Jenis-jenis doorgift yang bersesuaian dengan peribahasa melayu.

 

Jika dahulu, item utama yang menjadi pilihan, kini ramai bakal pengantin lebih terbuka untuk memilh item-item lain sebagai alternative untuk dijadikan tanda ingatan majlis bersejarah mereka.

1. Tak lekang dek panas, tak using dek hujan
Bunga telur pada zahirnya masih relevan terutama pada mereka yang menitik beratkan tradisi melayu. Namun begitu, bagi sesetengah pihak, penyediaannya yang remeh serta kos yang lebih tinggi membuatkan sebahagian orang melilih jalan lain.

Beg Telur Songket
Beg Telur Songket
Kotak Songket Bujur
Kotak Songket Bujur
Kotak Songket segi Empat
Kotak Songket Segi Empat

2. Kenyang perut suka hati
Item trending menggantikan bunga telur yang pernah menjadi trend satu ketika dahulu adalah dari jenis makanan. Selain mudah diperoleh, mudah disiapkan dan harga yang berpatutan, item ni semestinya menggembirakan tetamu yang kenyang dan gembira menerima tambahan kudapan usai pulang dari memeneuhi jemputan.

3. Intan jika terbenam dalam perlimpahan sekalipun tidak akan hilang cahayanya
Bagi mereka yang mementingkan memento pada hari bersejarah pula, mereka akan mencari produk-produk cantik dan comel buat tetamu, siap diukir atau disemat nama mereka buat kenang-kenangan. Apa yang penting, hari bermakna mereka bukan sahaja dirai oleh kaum kerabat malah jemputan yang hadir.

Kipas Batik
Kipas Batik
Senduk Kayu
Senduk Kayu

4. Alah membeli menang memakai
Lain pula kerenahnya  bagi sesetengah yang lain, yang mementingkan fungsi dan kelangsungan manfaat daripada pemberian mereka buat hadirin majlis mereka. Bukan apa, alang-alang nak kasi, baik beri yang betul-betul berguna 🙂

Alas Pinggan
Alas Pinggan
Pen Gold
Pen Gold

Jadi, yang mana satu, pilihan hati? Tepuk dada tanya selera 🙂

Leave a Comment