Inspirasi Doorgift Saputangan Comel 2017: Edisi DIY

Oleh: Munirah

Kali ini, admin nak share jenis-jenis saputangan yang kami tawarkan di Reemdoorgift. Percaya atau tidak, semua barang ni asalnya sama, tuala sapuntangan saiz 20cmx20cm : )

Boleh juga dijadikan idea untuk mereka-mereka yang berhajat untuk buat DIY doorgift : ) Syabas atas kesungguhan dan usaha untuk merealisasikan perkahwinan serba mampu : )

Disklaimer: kepada yang tengah lapar, jangan teruskan bacaan! Perut anda kelak akan mendendangkan lagu dondang sayang ; )

Untuk skill, cuma kemahiran menggulung basic diperlukan : )

1. Tuala Aiskrim Potong

tuala aiskrim potong
tuala aiskrim potong

Sesuai dengan namanya, tuala aiskrim ni memang macam aiskrim. Apa yang sama? Aiskrim sebelum cair kita habiskan betul? Yang ni pantang ada yang cair (baca: melting) habis licin stock di kedai. Beli batang aiskrim, lipat tuala mengikut saiz yang sesuai, roll dan hias dengan riben. Senang kan?

2. Towel Cake Model  Muffin

Tuala Muffin
Tuala Muffin

Sukakan sesuatu yang dibungkus rapi dalam kotak? Look nowhere else darling! Kek tuala muffin amatlah sesuai untuk anda yang mementingkan kekemasan gaya! Cari kertas cupcake, lipat ikut saiz dan gulung !

3. Tuala Kek Lipat

tuala kek lipat
tuala kek lipat

Simpe dimple? Ini lipat kasi sama then sumbat dalam kotak. Period.

4. Tuala Lollipop

tuala lollipop
tuala lollipop

Hipster sikit, kita gulung dan tambah straw. Siap!

5. Tuala Kek Gulung

 tuala kek gulung
tuala kek gulung

London chocoroll? Atau swiss roll? Yang pentingnya reduce money roll out dengan DIY dalam masa yang sama nampak comel!

Mudah, cepat dan jimat bukan? Buat sendiri untuk hasil terbaik! Cuma kena rajin sikit : )

“Ingat Doorgift Unik, Ingat Reem Doorgift”

Web : www.reemdoorgift.com

FB    : www.facebook.com/reemrias

IG     : reemdoorgift

Whatsapp: www.wasap.my/60133043759/tuala13

Doorgift Berguna 2017: Pouch dan beg yang beranak-pinak!

Soalan ikhlas, berapa banyak beg yang anda ada? Tak kira besar kecil lama baru branded murah konvensional unik autentik berkualiti pakai buang semuanya. Ada sampai 20 tak? Kalau ada, kita geng!

Bukan apa, beg ni nak yang besar untuk muat semua barang, yang kecik nk simpan item comel, yang baru kena ikut trend, yang lama berkualiti bagus, yang itu hadiah orang yang ini beli duit gaji pertama, haishhh, banyak pula kategorinya.

Nampak tak permainannya kat situ. Banyak mana pun beg, sebab ianya berguna, jadi orang suka kalau dapat, sayang nak buang, dan paling bagus kerap digunakan. Kira alah membeli menang memakai gitu.

Kali ini, Reem Doorgift nak share jenis-jenis  beg pelbagai guna yang kami ada tawarkan. Yang ni pastinya approved kalau nk kasi sebagai tanda mata kat mana-mana majlis keraian, majlis akikah, majlis kenduri kendara. Dijamin berbaloi-baloi!

1) Beg Zip Songket

beg alat tulis songket
beg zip songket

Beg jenis ni, bahagian songketnya ada lining sponge, gebu dan nampak cantik bergaya. Kalau tema majlis tradisional, ni kena masuk dalam wishlist!

2)Beg zip bunga

beg zip motif floral
beg zip bunga

Ha! Ni kalau cikgu-cikgu gembira bukan kepalang dapat hadiah ni. Buat simpan marker. Beg ni pun ada sponge lining juga. Jadi kalau nk letak barang-barang yang sensitive sikit, sesuai sangat ni!

2)Beg satin songket cerut

beg satin songket cerut
beg satin songket cerut

 

Yang ni item terlaris kami. Sebab:
1)boleh digunakan terus sebagai beg nak isi barang doorgift
2)kalau nk jadikan item ni sebagai doorgift terus pun boleh. Ada option bungkus siap dalam kotak mika.

4)Beg songket telur

beg songket telur
beg songket telur

Selain nak bungkus telur dalam ni, nanti-nanti boleh guna nak simpan syiling. Zaman sekarang, syiling ni penting! Sebab minyak naik sen-sen, bukan ringgit-ringgit setiap hari khamis!

Beg mana paling menarik pada pendapat anda?

Jenis-jenis doorgift yang bersesuaian dengan peribahasa melayu.

 

Jika dahulu, item utama yang menjadi pilihan, kini ramai bakal pengantin lebih terbuka untuk memilh item-item lain sebagai alternative untuk dijadikan tanda ingatan majlis bersejarah mereka.

1. Tak lekang dek panas, tak using dek hujan
Bunga telur pada zahirnya masih relevan terutama pada mereka yang menitik beratkan tradisi melayu. Namun begitu, bagi sesetengah pihak, penyediaannya yang remeh serta kos yang lebih tinggi membuatkan sebahagian orang melilih jalan lain.

Beg Telur Songket
Beg Telur Songket
Kotak Songket Bujur
Kotak Songket Bujur
Kotak Songket segi Empat
Kotak Songket Segi Empat

2. Kenyang perut suka hati
Item trending menggantikan bunga telur yang pernah menjadi trend satu ketika dahulu adalah dari jenis makanan. Selain mudah diperoleh, mudah disiapkan dan harga yang berpatutan, item ni semestinya menggembirakan tetamu yang kenyang dan gembira menerima tambahan kudapan usai pulang dari memeneuhi jemputan.

3. Intan jika terbenam dalam perlimpahan sekalipun tidak akan hilang cahayanya
Bagi mereka yang mementingkan memento pada hari bersejarah pula, mereka akan mencari produk-produk cantik dan comel buat tetamu, siap diukir atau disemat nama mereka buat kenang-kenangan. Apa yang penting, hari bermakna mereka bukan sahaja dirai oleh kaum kerabat malah jemputan yang hadir.

Kipas Batik
Kipas Batik
Senduk Kayu
Senduk Kayu

4. Alah membeli menang memakai
Lain pula kerenahnya  bagi sesetengah yang lain, yang mementingkan fungsi dan kelangsungan manfaat daripada pemberian mereka buat hadirin majlis mereka. Bukan apa, alang-alang nak kasi, baik beri yang betul-betul berguna 🙂

Alas Pinggan
Alas Pinggan
Pen Gold
Pen Gold

Jadi, yang mana satu, pilihan hati? Tepuk dada tanya selera 🙂

Bunga Telur: Tradisi Tersirat

Kebiasaan memberi telur pada zaman dahulu amat sinonim dengan masyarakat melayu suatu ketika dahulu. Namun begitu tradisi ini nampak gayanya semakin pudar dalam generasi kini. Boleh jadi kos dan penyediaannya sedikit remeh dan memerlukan ketelitian (dan kelembutan juga).

Menurut beberapa sumber internet, tradisi ini disulam maksud tersirat. Persuratannya, telur ada simbolik kepada kesuburan. Dalam konteks ini, ia merupakan perlambangan hajat pasangan terhadap tetamu agar mendoakan rezeki cahaya mata sebagai penambah seri dalam kehidupan berumah tangga.

Ada benarnya juga, sebab ayam bertelur sekali banyak, boleh jadi pengharapan rezeki yang bertambah (ini sekadar pandangan, jangan diambil terus percaya >.<)

Jika dahulu, pemberian ini biasa diberikan di majlis dalam pelbagai bekas pakai buang (kertas, plastik pembalut), kini pelbagai cara pembungkusan tersedia, termasuk pembungkusan yang boleh diguna semula.

Menghargai tradisi lama yang bermakna ini, kami di Reemdorgift menyediakan beberapa pilihan gaya klasik sebagai bekas untuk cenderahati ini.

Variasi kotak songket yang pelbagai yang kami tawarkan mungkin sahaja sesuai dengan gaya, malah bajet anda 🙂

Pilihan kotak empat segi, bulat dan bujur menjadi produk ikonik kami bagi mereka yang mementingkan sentuhan penuh gaya tanpa menipiskan dompet 🙂

Tips memilih doorgift cenderahati untuk majlis perkahwinan anda

Cenderahati perkahwinan atau doorgift merupakan sesuatu yang utama dalam majlis perkahwinan. Oleh itu, doorgift yang menarik, bermanfaat dan unik biasanya boleh membuatkan sesuatu majlis perkahwinan tersebut menjadi satu kenangan yang bermakna oleh para tetamu yang hadir. Doorgift yang diberikan kepada para tetamu juga menunjukkan penghargaan daripada pihak tuan rumah di atas kehadiran mereka ke majlis perkahwinan.

doorgift murah unik berguna, doorgift tuala aiskrim
doorgift tuala aiskrim

Beberapa bulan sebelum majlis perkahwinan, pengantin lelaki dan pengantin perempuan boleh lah mencari masa berbincang untuk membeli doorgift yang sesuai dengan bajet.Anda juga boleh mendapatkan pandangan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan anda,kerana secara tidak lansung, mereka juga antara tetamu yang datang. Jadi, tidak salah untuk kita mengetahui citarasa mereka. Anda dan pasangan anda juga boleh memberi pandangan masing-masing dalam memilih doorgift agar timbul kata sepakat di dalam membuat keputusan membeli doorgift. Pilih lah doorgift yang dapat dikenang oleh tetamu serta doorgift yang menggembirakan tetamu.

doorgift kotak songket, doorgift murah unik
doorgift kotak songket.

Sekiranya anda mencari doorgift untuk tetamu yang ramai dan tidak mahu terlepas bajet,bolehlah mencuci mata dengan doorgift murah yang kami sediakan. Selain murah, doorgift yang kami sediakan juga sangat berguna dalam kehidupan kita, dan ia boleh disimpan untuk jangka masa yang panjang. Doorgift-doorgift yang kami sediakan juga boleh didapati dengan harga yang berpatutan dan pastinya tidak melepasi bajet anda.

Antara doorgift murah lain yang kami ada adalah :

doorgift kahwin unik murah, doorgift ketip kuku
doorgift ketip kuku
doorgift murah unik berguna, doorgift kalendar
doorgift kalendar abadi
doorgift murah unik, senduk kayu
doorgift senduk kayu

 

Herself from the attributed source, indicating she shares no responsibility https://pro-essay-writer.com for australias