Doorgift Birthday Surprise untuk anak-anak

Birthday party adalah antara keraian yang semakin biasa kita dengar. Kaum ibu terutamanya, sangat mengambil berat hal-hal begini. Almaklumlah, setahun sekali sahaja nak menyambutnya. Haruslah disimpan sebagai memori terindah untuk anak-anak yang kian meningkat dewasa. Nanti dah besar nanti belum tentu mak-mak boleh pilih tema dan peruntukan bajet. Sudah besar katanya.
Selain makanan, kek dan hiasan, doorgift juga dirasakan amat penting, sebagai tanda kenangan buat para tetamu. Kali ini, Reemdoorgift nak berkongsi contoh-contoh doorgift yang sesuai untuk anak-anak kecil (bawah 12 tahun)

1. Tuala muka
Anak-anak memang dalam zon aktif, jadinya kalau tuala ni ada banyak pun tiada masalah, selain berguna untuk keperluan sukan, tuala juga berguna disaat-saat kecemasan. Contohnya masa selesema. Kalau anak-anak kecil bawah lima tahun, ini option yang paling ekonomi J kalau dapat tisu, maka bertebaranlah satu kotak penuh tisu merata-rata jawabnya >.<

tuala muka dilipat menyerupai teddy bear

tuala muka dilipat menyerupai teddy bear

sumber: pinterest
contoh tuala muka yang telah digubah dalam bentuk teddy bear, comel kan?

tuala muka 12x24 inci

tuala muka 12×24 inci

tuala muka 12x12 inci

tuala muka 12×12 inci

Tuala muka, Reemdoorgift

2. Beg alat tulis
Yang ni tak salah lagi, mana-mana ibubapa pun tahu betapa besarnya hajat si anak-anak kecil untuk memiliki item ni. Terutama yang baru nak melangkah masuk ke alam persekolahan. Kalaulah boleh borong semua kat kedai tu, semua nak dibelinya T.T

beg alat tulis songket

beg alat tulis songket

beg zip motif floral

beg zip motif floral

Beg alat tulis songket & Beg zip corak floral, Reemdoorgift

Bekas pensel batik

Bekas pensel batik

Bekas pensel batik, Reemdoorgift

kotak songket panjang

doorgift kotak songket panjang

Kotak songket panjang,Reemdoorgift

3. Sikat
Kelakar bunyinya tapi percayalah, sepertimana getah rambut, sikat juga berperangai seperti chipsmore, kejap ada kejap takde.  Selain dari itu, anak-anak ni pasti lebih menghargai kepentingan kekemasan diri bila alatan perhiasan peribadi seperti ini diberikan sebegai hadiah. Sikat pulak comel-comel belaka. Kalau kena gayanya, memang boleh jadi harta karun disimpan baik dalam almari dan tak dibuang.

sikat kayu mini

sikat kayu mini

Sikat kayu mini, Reemdoorgift

sikat cermin

sikat cermin

Sikat cermin, Reemdoorgift

 

4.Ketip kuku
Bagi anak- anak yang sudah memahami arahan dan mampu mengurus kekemasan diri, ada baiknya ketip kuku diberkan kepada mereka. Tujuannya supaya mereka boleh berdikari dan rasa dah besar bila boleh potong kuku sendiri. Namun awas untuk kanak-kanak yang lebih kecil. Hadiah ini mungkin berbahaya kepada mereka (6 tahun ke bawah)

doorgift ketip kuku 3 in1

ketip kuku 3 in1

ketip kuku 3 in 1, Reemdoorgift

doorgift ketip kuku love

ketip kuku love

ketip kuku love, Reemdoorgift

doorgift ketip kuku haiwan

doorgift ketip kuku haiwan

ketip kuku ladybird, Reemdoorgift

 

doorgift ketip kuku kura-kura

ketip kuku kura-kura

ketip kuku kura-kura, Reemdoorgift

5. Bekas simpanan syiling
Menabung sememangnya amalan mulia. Jadi antara cara terbaik menyemai amalan ini adalah menggalakkan mereka menyimpan. Untuk permulaan, apa kata kita ajar mereka untuk menyimpan nilai yang lebih rendah terlebih dahulu, wang syiling contohnya. Walaupun sedikit nilainya, tapi percayalah dengan kesedaran sejak kecil ini, manfaatnya berpanjangan sehingga dewasa kelak.

beg telur songket

beg telur songket

Bekas songket telur,  boleh juga diguna pakai untuk menyimpan syiling.

Mungkin anda juga ada idea lain untuk dikongsikan? Berkongsi pendapat gitu :)

Leave a Reply