Doorgift Kreatif 2017 :) Sudu + Garfu = Makan Time!

Bila kali terakhir anda belek berapa banyak set sudu garfu di dapur yang masih wujud bersama pasangannya?
Jawapan minoriti golongan mak-mak: Semuanya masih berpunya pasangan sedondonnya
Jawapan majoriti golongan mak-mak: Yang berpasang tu ada, tapi klu nak mencari tu belum tentu jumpa.

contoh set sudu garfu asas

contoh set sudu garfu asas

Kalau ikutkan, sesuatu yang kita tahu pasal kutleri ni ialah, lagi banyak, lagi bagus. Pasang tak pasang tu soal kedua, yang penting ada.

Walaupun kebanyakan masyarakat kita masih menggunakan tangan untuk makan, tapi sudu ni ada kepentingan tersendiri. Contoh situasi yang tak dapat nak elak:

1)Masa memasak: nak cedok gula, garam perasa. Kalau yang jenis letak sekali dalam balang, tentulah sudu saiz mini kalau saiz bekasnya kecil. Kalau besar saiz bekasnya, boleh guna yang saiz normal

2)Masa nak merasa makanan: Kalau besar saiz bekasnya, boleh guna yang saiz sudu normal. Selain nk mencedok, penting juga bila masa nak merasa makanan dari kuali yang tengah panas.

doorgift sudu garfu mini reemdoorgift

doorgift sudu garfu mini reemdoorgift

3) Masa menghidang: Haa, point ini sangat penting. Sebab? Kalau tak nak makanan cepat rosak, jangan disentuh makanan terus dengan tangan ! Pakai sudu ye anak-anak.

4)Masa makan pencuci mulut : makan guna tangan, mudah. Tapi jangan dilupakan, pencuci mulut lembut seperti pudding adalah lebih practikal jika guna sudu, betul tak? Kalau mat saleh, garfu kecil tu dipanggil dessert fork, sesuai nak guna bila nak makan dessert. Makan aiskrim (kalau jenis tub) pun mesti nak comel-comel je kan?

set sudu garfu makan, reemdoorgift

set sudu garfu makan, reemdoorgift

5)Masa makan makanan berkuah: yang ni penggemar mee dari merata tempat akan mengakui, selain chopstick, pakai garfulah pilihan yang sangat membantu.

Kalau yang jenis suka membuat kek, garfu guna untuk cek kek dah masak kat tengah kek pun bole kan? Sebab nak beli alat nak ukur doneness test mahal >.<

Berminat nak cari sudu garfu sebagai doorgift? Boleh pm  sini. Item kami boleh tempah siap packing tau.

Kayu dan nilai estetika dalam peralatan masakan

Dahulu, kalau kata rumah aku rumah batu, pasti orang kata, wah, kayanya kau. Kalau rumah kayu, emm, normallah, apa nak dihairankan. Tapi itu dulu, masa teknologi masih rendah dan eksploitasi bahan alami menjadi sumber utama dalam kehidupan seharian. Kalau sekarang, sebut je nak buat rumah kayu, fuh, banyak belanja tu, dah terbalik kali :)

 

Apa perkaitannya dengan topik harini ye? Panjang pula mukadimahnya :3

Senduk kayu ni zaman orang tua kita mungkin sesuatu yang normal dan kebiasaan, berevolusi di hari kemudiannya terganti dengan senduk plastik dan stainless steel yang lebih mudah didapati dan tahan lebih lama.

Namun begitu, kelebihan istimewa senduk kayu yang tak terlawan oleh besi pastinya pada keboleh tahan haba (kalis haba) dan ciri-ciri material penebat, jadi tak perlu perlindungan tambahan pada bahagian pemegang untuk menghalang pengaliran haba.

Berbanding senduk plastik pula, senduk kayu lebih tahan terhadap bahang panas, tidak seperti sifat plastik yang mudah cair pada ketinggian suhu tertentu. Dari sudut ekologinya, material ini lebih mudah terurai, lebih mesra alam gitu.
Di Reemdoorgift, kami menawarkan 2 jenis senduk kayu yang menpunya keunikan warna, ciri-ciri dan kekuatan tersendiri.

Senduk Kayu Putih

senduk kayu putih

senduk kayu putih

Kemurnian warna senduk yang terang sesuai menaikkan mood ceria. Ditambah pula dengan hiasan riben comel yang boleh di-customize mengikut pilihan pelanggan(mengikut tema warna pilihan) , cukup sesuai dijadikan doorgift sebagai kenang-kenangan untuk tetamu

Senduk Kayu Mixed/Campuran Warna

senduk kayu aren

senduk kayu aren

Jangan salah anggap, kayu ini bukan dicampuraduk dari lebihan kayu terbuang. Malah, ini adalah ciri istimewa yang terdapat pada kayu aren/ sugar palm dari Indonesia ini J kayu ini mempunyai lapisan warna campuran gelap dan cerah teradun secara alami. Dari segi kualiti, kayu ini mempunyai kualiti terbaik antara ketiga-tiga senduk yang kami tawarkan. Kata orang, jangan menilai pada rupa.

Amboi, melangit memuji, kalau senduk stainless steel tak bagus kah? Ehh, bukan begitu, setiap sesuatu pasti ada kelebihan bukan? Senduk stainless secara umumnya ada  ciri yang amat disenangi, tahan lasak dan tidak berkarat/berlumut. Nah, kan ada bagusnya juga  :)

Doorgift Birthday Surprise untuk anak-anak

Birthday party adalah antara keraian yang semakin biasa kita dengar. Kaum ibu terutamanya, sangat mengambil berat hal-hal begini. Almaklumlah, setahun sekali sahaja nak menyambutnya. Haruslah disimpan sebagai memori terindah untuk anak-anak yang kian meningkat dewasa. Nanti dah besar nanti belum tentu mak-mak boleh pilih tema dan peruntukan bajet. Sudah besar katanya.
Selain makanan, kek dan hiasan, doorgift juga dirasakan amat penting, sebagai tanda kenangan buat para tetamu. Kali ini, Reemdoorgift nak berkongsi contoh-contoh doorgift yang sesuai untuk anak-anak kecil (bawah 12 tahun)

1. Tuala muka
Anak-anak memang dalam zon aktif, jadinya kalau tuala ni ada banyak pun tiada masalah, selain berguna untuk keperluan sukan, tuala juga berguna disaat-saat kecemasan. Contohnya masa selesema. Kalau anak-anak kecil bawah lima tahun, ini option yang paling ekonomi J kalau dapat tisu, maka bertebaranlah satu kotak penuh tisu merata-rata jawabnya >.<

tuala muka dilipat menyerupai teddy bear

tuala muka dilipat menyerupai teddy bear

sumber: pinterest
contoh tuala muka yang telah digubah dalam bentuk teddy bear, comel kan?

tuala muka 12x24 inci

tuala muka 12×24 inci

tuala muka 12x12 inci

tuala muka 12×12 inci

Tuala muka, Reemdoorgift

2. Beg alat tulis
Yang ni tak salah lagi, mana-mana ibubapa pun tahu betapa besarnya hajat si anak-anak kecil untuk memiliki item ni. Terutama yang baru nak melangkah masuk ke alam persekolahan. Kalaulah boleh borong semua kat kedai tu, semua nak dibelinya T.T

beg alat tulis songket

beg alat tulis songket

beg zip motif floral

beg zip motif floral

Beg alat tulis songket & Beg zip corak floral, Reemdoorgift

Bekas pensel batik

Bekas pensel batik

Bekas pensel batik, Reemdoorgift

kotak songket panjang

doorgift kotak songket panjang

Kotak songket panjang,Reemdoorgift

3. Sikat
Kelakar bunyinya tapi percayalah, sepertimana getah rambut, sikat juga berperangai seperti chipsmore, kejap ada kejap takde.  Selain dari itu, anak-anak ni pasti lebih menghargai kepentingan kekemasan diri bila alatan perhiasan peribadi seperti ini diberikan sebegai hadiah. Sikat pulak comel-comel belaka. Kalau kena gayanya, memang boleh jadi harta karun disimpan baik dalam almari dan tak dibuang.

sikat kayu mini

sikat kayu mini

Sikat kayu mini, Reemdoorgift

sikat cermin

sikat cermin

Sikat cermin, Reemdoorgift

 

4.Ketip kuku
Bagi anak- anak yang sudah memahami arahan dan mampu mengurus kekemasan diri, ada baiknya ketip kuku diberkan kepada mereka. Tujuannya supaya mereka boleh berdikari dan rasa dah besar bila boleh potong kuku sendiri. Namun awas untuk kanak-kanak yang lebih kecil. Hadiah ini mungkin berbahaya kepada mereka (6 tahun ke bawah)

doorgift ketip kuku 3 in1

ketip kuku 3 in1

ketip kuku 3 in 1, Reemdoorgift

doorgift ketip kuku love

ketip kuku love

ketip kuku love, Reemdoorgift

doorgift ketip kuku haiwan

doorgift ketip kuku haiwan

ketip kuku ladybird, Reemdoorgift

 

doorgift ketip kuku kura-kura

ketip kuku kura-kura

ketip kuku kura-kura, Reemdoorgift

5. Bekas simpanan syiling
Menabung sememangnya amalan mulia. Jadi antara cara terbaik menyemai amalan ini adalah menggalakkan mereka menyimpan. Untuk permulaan, apa kata kita ajar mereka untuk menyimpan nilai yang lebih rendah terlebih dahulu, wang syiling contohnya. Walaupun sedikit nilainya, tapi percayalah dengan kesedaran sejak kecil ini, manfaatnya berpanjangan sehingga dewasa kelak.

beg telur songket

beg telur songket

Bekas songket telur,  boleh juga diguna pakai untuk menyimpan syiling.

Mungkin anda juga ada idea lain untuk dikongsikan? Berkongsi pendapat gitu :)

Jenis-jenis doorgift yang bersesuaian dengan peribahasa melayu.

 

Jika dahulu, item utama yang menjadi pilihan, kini ramai bakal pengantin lebih terbuka untuk memilh item-item lain sebagai alternative untuk dijadikan tanda ingatan majlis bersejarah mereka.

1. Tak lekang dek panas, tak using dek hujan
Bunga telur pada zahirnya masih relevan terutama pada mereka yang menitik beratkan tradisi melayu. Namun begitu, bagi sesetengah pihak, penyediaannya yang remeh serta kos yang lebih tinggi membuatkan sebahagian orang melilih jalan lain.

Beg Telur Songket

Beg Telur Songket

Kotak Songket Bujur

Kotak Songket Bujur

Kotak Songket segi Empat

Kotak Songket Segi Empat

2. Kenyang perut suka hati
Item trending menggantikan bunga telur yang pernah menjadi trend satu ketika dahulu adalah dari jenis makanan. Selain mudah diperoleh, mudah disiapkan dan harga yang berpatutan, item ni semestinya menggembirakan tetamu yang kenyang dan gembira menerima tambahan kudapan usai pulang dari memeneuhi jemputan.

3. Intan jika terbenam dalam perlimpahan sekalipun tidak akan hilang cahayanya
Bagi mereka yang mementingkan memento pada hari bersejarah pula, mereka akan mencari produk-produk cantik dan comel buat tetamu, siap diukir atau disemat nama mereka buat kenang-kenangan. Apa yang penting, hari bermakna mereka bukan sahaja dirai oleh kaum kerabat malah jemputan yang hadir.

Kipas Batik

Kipas Batik

Senduk Kayu

Senduk Kayu

4. Alah membeli menang memakai
Lain pula kerenahnya  bagi sesetengah yang lain, yang mementingkan fungsi dan kelangsungan manfaat daripada pemberian mereka buat hadirin majlis mereka. Bukan apa, alang-alang nak kasi, baik beri yang betul-betul berguna :)

Alas Pinggan

Alas Pinggan

Pen Gold

Pen Gold

Jadi, yang mana satu, pilihan hati? Tepuk dada tanya selera :)

2 Jenis Doorgifts yang Bermanfaat untuk Kegunaan Harian

Ramai yang akan menjadi tuan rumah mengadakan pelbagai majlis dan acara seperti majlis perkahwinan, majlis aqiqah, majlis makan malam dan sebagainya dan sebagai tanda penghargaan kita kepada mereka yang sudi hadir ke majlis kita, salah satu item yang perlu diambil kira dalam checklist kita adalah cenderahati atau door gift.

Terdapat pelabgai jenis door gift yang boleh didapati di pasaran namun ramai yang lebih tertumpu untuk mencari dan memilih kedai-kedai cenderahati yang murah, unik dan yang paling penting bermanfaat untuk digunakan oleh penerima cenderahati tersebut.

Semestinya door gift yang ingin diberi itu dihargai dan digunakan sepenuhnya kerana ia menjadi salah satu tanda pada tarikh bersejarah dan yang paling diingati. Oleh itu, pihak Reemdoorgift mempunyai beberapa idea dan contoh door gift yang berguna, bermanfaat, unik dan berpatutan yang patut dimiliki oleh tetamu yang hadir ke majlis anda.

Antara door gift yang unik dan bermanfaat untuk kegunaan seharian adalah:

  • Bulu ayam mini
  • Kipas batik

1) Bulu ayam mini

Door gift bulu ayam ini merupakan door gift yang unik dan bermanfaat. Kegunaan utama bulu ayam ini adalah sebagai pembersih habuk. Ia boleh digunakan untuk membersihkan habuk di mana sahaja terutamanya di rumah, pejabat dan juga di kereta. Jadi, jika door gift seperti ini diberi kepada tetamu yang hadir, pasti ia tidak akan dibuang begitu saja malah akan digunakan sebaiknya.

Bulu ayam mini yang di sediakan oleh pihak Reem Doorgift ini sangat berguna dan senang digunakan kerana saiznya yang kecil sesuai untuk dibawa dan disimpan di mana-mana sahaja. Dengan warna bulu ayam yang sangat menarik dan sesuai diletakkan dan dijadikan perhiasan rumah. Door gift bulu ayam ini juga siap dengan packaging kotak supaya kelihatan lebih kemas dan eksklusif. Details mengenai door gift bulu ayam mini seperti yang dibawah:

Bulu ayam mini

Bulu ayam mini

  • Door gift bulu ayam mini (berserta packaging box)
  • Saiz box: 30cm, seperti pembaris panjang
  • Hanya RM3.00/unit dengan tempahan minimum sebanyak 100 unit
  • POS PERCUMA (semenanjung) untuk tempahan 500 unit dan ke atas

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi +013 304 3759.

 

2) Kipas batik

Kipas batik adalah antara salah satu door gift yang unik dan bermanfaat untuk para tetamu yang hadir. Door gift ini sangat sesuai digunakan bukan sahaja ketika cuaca panas, malah sesuai untuk dijadikan sebagai hiasan rumah dan pejabat. Kipas batik ini juga boleh diletakkan di dalam kereta sebagai hiasan yang lebih unik dan menarik. Yang paling penting, door gift ini sangat jimat dan berpatutan sesuai dengan mereka yang mempunyai bajet yang sederhana tetapi inginkan door gift yang unik dan bermanfaat.

Kipas batik yang di sediakan oleh Reem Doorgift terdapat dalam 3 saiz yang berbeza iaitu saiz super jumbo, saiz jumbo dan saiz kecil mengikut kehendak dan citarasa pembeli. Corak yang ditawarkan jugak terdiri daripada pelbagai jenis corak batik dan floral yang unik dan kontemporari. Details mengenai door gift kipas batik adalah seperti dibawah:

Kipas Batik pelbagai saiz

Kipas Batik pelbagai saiz

  • Door gift kipas batik
  • Terdapat dalam 3 saiz iaitu : Saiz kecil – 19.5 cm, saiz jumbo – 20.0 cm dan saiz super jumbo – 27.0 cm (saiz diukur mengikut jejari (radius)).
  • Packaging terdapat dalam bentuk uncang net
  • Harga untuk setiap kipas batik:

Saiz kecil – RM1.60/unit dengan tempahan minimum sebanyak 100 unit

Saiz jumbo – RM1.90/unit dengan tempahan minimum sebanyak 100 unit

Saiz super jumbo – RM3.00/unit dengan tempahan minimum sebanyak 100 unit

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi +6013 304 3759.