Kayu dan nilai estetika dalam peralatan masakan

Dahulu, kalau kata rumah aku rumah batu, pasti orang kata, wah, kayanya kau. Kalau rumah kayu, emm, normallah, apa nak dihairankan. Tapi itu dulu, masa teknologi masih rendah dan eksploitasi bahan alami menjadi sumber utama dalam kehidupan seharian. Kalau sekarang, sebut je nak buat rumah kayu, fuh, banyak belanja tu, dah terbalik kali 🙂

 

Apa perkaitannya dengan topik harini ye? Panjang pula mukadimahnya :3

Senduk kayu ni zaman orang tua kita mungkin sesuatu yang normal dan kebiasaan, berevolusi di hari kemudiannya terganti dengan senduk plastik dan stainless steel yang lebih mudah didapati dan tahan lebih lama.

Namun begitu, kelebihan istimewa senduk kayu yang tak terlawan oleh besi pastinya pada keboleh tahan haba (kalis haba) dan ciri-ciri material penebat, jadi tak perlu perlindungan tambahan pada bahagian pemegang untuk menghalang pengaliran haba.

Berbanding senduk plastik pula, senduk kayu lebih tahan terhadap bahang panas, tidak seperti sifat plastik yang mudah cair pada ketinggian suhu tertentu. Dari sudut ekologinya, material ini lebih mudah terurai, lebih mesra alam gitu.
Di Reemdoorgift, kami menawarkan 2 jenis senduk kayu yang menpunya keunikan warna, ciri-ciri dan kekuatan tersendiri.

Senduk Kayu Putih

senduk kayu putih
senduk kayu putih

Kemurnian warna senduk yang terang sesuai menaikkan mood ceria. Ditambah pula dengan hiasan riben comel yang boleh di-customize mengikut pilihan pelanggan(mengikut tema warna pilihan) , cukup sesuai dijadikan doorgift sebagai kenang-kenangan untuk tetamu

Senduk Kayu Mixed/Campuran Warna

senduk kayu aren
senduk kayu aren

Jangan salah anggap, kayu ini bukan dicampuraduk dari lebihan kayu terbuang. Malah, ini adalah ciri istimewa yang terdapat pada kayu aren/ sugar palm dari Indonesia ini J kayu ini mempunyai lapisan warna campuran gelap dan cerah teradun secara alami. Dari segi kualiti, kayu ini mempunyai kualiti terbaik antara ketiga-tiga senduk yang kami tawarkan. Kata orang, jangan menilai pada rupa.

Amboi, melangit memuji, kalau senduk stainless steel tak bagus kah? Ehh, bukan begitu, setiap sesuatu pasti ada kelebihan bukan? Senduk stainless secara umumnya ada  ciri yang amat disenangi, tahan lasak dan tidak berkarat/berlumut. Nah, kan ada bagusnya juga  🙂