Doorgift Berguna 2017: Pouch dan beg yang beranak-pinak!

Soalan ikhlas, berapa banyak beg yang anda ada? Tak kira besar kecil lama baru branded murah konvensional unik autentik berkualiti pakai buang semuanya. Ada sampai 20 tak? Kalau ada, kita geng!

Bukan apa, beg ni nak yang besar untuk muat semua barang, yang kecik nk simpan item comel, yang baru kena ikut trend, yang lama berkualiti bagus, yang itu hadiah orang yang ini beli duit gaji pertama, haishhh, banyak pula kategorinya.

Nampak tak permainannya kat situ. Banyak mana pun beg, sebab ianya berguna, jadi orang suka kalau dapat, sayang nak buang, dan paling bagus kerap digunakan. Kira alah membeli menang memakai gitu.

Kali ini, Reem Doorgift nak share jenis-jenis  beg pelbagai guna yang kami ada tawarkan. Yang ni pastinya approved kalau nk kasi sebagai tanda mata kat mana-mana majlis keraian, majlis akikah, majlis kenduri kendara. Dijamin berbaloi-baloi!

1) Beg Zip Songket

beg alat tulis songket

beg zip songket

Beg jenis ni, bahagian songketnya ada lining sponge, gebu dan nampak cantik bergaya. Kalau tema majlis tradisional, ni kena masuk dalam wishlist!

2)Beg zip bunga

beg zip motif floral

beg zip bunga

Ha! Ni kalau cikgu-cikgu gembira bukan kepalang dapat hadiah ni. Buat simpan marker. Beg ni pun ada sponge lining juga. Jadi kalau nk letak barang-barang yang sensitive sikit, sesuai sangat ni!

2)Beg satin songket cerut

beg satin songket cerut

beg satin songket cerut

 

Yang ni item terlaris kami. Sebab:
1)boleh digunakan terus sebagai beg nak isi barang doorgift
2)kalau nk jadikan item ni sebagai doorgift terus pun boleh. Ada option bungkus siap dalam kotak mika.

4)Beg songket telur

beg songket telur

beg songket telur

Selain nak bungkus telur dalam ni, nanti-nanti boleh guna nak simpan syiling. Zaman sekarang, syiling ni penting! Sebab minyak naik sen-sen, bukan ringgit-ringgit setiap hari khamis!

Beg mana paling menarik pada pendapat anda?

Leave a Reply