Doorgift Kreatif 2017 :) Sudu + Garfu = Makan Time!

Bila kali terakhir anda belek berapa banyak set sudu garfu di dapur yang masih wujud bersama pasangannya?
Jawapan minoriti golongan mak-mak: Semuanya masih berpunya pasangan sedondonnya
Jawapan majoriti golongan mak-mak: Yang berpasang tu ada, tapi klu nak mencari tu belum tentu jumpa.

contoh set sudu garfu asas
contoh set sudu garfu asas

Kalau ikutkan, sesuatu yang kita tahu pasal kutleri ni ialah, lagi banyak, lagi bagus. Pasang tak pasang tu soal kedua, yang penting ada.

Walaupun kebanyakan masyarakat kita masih menggunakan tangan untuk makan, tapi sudu ni ada kepentingan tersendiri. Contoh situasi yang tak dapat nak elak:

1)Masa memasak: nak cedok gula, garam perasa. Kalau yang jenis letak sekali dalam balang, tentulah sudu saiz mini kalau saiz bekasnya kecil. Kalau besar saiz bekasnya, boleh guna yang saiz normal

2)Masa nak merasa makanan: Kalau besar saiz bekasnya, boleh guna yang saiz sudu normal. Selain nk mencedok, penting juga bila masa nak merasa makanan dari kuali yang tengah panas.

doorgift sudu garfu mini reemdoorgift
doorgift sudu garfu mini reemdoorgift

3) Masa menghidang: Haa, point ini sangat penting. Sebab? Kalau tak nak makanan cepat rosak, jangan disentuh makanan terus dengan tangan ! Pakai sudu ye anak-anak.

4)Masa makan pencuci mulut : makan guna tangan, mudah. Tapi jangan dilupakan, pencuci mulut lembut seperti pudding adalah lebih practikal jika guna sudu, betul tak? Kalau mat saleh, garfu kecil tu dipanggil dessert fork, sesuai nak guna bila nak makan dessert. Makan aiskrim (kalau jenis tub) pun mesti nak comel-comel je kan?

set sudu garfu makan, reemdoorgift
set sudu garfu makan, reemdoorgift

5)Masa makan makanan berkuah: yang ni penggemar mee dari merata tempat akan mengakui, selain chopstick, pakai garfulah pilihan yang sangat membantu.

Kalau yang jenis suka membuat kek, garfu guna untuk cek kek dah masak kat tengah kek pun bole kan? Sebab nak beli alat nak ukur doneness test mahal >.<

Berminat nak cari sudu garfu sebagai doorgift? Boleh pm  sini. Item kami boleh tempah siap packing tau.

Leave a Comment