Doorgift Kreatif 2017 :) Sudu + Garfu = Makan Time!

Bila kali terakhir anda belek berapa banyak set sudu garfu di dapur yang masih wujud bersama pasangannya?
Jawapan minoriti golongan mak-mak: Semuanya masih berpunya pasangan sedondonnya
Jawapan majoriti golongan mak-mak: Yang berpasang tu ada, tapi klu nak mencari tu belum tentu jumpa.

contoh set sudu garfu asas

contoh set sudu garfu asas

Kalau ikutkan, sesuatu yang kita tahu pasal kutleri ni ialah, lagi banyak, lagi bagus. Pasang tak pasang tu soal kedua, yang penting ada.

Walaupun kebanyakan masyarakat kita masih menggunakan tangan untuk makan, tapi sudu ni ada kepentingan tersendiri. Contoh situasi yang tak dapat nak elak:

1)Masa memasak: nak cedok gula, garam perasa. Kalau yang jenis letak sekali dalam balang, tentulah sudu saiz mini kalau saiz bekasnya kecil. Kalau besar saiz bekasnya, boleh guna yang saiz normal

2)Masa nak merasa makanan: Kalau besar saiz bekasnya, boleh guna yang saiz sudu normal. Selain nk mencedok, penting juga bila masa nak merasa makanan dari kuali yang tengah panas.

doorgift sudu garfu mini reemdoorgift

doorgift sudu garfu mini reemdoorgift

3) Masa menghidang: Haa, point ini sangat penting. Sebab? Kalau tak nak makanan cepat rosak, jangan disentuh makanan terus dengan tangan ! Pakai sudu ye anak-anak.

4)Masa makan pencuci mulut : makan guna tangan, mudah. Tapi jangan dilupakan, pencuci mulut lembut seperti pudding adalah lebih practikal jika guna sudu, betul tak? Kalau mat saleh, garfu kecil tu dipanggil dessert fork, sesuai nak guna bila nak makan dessert. Makan aiskrim (kalau jenis tub) pun mesti nak comel-comel je kan?

set sudu garfu makan, reemdoorgift

set sudu garfu makan, reemdoorgift

5)Masa makan makanan berkuah: yang ni penggemar mee dari merata tempat akan mengakui, selain chopstick, pakai garfulah pilihan yang sangat membantu.

Kalau yang jenis suka membuat kek, garfu guna untuk cek kek dah masak kat tengah kek pun bole kan? Sebab nak beli alat nak ukur doneness test mahal >.<

Berminat nak cari sudu garfu sebagai doorgift? Boleh pm  sini. Item kami boleh tempah siap packing tau.

4 Tips Memilih Idea Doorgift Kahwin Yang Disukai Ramai

Kami ada 4 tips penting dan super power untuk pemilihan idea doorgift kahwin dalam sesebuah majlis perkahwinan.

(sambungan kepada post kami yang lepas iaitu : Tips Memilih Doorgift Cenderahati Untuk Majlis Perkahwinan Anda)

Majlis perkahwinan ialah sebuah majlis yang paling dinantikan bagi pasangan pengantin sama ada perkahwinan kali pertama, kedua, ketiga atau seterusnya.

Untuk sebuah majlis yang akan mencantumkan dua belah hati ini, semua pihak pastinya menginginkan yang terbaik. Antara elemen penting dalam sesebuah majlis ialah doorgift untuk tetamu.

tips idea doorgift kahwin

 

  1. Pilih Idea Doorgift Kahwin yang bersesuaian dengan tema majlis anda

Kebiasaannya, doorgift kahwin untuk sesebuah majlis perkahwinan adalah berbentuk cenderahati berkotak. Untuk menambahkan lagi keseriaan atau keunikan doorgift anda, sangatlah disyorkan untuk memilih doorgift yang bersesuaian dengan tema majlis perkahwinan.

Contohnya, jika perkahwinan anda bertemakan ala-ala suasana Arab (mungkin anda dan pasangan berkenalan di arab Saudi), cubalah carikan doorgift kahwin yang sangat menarik dari keunikan Negara Arab.

Sebagai contoh, mungkin anda boleh jadikan minyak atar sebagai doorgift untuk tetamu yang hadir. Adalah tidak munasabah jika perkahwinan anda bertemakan Arab, dan doorgift yang diberikan bertema Alice in the Wonderland. Betul tak?

gula-gula arab doorgift kahwin

Kalau tema arab, mesti teringat gula-gula arab ni. Ramai juga yang buat sebagai doorgift kahwin!

 

 

 

  1. Cari supplier Doorgift Kahwin yang menawarkan harga rendah dan berpatutan

Untuk membeli doorgift dengan harga yang berpatutan, digalakkan bagi setiap pasangan untuk membuat survey lebih awal keatas pengeluar-pengeluar yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

Disarankan kepada anda untuk membuat bajet kewangan dan analisis bilangan tetamu yang akan hadir terlebih dahulu sebelum membuat tempahan doorgift supaya tidak berlaku lebihan bajet.

Jika pandai mencari supplier, insya-Allah anda akan mendapat harga yang terbaik dan jika pandai berurusan, mungkin anda boleh mendapat doorgift tambahan secara percuma.

Bacalah selawat dan hembus-hembuskan pada muka pengeluar yang sedang berurusan dengan anda, boleh jadi anda tidak perlu membayar sesen pun untuk tempahan anda. Hehe. Kata orang, tuah ayam nampak di kaki. Tuah pengantin siapa yang tau?

 

Kami di ReemDoorgift sentiasa menawarkan harga rendah dan berpatutan, sesuai dengan tema kami :

Affordable, Unique, Useful.

 

 

  1. Pilih Doorgift Kahwin yang tahan lama

Kebanyakan doorgift yang diberikan kepada tetamu selepas majlis perkahwinan biasanya akan dibuang.

Anda pun mesti pernah buang juga kan?

Untuk mengelakkan doorgift anda dari menjadi kawan kepada sampah sarap yang lain, pastikan anda memilih doorgift yang tahan lama dan sesuai untuk dijadikan hiasan di dalam rumah atau boleh diletakkan di dalam kereta.

Anda sudah memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk doorgift kepada tetamu dan sangatlah menyakitkan jiwa, raga dan batin, jika doorgift kahwin yang anda berikan kepada tetamu dibuang begitu sahaja.

Pastikan tetamu anda merasa bersalah untuk membuang doorgift anda yang sangat luar biasa!

 

 

 

  1. Doorgift Kahwin 3 dalam 1

Fikirkan! Fikirkan bagaimana doorgift kahwin yang akan anda berikan kepada tetamu dapat menyelesaikan masalah mereka dari banyak sudut.

Maknanya, selain berfungsi sebagai doorgift, pastikan doorgift anda turut berfungsi dalam aspek lain contohnya, jika anda memberikan tuala kecil sebagai doorgift, tuala tersebut boleh dijadikan kain pengelap cermin tingkap di rumah nenek juga atau mungkin, boleh dijadikan sapu tangan untuk adik ke sekolah.

Banyak fungsinya bukan? Inilah antara cara terbaik untuk menambahkan peranan doorgift anda kepada tetamu yang hadir.

 

 

Jangan lupa untuk lihat pelbagai Doorgift Kahwin yang Unik Lagi Berguna yang Disukai Ramai di Reem Doorgift.

Klik Sini untuk mula pilih >> Reem Doorgift

 

 

Apapun doorgift yang anda pilih, pastikan ia menjadi satu cenderahati dan kenangan terbaik dari anda kepada tetamu untuk menghargai kedatangan mereka ke majlis bahagia anda.

Biar mereka tidak tidur malam kerana terharu dengan buah tangan yang kreatif, luar biasa dan sangat unik! Jangan lupa untuk mengundang kami ke majlis anda, supaya kami dapat menjadi saksi keunikan doorgift anda!

Buat pilihan terbaik dan selamat berbahagia hingga ke syurga!

 

Jom baca juga >>8 Idea Membuat Doorgift Perkahwinan Mudah & Murah (DIY Doorgift)

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda ya!

Klik butang “SHARE” di bawah, terima kasih :)

From inside, rather than interpreting events have a glance at the website from a perspective distant in time and space