk pelbagai kegunaan dan semestinya merupakan #doorgiftbermanfaat untuk majlis anda.

2) Kotak Plastik

reemdoorgift-39 small size-25

Kotak plastik sangat sesuai dengan doorgift yang mempunyai pelbagai bentuk dan saiz. Ianya mampu memberikan kekemasan dan menampakkan doorgift tersebut lebih menarik. Selain itu, bahan aksesori seperi reben dan sticker boleh ditambah untuk menampakkan lebih comel dan kreatif serta mudah dibawa.

3) Kotak Songket

reemdoorgift-63  bekas doorgift kotak songket

Kebiasannya tuan rumah memberi gula-gula ataupun bunga telur kepada para tetamu. Untuk menampakkan doorgift anda ada ciri-ciri klasik dan keunikan yang tersendiri, kami bawakan anda kotak songket yang beraneka corak dan bentuk. Material songket yang digunakan menghasilkan finishing yang kemas dan tersendiri. Anda juga boleh menggunakan kotak songket ini untuk menyimpan kerongsang atau fungsi-fungsi lain.

4) Undangan Buluh 

 reemdoorgift-28 reemdoorgift-30

Selain kad undangan yang dicetak dari kertas biasa, undangan buluh juga boleh diberikan para tetamu. Undangan buluh ini mempunyai ciri-ciri yang menarik dan unik. Undangan buluh bukan sahaja boleh dijadikan sebagai kad undangan, malah ianya juga boleh dicetak mengikut kehendak pelanggan. Sebagai contoh, ianya boleh dicetak sebagai kalender untuk kegunaan tetamu anda.